Monday, 18 March 2013

SIAPA LEBIH PANDAI DIANTARA MISUARI, KIRAM ATAU ANWAR :DENDAM DAN KONSPIRASI NUR MISUARI : PERSAMAAN ANWAR DENGAN KIRAM

KEJAYAAN NUR MISUARI : MALAPETAKA KEPADA KIRAM DAN ANWAR :  MELAPETAKA KEPADA TAUSUG DAN  PEMBANGKANG MALAYSIA.  SIAPA  MENJERAT DAN SIAPA TERJERAT. 
Assalammualaikum

Analisa yang saya buat dari ' Kesultanan Sulu' berhubung ajenda Nur Misuari serta kegagalannya sebagai 'Ketua' . Nur Misuari menggunakan kedudukan sebagai ketua yang mementingkan 'kuasa dan kekayaan' yang boleh didapati secara mudah diatas nama ' Menegakan Negara Islam Bangsa Moro'. Kelicikan   serta 'imej'  Islamik yang ditonjolkan  membolehkan beliau 'mengarahkan' bala tenteranya  menyertai 'misi bunuh diri rakyat Moro untuk kepentingan peribadi dan pengarubnya.Imej yang dimiliki amat 'bersamaan dengan Anwar Ibrahim'..


Seawal 2010 Nur Misuari sudah menjejaki atau mencari 'mangsa' untuk memenuhi  impian atau hajatnya yang menggunung tinggi sehinggalah beliau menemui ' Kiram III yang dungu iaitu 'Raja yang tiada ber rakyat' atau ' Raja yang tiada bernegara' untuk dijadikan 'mangsa seterusnya. Berbekalkan kewangan yang 'berjuta' yang dimiliki Nur Misuari serta 'janji manis " kepada 'Pengikut Yang di Beli' , serta 'menjanjikan' Kiram sebagai Sultan berbangsa Sulu di Sabah, maka, satu perancangan dilakukan untuk memenuhi impian ini.

                                         

                                         

Dengan alasan atau diatas  nama 'tanah nenak moyang' maka Nur Misuari berjaya 'memutar' otak Kiram III yang bernafsu 'Dollar Amerika' untuk turut menyertai 'program yang dikatakan ;berimpak' antarabangsa ini.. Bersandarkan kepada persabahatan yang akrab yang terjalin diantara Niur Misuari dan Anwar Ibrahim dan 'misi' perjuangan kedua 'watak' ini adalah sama, maka, kesempatan yang dimiliki digunakan secukupnya. Diatas rasa keyakinan yang teramat tinggi tentang 'plan' yang dibuat akan mengikut perancangan.  Seawal tahun 2013 Anwar sudah mula menyanyikan lagu ' Tanya Sama Najib, kenapa pokok goyang, Nanti jawap Nuar Sabah Akan Hilang' berkumandang disetiap 'jelajah Anwar'.

                                          

Kini kedua-duanya iaitu Nur Misuari dan Anwar 'mencuci tangan' dari 'hanyir darah' yang membasahi tangannya. Kepada Nur Misuari '  hanyir darah ' merupakan 'kegilaan peribadi' nya tetapi bagi Anwar ini mungkin 'satu' permainan yang 'kasar' yang pernah dilakukanya diatas nama  seorang Islam.
                                            
Analisa dari Blog ' Kesultanan Sulu
POSTED BY DZULASREE @ ASREE SUG ON TUESDAY, MAY 4, 2010 

Ketika kumpulan mantan komander dan general MNLF membuat pertemuan dengan YM Datu Albi dan Atty. Meltino mewakili Rumah Bichara Kesultanan Sulu (Council of Regents) di Alisya, Zamboanga baru-baru ini, kemudian menyambung pertemuan dengan Tuan Hj Gadjier Ismail mantan Chief of Staff MNLF di sebelah petangnya, telah memperjelaskan keadaan sebenar masalah yang dihadapi oleh Nur Misuari dan MNLF.

Penulis tidak akan menceritakan siapa yang mengeluarkan perkataan dari kalangan pemimpin MNLF di Alisya tersebut, apa yang perlu hanyalah menjelaskan secara keseluruhan intipati kepada masalah MNLF dan barisan pimpinannya. Dengan demikian, hal ini disentuh tanpa menggores perasaan mana-mana pihak. Agak sukar bagi penulis mendedahkan hal ini kepada umum sekali pun "tanpa mahu menggores perasaan" mana-mana pihak memandangkan beberapa komander MNLF termasuk Nur Misuari sendiri adalah datuk (sebelah ibu) penulis sendiri.


