Thursday 4 October 2012

BOLA OH BOLA SIAPA MANGSA :DUIT RAKYAT ATAU DUIT SPONSOR

AGAKNYA LOGO YANG DICIPTA OLIH SEGELINTIR PENYOKONG  TEGAR MALAYSIA ADA KEBENARANYA. KELEMAHAN KETARA. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. BUAT MALU SAJA. CAKAP DEGAR-DEGAR, GANTUNG SANA GANTUNG SINI, TAPI SEMUANYA HAPRAK. BILALAH NAK TUKAR PEMIMPIN NI.
Annuar Musa boleh dipecat jika masih aktif: FAM
 Dinegara kita ni, hampir 80% penduduknya amat minat dengan bola sepak dan ada diantaranya sangat fanatik, tetapi tidaklah sefanatik penyokong diluar negara. Tetapi yang amat memualkan adalah gejala double standard didalam mengenakan tindakan yang telah dikenakan kepada seseorang walaupun Badan Tertinggi kepimpinan telah sebulat suara mengenakan hukuman  terhadap seseorang. Apa yang dapat disimpulkan mungkin apabila seseorang yang telah mempunyai "gelaran" atau anugerah tertinggi negara, seakan-akan mempunyai imuniti atau kebal disegi perlembagaan " Persatuan". Disini yang ingin dikatakan adalah FAM atau Persatuan Bolasepak Malaysia .Dengan kesalahan yang melanggar peraturan FAM, tetapi masih lagi bolih bergiat aktif secara terangan tanpa memperdulikan 'hukuman' yang dikenakan. Adakah ini caranya perjalanan Persatuan dikendalikan iaitu dengan membelakangkan ' peraturan' yang ditetapkan? Kalau beginilah caranya pentadbiran persatuan dilakukan nescaya tiada siapa lagi akan akur dengan tindakan yang dikenakan. Itulah persatuan di negara kita.
Bola entah ke mana, undang-undang entah kemana, hanya yang terlihat ditabir mereka hanyalah jutaan 'wang" sponsor, yang ditagih untuk memenuhi kantung 'mereka-mereka' ini. Standard bolasepak macam ' main kat estate, seperti 30 tahun dahulu, itulah pencapaian 'persatuan' yang di war-warkan. Kalau baginilah ketidak tegasannya persatuan didalam menangani masaalah 'disiplin' dikalangan anggota tertinggi, maka, tak bergunalah diadakan peraturan-peraturan. Buatlah apa yang disukai.

FAM Harus diingat, beratus juta ringgit , wang rakyat dibelanjakan untuk "Bols Sepak" mungkin sama umur derngan kemerdekaan negara kita, tetapi apakah hasil yang dituai?? atau sekadar "mengayakan" jerung-jerung yang bernaung didalam FAM. Kalau setakat FAM diadakan untuk mengayakan 'kelompok', ini saya sarankan ' FAM " di swastakan kepada ' entiti' yang bolih mendatangkan keuntungan tanpa Kerajaan membelanjakan atau menghabiskan duit rakyat lagi.

Diharap Kementerian Belia dan Sukan, melalui Menteri yang tak berwawasan itu, melihat 'nanah yang semakin parah ini dari menjadi kanser yang membunuh.


Keratan Akbar Mengenai Annuar Musa dikenakan Tindakan Displin FAM
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, berdepan tindakan dipecat daripada barisan EXCO badan induk bola sepak itu sekiranya terbabit dalam aktiviti sukan tersebut ketika menjalani hukuman penggantungan selama 30 bulan. 
Berikutan hukuman tersebut, Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa 4 April lalu. Annuar didapati bersalah membuat kenyataan akhbar berbau  negatif mengenai skuad negara, sekali gus melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lalu. 

"Jika Annuar terus ingkar, Jawatankuasa Tatatertib FAM boleh mengemukakan cadangan kepada EXCO FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk memecat beliau dari barisan EXCO FAM," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini. 
"Tindakan Annuar tersebut jelas melanggar perkara 6.11.5 kod etika tatatertib FAM 2011 apabila beliau terbabit dalam aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak," katanya. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampaknya Annuar Musa masih lagi aktif didalam menerajui KAFA tanpa takut atau gentar dengan tindakan yang dihadapinya. Apa yang dapat disimpulkan sudah banyak kali Annuar Musa melibatkan diri secara langsung secara dekat dengan aktiviti Bola Sepak Kelantan tanpa memperdulikan "kesalahan" yang didakwa dilakukan olih beliau.  Dengan perlakuan yang dilakukan olih Annuar Musa dengan sendirinya terjatuh "talak tiga" atau " sifat dayus" FAM didalam menegakan 'keadilan disiplin" terhadap mereka yang di tuduh. Mungkin disebabkan status "Tan Sri" yang disandang maka ' FAM" hilang telur" didalam menguatkuasakan perlembagaan serta aturan displin yang TERMAKTUB  didalam Pertubuhan tersebut. Kalau sebelum ini ramai yang kecundang ditangan FAM namun kali ini FAM 'terkedu" dan  " tertelan air liur" .Memandangkan ranking bola sepak Malaysia telah jatuh ketangga yang memalukan FAM , maka berbagai helah dan alasan akan diberikan untuk menutup 'kemaluan' ini termasuklah kes berprofil tinggi 'Tan Sri". FAM hanya gah  dan berani pada yang tidak" berstatus".

Utusan Malaysia 4hb October 2012
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menjelaskan, pihaknya turut memberikan bonus RM75,000 kepada pemain selepas Kelantan layak ke separuh akhir menewaskan Felda United secara agregat 4-3 kelmarin.
Sementara itu, Annuar menolak tuduhan pihak tertentu bahawa prestasi turun naik Red Warriors kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pihaknya membayar bonus kepada pemain.

Ranking FIFA: Bola sepak kita hampiri kedudukan terburuk

PERCATURAN ANNUAR MUSA UNTUK "MENYAHKAN" PERATURAN  FAM "MENJADI" . DISINI LAH HEBATNYA MAINAN ORANG POLITIK DIDALAM MEMPOLITIK ISU YANG DIHADAPI. SIAPA  LEBIH HEBAT FAM KA ATAU ANNUAR MUSA KA
KUALA LUMPUR - Malaysia jatuh enam anak tangga dari kedudukan 156 bulan lalu ke tangga 162 mengikut ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Raja Gopal @ Raja Kepal macam-macam alasan kalau dah kalah. Itullah kebanggan FAM.
Nota : Kepada Pengurus Pengurus Bolasepak yang bernaung dibawah FAM tiada tindakan akan dikenakan terhadap anda yang berani menegur FAM . Precedent ini telah bermula dengan kes TS Annuar Musa, semua bolih lelap mata sekarang.

No comments:

Post a Comment