Tuesday 3 April 2012

KELEMAHAN DAN PEMBAIKAN

Alhamdullih usaha yang dibuat oleh YB Dato Hassan Ali adalah satu usaha yang baik iaitu ingin memberitahu seluruh negara bahawa 'usaha tersembunyi' puak berkepentingan ini harus diketahui oleh seluruh masyarakat. Tetapi apakah tindakan 'parti parti politik' yang besar didalam menangani 'isu' ini. Memandang kan Politik yang menguruskan perjalanan Kerajaan maka 'isu' ini harus diutamakan, terutama parti yang diketuai oleh orang Islam seperti UMNO, PAS dan juga PKR. Tetapi didalam isu ini kita lihat 'parti parti ini sungguh senyap dan tidak berkata apa-apa, kenapa?? Begitu juga dengan Agensi kerajaan yang mengurus hal-ehwal Agama Islam, kenapa tidak bersuara..apakah tindakan yang dibuat atau yang akat dibuat?. Begitu juga dengan institusi mesjid..kenapa..isu ini tidak dijadikan topik.'khutubah' Jumaat.
Wajib bagi kita menyebarkan ancaman ;murtad' ini tetapi kita harus juga mencari jalan untuk membendungnya. Segala usaha harus digerak samaada melalui agensi kerajaan, mesjid mauhupun NGO NGO yang memperjuanghkan Islam.Sudah sampai masa bagi kerajaan kerajaan negeri dan juga kerajaan Persekutuan untuk membenarkan mana mana individu atau kumpulan untuk melakukan kerja-kerja dakwah ini tanpa diganggu oleh Majlis Agama, Dengan cara ini maka penyebaran pemahaman tentang agama dapat disampaikan kepada golongan sasaran.
Memandangkan keterbatasan untuk melakukan kerja kerja dakwah ketika ini serta 'konkongan' Majis Agama , maka penyebaran pengetahuan Islam sudah terbatas dan kriteria yang dibenarkan oleh Majlis Agama adalah kepada golongan yang mempunyai Ijazah dan mereka mereka yang digelar 'Ustaz'. Mereka ini kebanyakanya  memang 'pandai agama' tetapi adakah mereka ini 'beramal' dengan ilmu yang dipelajari.Mana yang lebih baik' mereka yang pandai agama' dan 'mereka yang beramal dengan ilmu'nya
Kebelakangan ini kita gemparkan dengan berbagai-bagai berita,contoh :.Imam -membaling' selipar,' ustaz  politik' memaki hamun, mencaci, mencerca dan sebagainya. "Ustaz' ditangkap khalwat, Imam rogol budak dan bermacam-macam lagi, adakah ini contoh terbaik untuk kita mempercayai  mereka untuk menyampaikan 'pengetahuan' dan kebenaran Islam kepada golongan sepatutnya. Tetapi yang musykil, kerajaan membenarkan pula 'ustaz politik' ini untuk berceramah dengan berpakaian 'yang dikata islam', berdiri dipentas bertemakan Islam tetapi dengan kata kata cercaan, maki hamun, mengumpat, mengeji dan membohong. Kenapa ini tidak diambil tindakan.Saya mencadangkan agar hal ehwal Agama ini diserahkan kepada Sultan Sultan atau kepada Raja Raja setiap negeri untuk membuat pemantauan atau penyeliaan dan saya mencadangkan agar ceramah Agama hanya "Istana' yang keluarkan permit bukan dari Polis atau mana-mana agensi Kerajaan. Memandangkan Sultan dan Raja merupakan ketua Ugama setiap negeri maka sepatutnya ini menjadi tanggungjawap Istana untuk melaksanakannya. Agung, Sultan dan Raja merupakan Payung Agama Islam dinegeri yang diperintah oleh itu tugas baginda Sultan adalah untuk melaksanakannya, sekurang-kurangnya ,mereka mereka yang berniat jahat terhadap Islam dan ulama ulama songsang ini akan terbatas atau terhad pergerakan mereka.

No comments:

Post a Comment