APA KATA MEREKA?
Berikut didedahkan beberapa perbualan yang penulis dapat simpulkan dalam satu kronologi sebagai panduan mudah memahami keadaan sebenar Nur Misuari dan MNLF ketika dulu dan kini.
Perjuangan awal-awal MNLF ketika dulu yakni sebelum meletusnya peperangan besar-besaran selepas 1972, telah bersumpah atas nama Allah swt dan kemuliaan Al-Qura'an Al-Karim untuk membebaskan Sulu-Mindanao dari tangan Filipina.
Sumpah turut menyatakan "untuk mengembalikan kedaulatan Kesultanan Sulu" sebagai pemerintah asal kepada gugusan kepulauan Sulu.
Selesai perjanjian Tripoli antara 1975-76 bermula perubahan haluan dengan tidak menyebut lagi tentang "tanah Kesultanan". Adalah rentetan dari perpecahan kepimpinan MNLF pusat yang dikenali Magic 8 membelot serah diri pada Marcos.
Pemimpin Utama MNLF mengeluarkan arahan ketenteraan agar membunuh semua keluarga Magic 8. Tentera MNLF menyerang beberapa kampung di pedalaman Jolo, Sulu yang dikaitkan sebagai keluarga Magic 8 dan membunuh kesemuanya kecuali satu kampung yang mereka tidak dapat kalahkan. Inilah sejarah umat Islam berperang sesama sendiri dalam sejarah MNLF.
Sehingga tahun 1978 gagasan baru telah muncul iaitu "kemerdekaan Moro Land kearah Republik BangsaMoro". Ketika ini puluhan ribu penduduk Islam Sulu berhijrah ke Sabah kerana kekejaman Marcos menghancur perkampungan semakin berleluasa dilihat sebagai "penghapusan etnik".
Keadaan ini menimbulkan suasana panik dikalangan pemimpin MNLF di Jampiras, sehinggakan sesiapa yang masuk ke Jampiras akan di tembak mati tanpa soal periksa sekiranya idintiti diragui kerana ditakuti adalah pengintip Marcos. Ramai umat Islam Sulu yang tidak berdosa telah dibunuh di jampiras, buktinya puluhan malah ratusan tengkorak kepala masih berlonggok di sana.
Kekalahan Marcos sebagai Presiden Filipina pada 1986 dan kematiannya di Hawaii telah membongkar beberapa perkara termasuk perkaitan pemimpin utama MNLF dengan Gerakan Komunis Filipina. Barulah pelbagai pihak sedar bahawa undang-undang MNLF ketika itu adalah Komunis Mao Tze Tung.
Pada 1996, Nur Misuari dan MNLFnya berjaya diheret ke meja rundingan oleh Filipina yang dikenali sebagai "Final Peace Agreement". Nur Misuari terpaksa menerima perjanjian tersebut kerana perpecahan di kalangan pemimpin MNLF setelah Magic 8 dan kemungkinan beberapa rahsia telah terbongkar menyebabkan beliau berfikir tiada jalan lain lagi kecuali berdamai.
Ustaz Hashim Salamat (pengasas MILF) tidak mahu menerima perjanjian Final Peace Agreement Nur Misuari dengan Filipina lalu mengasingkan kumpulannya ke Mindanao menyambung perang semula kerana beliau mahukan Kemerdekaan bukannya perdamaian.
Filipina tidak mahu melaksanakan perjanjian 1996 (Final Peace Agreement) tetapi memberikan "hidangan" baru kepada Nur Misuari dengan ARMM (Autonomos Region Muslim Mindanao), Nur Misuari menerimanya dengan jawatan pengerusi pertama ARMM.
Kebijaksanaan Filipina ialah mencurahkan banyak dana kepada pejabat ARMM kerana mengetahui Nur Misuari dan orang-orangnya pasti gagal mengurus ARMM dan dana yang diberikan. Akhirnya menjadi kenyataan kerana jawatan dalam ARMM banyak diberikan kepada ahli keluarga masing-masing walau pun tanpa kemahiran dan kepakaran.
Projek banyak yang diluluskan dalam kertas ARMM tetapi projek tidak pernah wujud atau kelihatan, hal ini berterusan tanpa mereka sedari akan bakal "mengundang malapetaka". Amat malang, terlalu banyak pelaburan dari Malaysia telah lesap begitu sahaja tanpa dikesan. Hal ini menimbulkan kemarahan pelabur Malaysia, yang menjadi sasaran sudah tentu Perdana Menteri sendiri ketika itu ialah Tun Mahathir Mohamad.
