Tuesday 14 May 2013

SISI TEPI MAHATHIR YANG TIDAK ANDA KETAHUI :PENGEKSPOT ISLAM DAN AL QURAN ERA MILLINIUM YANG DIHINA

DOSA DOSA MANUSIA INI TIDAK AKAN TERAMPUN .  PENGHINAAN DAN CACIAN DILEMPARKAN . HAKIKATNYA AGAMA ISLAM DAN AL QURAN DITABUR DISELURUH DUNIA. TIADA INSAN  LAIN  SETARANYA DI ERA MODEN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

                         SISI TEPI YANG TIDAK DIKETAHUI OLIH MUSUH NYA

Berbagai tomahan, makian, cercaan, penghinaan dan bermacam-macam lagi perkataan yang dilemparkan kepada diri beliau. Disebabkan 'hebat'nya watak ini maka, , timbullah  watak-watak yang menentang kebaikan yang ditabur hamba allah  ini, bagaikan  dicucuk dan diapikan olih 'musuh dalam selimut' serta golongan yang mengaku dan mengelar  diri mereka  sebagai ulama yang diuniformkan  seperti rahib-rahib Yahudi serta Kristian. Tanpa rasa segan dan silu, berjurai -jurai kata-kata kesat dilemparkan serta   di'dicop'  dan dilabel yang negatif  saja  terhadap kebaikan yang diukir diserata dunia terutama ' negara-negara Islam serta blog dunia ketiga' tidak ketinggalan dibumi beliau dilahirkan iaitu Malaysia.

Watak yang ingin diperkata dan dibesarkan didalam tulisan kali ini ialah Tun Dr Mahathir Mohammad, iaitu Mantan Perdana Menteri. Seawal pemerintahan beliau  serta bertindak sebagai pemegang amanah kuasa Rakyat dinegara ini beliau telah berjaya melakukan "Transformasi' yang amat ketara didalam membangunkan serta pengubahan hala tuju pengekonomian negara kita ini. Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama lebihkurang 22 tahun, beliau berjaya melakarkan sejarah sebagai 'arkitek'  terulung Melayu didalam membangunkan negara bertuah ini. Berbagai onak dan duri dilalui beliau yang tanpa henti dilakukan demi negara  .

Sekiranya kemajuan yang dilakukan terhadap negara ini tidak dipandang atau dihargai olih masyarakat Malaysia terutama orang Melayu Islam lebih-lebih lagi orang bukan Islam, satu perkara yang wajib kita pandang dan kita ingati ialah 'usaha' beliau didalam memertabatkan Islam melalui 'pengekspotan' kesucian Islam serta Al Quran kenegara-negara blok Eropah serta kepada dunia negara ketiga.

Sedarkah kita, apabila meletusnya perang  atau penghapusan ethnik Bosnia yang beragama Islam  dibumi Bosnia , Tun Dr  Mahathir lah yang menjadi 'Wira Islam" yang berjuang mempertahankan umat Islam yang ditindas serta disembelih olih Serb dipersidangan  Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu serta OIC. Sedarkah kita bahawa kelantangan ' suara' beliau menegakkan kebenaran keatas apa yang berlaku keatas umat Islam Bosnia telah membawa kejayaan yang amat besar dan tidak mungkin dapat dilupakan olih keseluruhan umat Islam didunia. Kelantangan suara beliau didalam memperjuangkan untung nasib umat Islam diBosnia akhirnya membawa kejayaan dan kini Bosnia kekal sebagai sebuah negara Islam yang berada diblok Eropah selepas era kejatuhan Sepanyol. Sedarkah kita??
WALAUPUN  ULAMA POLITIK DAN KARIFUN MEMERANGI PERJALANAN AYAHANDA SERTA DIBENCI DAN DIHINA 'AYAHANDA TELAH ' MEMBUKA JALAN UNTUK MEEM MENGIBAR BENDERA.

Sedarkah kita, beliau tidak putus-putus berusaha untuk membangunkan Islam dimana saja tempat yang beliau singgahi. Seluruh dunia Islam memandang tinggi terhadap kecekalan dan keberanian hamba yang bernama ' Mahathir' ini. Walaupun dunia melihat negara  Arab yang rata-rata amat kaya dari segi pendapatan dan hasil bumi namun tidak kedengaran olih kita pemimpin berbangsa Arab ini berjaya menjadi 'champion' kepada dunia Islam lain mahupun dibumi bukan Islam.Tidak kedengaran olih kita dunia Arab secara terangan mahupun secara sembunyi 'bersuara' melaungkan Islam dan  Islam yang diwarisi olih Bangsa Arab yang pada ketika itu 'amat meninggi diri' serta menjadi bangsa yang  'riak dan takbur'  tetapi dilihat gagal didalam menyatukan keseluruhan dunia Islam yang lain. 

Tetapi scenarionya amat berbeza dengan anak Melayu ini, walaupun  darah beliau didakwa tidak sepenuhnya  Melayu tetapi 'benih' yang dieramkam selama sembilan bulan 10 hari , dibelai dan dikendong olih seseorang yang bernama Melayu . Itu lah kebenaranya. Dengan bercambahnya ranting perniagaan yang dibawanya bersama keluar negara, maka, pada masa yang sama Islam juga dipangku dan ditatang olih Mahathir dan disemaikan bersama dinegara yang dilawati tanpa disedari olih rakyat Malaysia terutama orang Islam. Itulah  Mahathir.

Sebagai contoh, apabila kesatuan Russia berpecah maka Mahathir membuka laluan ruang perniagaan kesana. Berbagai delegasi Malaysia dihantar kepelusuk blok yang terpecah itu. Salah sebuah negara yang paling rapat dengan Malaysia pada waktu itu ialah Kazakhtan. Saya berpeluang untuk menghadiri satu program. Walaupun program itu berbentuk hiburan, namun, kesempatan itu saya gunakan sepenuhnya untuk melakukan sesuatu yang diluar perancangan. Didalam tempoh 14 hari saya berada disana, saya gunakan kesempatan untuk mendekati 'rakan luar' itu untuk mengenalkan Islam kepada mereka. Walaupun nenek moyang  mereka pernah mengenal Islam namun diera pemerintahan Komunis, Islam tidak dapat dipraktikkan dan sekiranya didapati ada diantara rakyatnya yang mengamalkan Islam, maka, hukuman nya adalah 'Mati' itulah hakikat yang perlu diterima olih rakyat Russia.

Alhamdullulah, didalam tempoh 14 hari itu, kerahmatan Allah, menyebelahi usaha saya. Saya berjaya menyampaikan kata-kata Allah dan berjaya memujuk hati 4 orang untuk menerima Islam. Melalui Kedutaan Malaysia di Moscow, saya berjaya mendapatkan beberapa naskah Al Quran untuk dihantar kepada ' saudara' baru tersebut. Alhamdullilah.  Sekiranya Mahathir tidak membuka 'jalan' untuk ini, adakah kita akan berjaya 'menyebarkan'Islam? Inilah yang terbaik yang dilakukan olih Mahathir untuk Islam yang tidak dilihat serta  disenangi olih orang bukan Islam .  

Kecenderongan segelintir pemimpin Melayu Islam yang secara terangan menafikan 'kehebatan' watak bernama ' Mahathir' telah membuahkah 'benih-behih' kebencian melampau kepada watak ini. Walaupun bergunung 'kebaikan' yang dihamparkan untuk Islam namun inilah yang gagal dilihat olih musuh politik  Mahathir ditanah air, iaitu PAS serta kempimpnan Nik Aziz.

Berbagai perkataan dilemparkan Nik Aziz terhadap Mahathir. Bermacam gelaran di'labelkan' terhadap 'hamba' ini, namun semua itu ditelan dan 'dimaafkan' olih Mahathir .Sekiranya kebenaran dan kebaikan ini yang masih lagi ingin ditolak olih Bangsa Melayu beragama Islam terutama PAS terhadap manusia yang 'menebarkan Islam' dengan berpakaian Kot, saya kira, Melayu yang menentang Mahathir serta yang mencaci kemurnian 'Perjalanan' beliau, diharap dapat balik kepangkal jalan. Tahulah olih mu..penghujung semakin dekat.

            Jalan telah disediakan olih Mahathir' terpulang kepada kamu untuk menitinya

                  "SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI PERJALANAN AYAHANDA"
                                                     
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. Amin ya Allah.

    ReplyDelete
  2. aku percaya allah tahu smua yang tersirat di hati insan yg byk berjasa pada bangsa dan negara dgn berkat drNYA...allah maha mengetahui dan akan membalas dgn setimpal bagi jasa beliau walau di nafi manusia

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Apa maksud tuan blog "Tahulah olih mu..penghujung semakin dekat."....dekat nak kiamat ke, huru-hara ke, kebangkitan kali ke 2..

    ReplyDelete
  4. wsalam. Hanya akan ada seorang saja 'watak terpilih' didalam sesuatu Zaman. Kesinambungan 'kerja' Mahathir akan disambut olih seseorang untuk prasa seterusnya untuk . Kebangkitan kedua sedang 'bertak-tih'

    ReplyDelete