![]() |
KEPULAUAN MELAYU NUSANTARA |
![]() |
BISMILLAH-HIR-RAHMAN-NIR-RAHIM |
Assalammualaikum

Didalam memperkatakan sifat orang Melayu kini, nampaknya banyak telah berubah seperti sepatutnya. Perubahan peradaban amat ketara. Sifat kasih sayang, budi perkerti mulia,bertutur secara sopan dan sebagainya telah mula menampakkan perubahan, sifat yang sepatutnya dimiliki oleh orang Melayu telah ditelah oleh zaman dan dimamah oleh pembangunan manusia sejagat ditambah dengan kekebasan terlampau yang dapat disoroti melalui media-media terkini. Contoh budi pekerti mulia tidak lagi menjadi ukuran sebaliknya budi bahasa tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat.
![]() |
LEMAH LEMBUT BUDAYA MELAYU |
Kayu pengukur masa kini adalah harta kekayaan duniawi yang ditimbang dengan penglihatan. Rumah jenis apa, kereta berjenama apa, pakaian ciptaan siapa, kasut jenama apa dan berpuluh-puluh siapa dan apa telah mula mengcengkam kehidupan yang diamalkan. Baik lelaki mahu pun wanita, bapa atau pun ibu, anak atau pun adik semuanya sudah ditransformasikan oleh persekitaran. Tetapi perkara pokok berhubung jati diri siapa Melayu itu sudah mula terhakis sedikit demi sedikit.
Kini orang Melayu sudah pun berada dipersimpangan yang mengelirukan mereka.Siapa yang harus diikuti, siapa yang harus ditaati, cakap siapa yang harus disepakati dan semua ini berlegar diminda mereka.Tetapi orang Melayu harus tahu bahawa persimpangan yang dilalui ini merupakan satu cabaran getir yang menentukan masa depan serta hala tuju yang akan menjamin jatuh bangunnya bangsa mereka serta kepercayaan tauhid mereka kepada agama Islam. Masa hadapan anak cucu serta generasi Melayu masa hadapan kini terletak ditangan mereka untuk direncanakan samada untuk didagang atau pun di gadai.
Untung nasib bangsa dan Agama kini dijadikan barangan timbangan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Walaupun keuntungan belum dinikmati sepenuhnya namun modal yang tersedia seakan-akan sanggup dilaburkan 'dipasaran' yang belum tentu menjanjikan 'keuntungan'.Inilah yang dilalui oleh Melayu ketika ini.
Disatu pihak dengan sedaya upaya 'melabur' jutaan ringgit untuk 'membeli' jiwa-jiwa yang terkesima dengan 'kekayaan' yang sementara dan disatu pihak lagi , cuba sedaya upaya dengan 'kekuatan' yang 'disangka' berlandaskan 'agama' mencuba menidakkan usaha dipihak yang lain dan memainkan isu 'pegangan agama' Disatu pihak pula mencuba dengan bermacam-macam 'helah' untuk mengelirukan orang lain, tetapi yang akan menjadi mangsa oleh 'percaturan' minda ini adalah Melayu .
![]() |
PEMIMPIN MASYARAKAT MELAYU |
Memandangkan melalui kuasa yang akan menghasilkan kekayaan untuk kelompok-kelompok ini maka mereka dengan sewenang-wenangnya 'meracuni' dan 'mencelarukan' fikiran masyarakat Melayu semata-mata inginkan 'kuasa' . Cubaan untuk membeli 'kepercayaan' serta menjual 'ideologi' masing-masing tidak lagi terbatas. Semua bentuk 'penjualan' dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya. Penghinaan peribadi, penjualan kepercayaan, lelomgan kisah buruk serta cheap sale kisah ranjang dipaparkan dan dimainkan oleh semua pehak berkepentingan .Cubaan menjatuhkan martabat serta 'fitnah' menjadi 'keagungan' semua pihak . Sifat segan, malu dan muka tebal semuanya terdedah dan dipaparkan kepada semua masyarakat, tidak kira Islam mahu pun kepada bukan Islam. Tetapi yang terjejas teruk adalah 'Bangsa Melayu" dan "Agama' yang dijunjung.
![]() |
ini bukan sikap Melayu |
Sifat keburukan Melayu terhampar baru-baru ini, apabila 'demonstrasi' yang dirancang oleh pihak yang berkepentingan terjadi. Apa yang dapat dilihat peradapan orang Melayu telah musnah sama sekali. Melayu pukul Melayu. Tetapi adakah kita lihat 'Bangsa Asing pukul Melayu atau Melayu pukul Bangsa Asing".Sekiranya ada peristiwa Melayu pukul bangsa asing berlaku sudah semestinya 'watak' ini akan dijadikan sebagai isu Islam Keganasan atau Melayu Rasis atau Melayu pileh kasih atau apa-apa ungkapan pun untuk merosakkan Bangsa Melayu sendiri.

Dengan kebiadapan parti kacukan pula , mereka menggesakan pula 'pak turut -pak turut' untuk melakukan seperti yang disuruh. Dimana pendirian mereka dan apa perjuangannya.
![]() |
Alangkah baiknya jika ini disepakati |
Sepatutnya pemimpin Melayu ini boleh duduk semeja berbincang, walaupun berbeza pandangan politik tetapi untuk kesinambungan legasi bangsa Melayu serta penyatuan Melayu, ideologi politik seharusnya diketepikan dan 'permufakatan ' untuk membangunankan Bangsa Melayu perlu didahulukan. Kalau didalam Cafe Parlimen mereka boleh berjenaka dan bertepuk tampar serta memeluk sesama mereka tetapi kenapa untuk kelangsungan bangsa Melayu mereka tidak mahu bersama. Ini yang menjadi persoalan?.
Oleh kerana semua pemimpin pemerintah dan juga pembangkang ini bersikap hipokrit , maka orang Melayu seharusnya 'mendahulukan' kepentingan 'Melayu dan Islam" demi kelangsungan dan keutuhan Islam di bumi bertuah ini, maka pilihan tepat harus dibuat.
NASIB MELAYU DAN ISLAM DI TANGAN ANDA
No comments:
Post a Comment