Perangkap Filipina akhirnya menjadi, pada tahun antara 1999 hingga 2000 kerajaan Filipina telah bertindak untuk mengaudit pentadbiran ARMM Nur Misuari dan mendapati ia dipenuhi oleh Korupsi, Nepotisma dan salah tadbir. Hal ini menjadi kejutan besar buat Nur Misuari kerana banyak perkara (Korupsi) adalah di luar pengetahuannya.
Setelah itu untuk menutup cerita, Nur Misuari terpaksa "melancarkan peperangan" sekali lagi. Berlakulah beberapa pertempuran sengit antara tentera Filipina dan pengawal Nur Misuari ketika itu. Pengawal Nur Misuari terpaksa menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan dan perisai manusia untuk melepaskan diri. Kerana berasa tidak selamat Nur Misuari telah berjaya loloskan diri ke Jampiras, Sandakan.
Malaysia yang tidak menyangka kejadian tersebut berlaku ditambah dengan Nur Misuari berjaya masuk sempadan langsung ke Jampiras, menyebabkan Malaysia "melakukan beberapa tindakan". Antara tindakan tersebut ialah mengepung dan merundingkan beberapa perkara yang difikirkan perlu oleh Malaysia.
Kegagalan beberapa rundingan dan ditambah oleh kemarahan rakyat serta pemimpin Malaysia (kerana mungkin banyak pelaburan Malaysia di ARMM bernilai jutaan ringgit lesap begitu sahaja) menyebabkan Nur Misuari ditangkap atas alasan "memasuki Malaysia tanpa pass perjalanan sah".
Bagi Nur Misuari Malaysia telah menganiya dirinya sebagai pemimpin Moro yang pernah membantu Malaysia ketika dulu memerangi Filipina untuk selamatkan Sabah (kes Jabidah Force 1968). Penangkapan beliau dianggap oleh Nur Misuari sebagai penganiayaan kepada "saudara mereka sendiri". Bagi Malaysia pula, bantuan Moro sudah berbayar dengan membantu menjadi broker perdamaian serta menjadi negara pertama pelabur terbanyak dalam ARMM. Malah bantuan "penempatan" percuma dan pemberian kemudahan dan pass IMM13 kepada "Bangsa Moro" di Malaysia membuktikan Malayisa tidak seperti yang dituduh oleh Nur Misuari.
Kemarahan bekas ahli MNLF dan para komandernya begitu membuak-buak mengecam Malaysia kerana bertindak menangkap Nur Misuari malah menghantarnya ke Filipina untuk "disembelih" tanpa mereka sedari keadaan sebenarnya. MNLF berpendapat, sepatutnya Malaysia melihat kes Nur Misuari sebagai telah "menjadi mangsa keadaan" dari percaturan yang disengajakan Filipina untuk tidak membantu dalam pentadbiran Nur Misuari kendalikan ARMM.
Di sinilah dendam bermula, dendam yang sudah dikaitkan dengan maruah. Apabila hal maruah ini ditafsir dengan budaya Tausug maka akan berlaku "Tauun ha kukku itum" (Simpan di kuku hitam = Dendam yang perlu dibalas) dan "Sarina mutih in bukug, ayaw in tikud-tikud" (Biarlah putih tulang, jangan putih tumit).
Nur Misuari telah menyedari perlunya bergabung semula dengan Kesultanan Sulu untuk kemerdekaan seterusnya "Sabah" akan berjaya dirampas semula dari tangan Malaysia. Gerakan awalnya ialah menjalin hubungan dengan Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram.
Kemudian menjalin hubungan dengan Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan. Sehingga baru-baru ini Nur Misuari telah berjaya membawa Sultan Jamalul Kiram III ke Arab Saudi tetapi setelah mendapati Sultan Jamalul Kiram III tidak dilayan mahu pun diiktiraf oleh kerajaan Saudi, beliau pergi ke Libya dengan meninggalkan Jamalul III tanpa pembelaan di Arab Saudi. Sultan Jamalul Kiram III terpaksa menelefon keluarganya di Filipina minta dibantu untuk dibelikan tiket.


                                                    Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment