TIGA WATAK UTAMA : DIANTARA NUR MISUARI , ANWAR IBRAHIM DAN KIRAM III. SIAPA YANG TERKENA |
Assalammualaikum
Mari kita renung dan analisa watak-watak yang terlibat didalam kes 'Pencerobohan Sabah'.
Nama : Jamaluk Kiram @ "Sultan Sulu Palsu"-
Jawatan : Sultan Sulu Palsu
Kekayaan : Miskin ( seperti yang didakwa oleh Presiden Filipina)
Kerakyatan : Filipina
Hubungan luar negara : Hanya mempunyai saudara rapat di Sabah
Pencapaian
Mendakwa diri sebagai Sultan Sulu atau Kiram III. Melancarkan 'peperangan' terhadap kedaulatan Malaysia iaitu Sabah dengan menggunakan janama ' Tentera Kesultanan Sulu" yang dibarisi oleh 'pengganas-pengganas upahan".
Nama : Nur Misuari
Jawatan : Pengerusi atau Founder MNLF
Kejayaan : Membentuk tentera Pemberontak Bangsa MORO dan membentuk MNLF
Kekayaan : Jutawan
Hubungan Diplomatik ; Mempunyai rangkaian persahabatan dengan dunia Islam serta hubungan baik dengan Anwar Ibrahim.
Pencapaian
Berjaya membentuk kumpulan pemberontak untuk memerangi Kerajaan Kristian Filipina dan dibawahnya beribu-ribu umat Islam mati berjuang diatas nama Islam .Diawal penubuhannya 'hala tuju' perjuangan amat jelas dan menerima banyak 'dana' dari Negara negara Islam. Disebabkan 'kewangan' melimpah ruah dicurahkan maka penyalahgunaan kuasa berlaku sehingga berlakunya perpecahan kepada MNLF.(Rujuk 'post' sebelum ).
Analisa
Seperti yang kita semua ketahui, Jamalul Kiram, tidak tersenarai sebagai pewaris Kesultanan Sulu dan seperti yang tercatat didalam sejarah Kesultanan Sulu, hak itu Kesultanan terputus dipenghujung 1800 an. Hak terhadap ketuanan Sabah terputus juga pada 1963 apabila majoriti rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia dan bukan Filipina.
Melalui analisa yang dilakukan, adalah mustahil untuk Kiram III untuk 'mengupah' Pengganas . Dari segi ekonominya beliau adalah seorang yang 'miskin' seperti yang didakwa oleh Pilipina. Kemungkinan keupayaan beliau untuk menyediakan dana untuk 'memulakan' operasi yang dinama ' Tentera Kesultanan Sulu" amat diragui. Dipercayai 'idea' untuk memulakan 'gerakan' ini semestinya datang dari seseorang yang 'berkepentingan' terutama di Filipina. Kita juga difahamkan bahawa Kiram sendiri mengaku bahawa beliau adalah keturunan Raja yang miskin, oleh itu mana mungkin beliau berkemampuan untuk menyediakan perbelanjaan atau kewangan untuk tujuan ini. Untuk Kiram' berdiri sendiri' dengan menggunakan 'air-liur' untuk menyeru 'pengganas' untuk menyertainya untuk 'menceroboh' Sabah adalah tidak masuk akal kerana rata-rata orang Islam yang menghuni Kepulauan Selatan Filipina adalah dibawah paras kemiskinan. (Miskin tegar).
Berlainan dengan watak ini. Nur Misuari. Misuari telah berpuluh tahun mengepalai MNLF. Dibawahnya satu ketika dahulu mempunyai ribuan pengikut yang setia untuk berjuang menentang Kerajaan Filipina. Kejituan kepimpinannya dan sokongan Islam Moro terhadapnya tidak berbelah bagi. Beliau menerima jutaan dollar dari serata negara Islam untuk tujuan ini. Sehinggalah kepimpinanya menjadi 'korupsi' dan perjuanganya tersasar dari 'hala tuju' asal telah mengakibatkan MNLF berpecah dan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu MNLF, MILF dan Abu Sayaf.
Dari segi punca ekonomi atau kewangan, Nur Misuari memiliki jutaan dollar dalam simpanannya. Ketika beliau berjuang satu ketika dahulu, MNLF mendapat bekalan dengan berbagai-bagai senjata, samaada senjata automatik mahupun semi-autonmatik dan diyakini mempunyai simpanan senjata yang banyak dan terkini. MNLF sehingga kini masih lagi mempunyai 'tentera-tentera' yang setia bersamanya. Difahamkan sehingga kini 'tentera' MNLF masih lagi aktif.
Kini melalui 'usaha murni' Malaysia yang ingin membantu orang Islam Moro yang sangat daif serta terpinggir dari kemajuan yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat Filipina yang bukan Islam, maka, satu inisiatif dilakukan untuk tujuan ini. Satu kerjasama telah terbentuk dan terjalin diantara Kerajaan Filipina dan kumpulan pecahan MNLF iaitu MILF. MILF yang dilihat oleh Kerajaan Filipina lebih condrong untuk perdamaian demi kemajuan orang Islam Moro maka usaha ini disambut baik oleh Kerajaan Filipina demi kemajuan dan perdamaian di Selatan Kepulauan Filipna.
Kecondorongan MILF berdamai dengan Kerajaan Filipina diragui oleh MNLF. Disebabkan MNLF tidak 'disertakan' didalam Perjanjian ini, maka, Nur Misuari merasakan MNLF akan sampai kepenghujung nyawa dan takut bahawa sedikit demi sedikit pengaruhnya didalam MNLF akan terhakis. Dan apa yang tidak ingin dilihatnya ialah 'penghijrahan anggota MNLF" kedalam MILF yang mana pada sedikit masa lagi akan menjadi 'sejarah' bagi Nur Misuari.
