Wednesday 4 September 2013

INI YANG DIPANGGIL BODOH BERTINGKEK-TINGKEK, BANGANG MELANTUN LANTUN

CUKUP CUKUPLAH UMNO NAK  BODOHKAN ORANG MELAYU LAGI
DAH BERTAHUN KAU TINGGALKAN MELAYU KAMPUNG
DAH  NAK BUNGKUS  BARU NAK INGAT!!
SORRY LAH BRADER!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Bercakap memang senang, almaklumlah 'lidah tak bertulang', semua bolih tak da satu pun tak bolih, itulah 'lidah bercabang pemimpin' kini, samaada parti Kerajaan mahupun pembangkang, semua sama standard. Cakap tidak bolih pakai langsung!!! Demi hendak menghalalkan  'kesalahan Bos' masing-masing semuanya 'halal'.

Jangan lah nak mendebik dada dengan 'cadangan' yang belum tentu pasti tertunai , semua pandai menabur janji.  Janji sana janji sini 'janji orang munafik' bolih ke nak dipakai?? Disebabkan masing-masing inginkan tempat selesa dalam 'kabine dapur t Najib' semuanya nak tunjuk pandai tetapi 'bangang melantun-lantun'.

Jangan dilelong  'barang' yang belum pasti. Periksa 'akaun kerajaan' dulu, ada duit lagi ke tidak? Cukup ke tidak? Bolih on ke tidak atau  tangguh dulu.

Pastikan dulu 'punasihat' Najib tu, dah berambus ke belum atau Menteri  sekadar jadi Pak turut je!! Tetapi bagi UMNO standard la..bila bersin saja  'taikoon PEMANDU'  dambaan Najib  nanti, semuanya berubah...


                           JANJI MENJELANG  PAU SEMUA TAK LEH PAKAI!!
                      Penduduk luar bandar terima agihan potongan subsidi minyak

Putrajaya akan menggunakan sebahagian hasil daripada potongan subsidi minyak sebagai ganjaran kepada penduduk luar bandar yang membantu mengekalkan kuasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cara membangunkan kawasan berkenaan."Lebihan itu akan diagihkan ke banyak kawasan. Kerajaan akan memfokuskan kepada pembangunan kawasan pedalaman," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu mengumumkan kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM3.3 bilion setahun selepas menurangkan subsidi minyak. Najib membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sebagai langkah bagi mengurangkan defisit fiskal.

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata kerajaan sebelum ini terlepas pandang terhadap kawasan luar bandar dalam kumpulan fokus bajet. "Ini adalah kali pertama dalam dialog kita masukkan mereka," katanya.

Input yang diterima daripada kumpulan fokus bajet 2014  akan digunakan untuk merangka belanjawan negara yang akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober. BN bergantung kepada pengundi luar bandar untuk memenangi 133 kerusi Parlimen itu dalam Pilihan Raya 2013.

Semalam, bekas Editor Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin menerusi tulisan dalam blognya mengingatkan Putrajaya supaya tidak melupakan penduduk luar bandar yang memberikan sokongan keada parti pemerintah itu, dan kini terpaksa menanggung beban daripada kenaikan harga bahan api.

"Pengurangan subsidi menyebabkan harga bahan api meningkat sebanyak 20 sen dan beban rakyat akan meningkat. Menteri kewangan berkata, kenaikan terbaru akan menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion,” katanya dalam blog. "Kita mesti tahu kadar penjimatan akan digunakan untuk apa. Mudah-mudahan, tumpuan tidak akan berada di bandar-bandar sahaja. Kerajaan mesti ingat siapa yang menyelamatkan BN, " katanya, merujuk kepada pilihan raya umum pada 5 Mei.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada `mempercepatkan pertumbuhan kawasan luar bandar’ dan mempunyai rancangan untuk mengenal pasti dan membangunkan kampung dan kawasan luar bandar mengikut industri berbeza. "Kami mahu memberi nafas baru kepada kampung dengan satu kampung, satu produk. Satu daerah, satu industri," katanya.

Berdasarkan angka yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pontian itu, terdapat 22,200 kampung di seluruh negara. – 4 September, 2013.

                                               Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment