28hb April 2012 merupakan hari yang amat 'menyakitkan' hati dimana aku lihat gerombolan penyengak-penyangak yang menyusahkan kehidupan orang yang ingin mencari sekelumit rezeki di bumi yang di rahmati Allah SWT. Apa yang dapat kita lihat melalui saluran blog-blog dan juga rangkaian sesawang, gambaran sebenar segelintir masyarakat yang hati mereka telah 'disimbah' kencing setan dan 'bisekan dajjal'agar sama-sama memercikan 'darah' penguatkuasa keselamatan (Polis) untuk dijadikan 'korban' lahap nafsu serakah segelintir manusia yang tidak mempunyai jati diri yang hidup di dalam 'kegelapan' dijalan yang terang.
Gerombolan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang , Wan Azizah dan juga Ambiga yang rata-rata merupakan pemimpin kanan Pakatan Pembangkang secara rakus dan tidak berhati perut secara terangan telah 'menghasut' manusia yang tidak 'berotak' ini agar sama-sama memporak-perandakan sistem masyarakat yang telah dibina sejak sekian lama. Tingkah-laku dan sifat 'kebinatangan' manusia yang tidak layak dipanggil 'manusia' ini telah secara sengaja mencuit hati masyarakat yang sentiasa inginkan kedamaian dibumi ini dengan perbuatan yang amat jijik sekali.
Mengucarkacirkan masyarakat adalah agenda utama mereka. Hasad dengki adalah kehidupan mereka. Melihat kesusahan orang lain adalah kepuasan mereka. Demi untuk memenuhi impian , mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita yang 'kesumat' ini.Apa yang dapat kita lihat adalah perlakuan yang ganas . Adakah ini yang ingin Pakatan Rakyat 'warnakan' sekiranya mereka diberi kuasa memerintah?Adakah perlakuan begini yang ingin dijadikan model masyarakat yang ingin dibentuk oleh Pakatan Pembangkang. Adakah pemimpin begini yang harus kita jadikan pemerintah?
Apa yang dapat kita lihat adalah jenis-jenis manusia yang tidak mempunyai 'arah tuju' didalam kehidupan terutama 'bangsa Melayu' berugama Islam yang secara terangan melakukan 'provokasi' terhadap pihak berkuasa terutama Polis. Permainan sentimen oleh bukan Melayu nampaknya membuahkan hasil dan sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan terhadap orang Melayu. Perancangan mereka untuk melihatkan orang Melayu bersengketa dengan Melayu sudah membuahkan hasil. Orang bukan Islam terutama Cina dan India kegembiraan aabila melihatkan situasi ini, hajat dan perancangan untuk memecahkan 'tembok' Melayu sudah berhasil sekali gus mencacatkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Orang Melayu yang didalam kelalaian harus ingat, ekonomi bangsa Cina sememangnya sudah kuat begitu juga dengan India.Jangan benarkan Melayu dijadikan 'belaci' untuk membunuh 'orang melayu'. Ingat...


Menteri Dalam Negeri juga seharusnya meletakan jawatan kerana gagal didalam menterjemahkan kuasa politik yang sepatutnya melindungi kakitangan keselamatan.Sepatutnya tangan Polis tidak diikat.
Kegagalan kedua-dua individu ini dari berfungsi maka selayaknya 'pilihanraya' diadakan dengan secepat mungkin dari mengelakan 'trajidi' ini berulang.




Nota :
Pemerintah yang baik adalah pemerintah yang sanggup mempertahankan nyawa dan keselamatan orang yang diperintah. Sekiranya yang 'diperintah' dijadikan benteng untuk menyelamatkan yang 'memerintah' maka hukumnya adalah 'zalim'.
Sekiranya yang memerintah hidup dalam kekayaan dan yang diperintah hidup dalam kemiskinan maka hukumnya 'zalim'.
Sekiranya penguasa yang diamanahkan untuk menjaga amanah kepada yang ramai dan sekiranya mati ketika menjalankan amanah itu maka matinya adalah 'syahid'.
Kepada mereka yang menyebabkan kematian kepada penguasa yang diberi kuasa yang memegang amanah kepada yang ramai maka hukum Tuhan adalah 'kematian' kepada sipembunuh.
MELAYU3... MUDAH KEPANASAN ME'LAYU SEDANG TERKULAI LAYU.
ReplyDeleteMELAYU MUDAH DIPERKUDA OLEH KELING CINA JATUHKAN MELAYU.
SERUPA DULU2 MELAYU MASUK KOMUNIS MELAYU MUKA TAK MALU.
MELAYU TIADA ETIKA BANGSA SANGGUP BELOT JATUHKAN MELAYU.
TAKKAN HILANG MELAYU DIDUNIA TINGGAL KATA SEMANGAT MELAYU.
BANGKITLAH DIKAU SEGERA SANG PENYELAMAT ISLAM & BANGSA MELAYU...