Kebimbangan ini telah membuatkan Nur Misuari merasakan dirinya semakin dipinggirkan. Oleh itu satu gerak kerja dilakukan . Berbekalkan sejarah ' Kesultanan Sulu' yang masih lagi 'hangat' dikatan dipelusok Selatan Filipina, maka, 'kesempatan' ini dipileh untuk dijadikan 'batu loncatan'. Percaturan dilakukan dan perbincangan diadakan. Berbekalkan 'dollar' yang dimiliki maka Nur Misuari berjaya memujuk Kiram III, untuk 'memulakan' isu sejarah lama yang telah terpadam iaitu " Tanah Nenek Moyang". Dengan 'memomokan' jenama 'Sultan Sulu Kiram III', maka 'terkail'lah 'Raja" bersultan dimata ini. Tanpa rakyat yang dimiliki, maka 'tentera MNLF" dijadikan alat sebagai jenama ' Tentera Kesultanan Sulu'.
Walaupun 'Kiram III' tidak mempunyai kewangan, tetapi diatas jenama yang diberi oleh Nur Misuari maka bertukarlah pakaian daripada 'tentera MNLF' kepada 'Tentera Kesultanan Sulu'. Berbekal dengan janji ' Kiram III akan dinobatkan sebagai Sultan Sabah maka bermulalah perancangan ini.
Perancangan bagaimana Misuari ingin melonjakan diri sebagai 'Ketua" yang akan 'mencekam' dan dikagumi oleh MNLF bermula seawal 2010. Mengikut analisa yang saya postkan sebelum ini yang ditulis pada 2010 maka, dari saat itu bermulalah perancangan Nur Misuari .
Nur Misuari yakin bahawa tenteranya (MNLF) yang dipakaikan dengan jenama ' Tentera Kesultanan Sulu' akan menemui kegagalan di Sabah namun ajenda terbesar beliau yang sebenar adalah di Selatan Filipina. Tujuan sebenar Nur Misuari ialah untuk 'mengagalkan' Perjanjian yang dibuat diantara MILF dan Kerajaan Filipina yang diusahakan Malaysia. Dengan alasan Malaysia akan 'menipu' Bangsa Moro seperti yang didakwa Misuari, maka, kebanyakan, rakyat yang bernaung dibawah MNLF masih terpedaya dengan 'kata-kata' manis Misuari.
Untuk mengelakkan Nur Misuari di'cop' oleh Kerajaan Filipina sebagai 'penghalang' usaha damai ini, maka Nur Misuari berhubung dengan rakan karibnya Anwar Ibrahim . Nur Misuari faham akan situasi yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Berbekalkan modal 5 Kerajaan negeri yang berada dipihak pembangkang dan kelemahan BN, maka keyakinan Anwar memuncak untuk 'menawan' Putrajaya. Berbekalkan kelebihan yang dimiliki oleh Anwar serta kejayaannya memporak perandakan kententeraman awam seperti perhimpunan bersih, dan bermacam-macam demonstrasi yang berlaku dan dirasakan bahawa kententeraman awam tidak terjamin di Malaysia maka satu perancangan dibuat oleh Nur Misuari dan Anwar Ibrahim. Berlandaskan perancangan menggunakan ' Kiram III' untuk Sabah, maka , perancangan dibuat dikala 'parlimen' sudah dipenghujung. Dengan anggapan " rakyat" akan marah dengan Kerajaan Barisan Nasional dengan situasi ini, maka, Anwar berharap 'undi' Sabah' akan berpihak kepadanya. Tetapi perancangan ini nampaknya 'memakan diri'. Dengan dendangan lirik ' TANYA SAMA NAJIB KENAPA POKOK GOYANG', NANTI JAWAB NUAR SABAH AKAN HILANG'.
Nur Misuari sebenarnya menyedari bahawa Anwar Ibrahim tidak mempunyai peluang untuk menjadi Perdana Menteri, oleh itu, kesempatan ini dibuat untuk "memerangkap" kesetabilan Malaysia . Diatas sifat gelojoh serta keintiman Anwar Ibrahim dengan 'Yahudi' dan Amerika, ini menguatkan lagi keazaman Misuari untuk tujuan 'penjahanaman' serta 'mengagalkan' perjanjian MILF dan Kerajaan Filipina. Dengan memainkan peranan agar selalu dilihat bersama Anwar Ibrahim, maka, 'keconderongan' untuk menyalahkan MNLF serta Nur Misuari tidak berbangkit samasekali. Ini lah kelicikan Nur Misuari didalam perancangan mengatur 'pencerobohan' Sabah dengan menggunakan ' jenama Kesultanan Sulu amat bertepatan.
Didalam perancangan ini, apa yang dapat dilihat, orang yang paling jahat dan terpalit adalah Jamalul Kiram bagi pihak Filipina dan Anwar Ibrahim disebelah Malaysia..
Anwar Ibrahim yang terlalu kepingin ingin menjadi Perdana Menteri walau dengan apa cara sekalipun terjebak dengan 'propoganda' Nur Misuari.
Kelicikan Nur Misuari membuatkan dia seolah-olah tiada sebarang kepentingan didalam 'permasaalah' ini. Inilah yang ingin beliau gambarkan sebenarnya kepada dunia yang beliau tiada campurtangan didalam 'Pencerobohan di Sabah serta Perjanjian diantara MILF dan Kerajaan Filipina .
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment