Monday 9 September 2013

KITAR SEMULA ATAU KITARAN : TIADA ORANG LAIN KE??

BERTANDING KALAH !! KELUARGA TERLIBAT 'KES LEMBU KONDO'
MASUK KABINET IKUT 'JALAN BELAKANG'
MASIH LAGI NAK SANDANG JAWATAN ???
SEMEMANGNYA UMNO MENGGALI KUBUR SENDIRI

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Diatas tekanan yang diterima olih Shahrizat Jalil berhubung teman sebantalnya serta anak-anaknya yang didakwa telah menyelewang  serta lari dari tujuan asal penubuhan NFC  dimana sebanyak  RM250 Juta  diberikan sebagai pinjaman telah 'terbocor'  dan diaibkan olih Rafizi Bafia, menyebabkan Sharizat Jalil terpaksa melepaskan jawatan menterinya buat seketika. Namun begitu status beliau sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia masih kekal.

Walaupun beliau menafikan 'keterlibatan' beliau didalam 'kes NFC" seperti yang beliau dakwa namun  sebagai seorang manusia yang bergelar isteri yang serumah , sekatil dan sebantal sudah semestinya beliau mengetahui  hala tuju serta  'kemudah kecairan kewangan yang dimiliki syarikat milik suami dan anak anak itu.Walau apapun 'kes' ini masih lagi belum sampai dipenghujungnya.

Berbalik kepada diri yang diperkata iaitu Shahrizat Jalil, perlukan ketumbukan wanita UMNO mengekalkan beliau sebagai Ketua Wanita? atau perlukan beliau 'menarik diri"? atau perlukan beliau mempertahankan jawatan itu? Bagi seseorang yang berpegang kepada ungkapan ' seseorang itu tidak bersalah sehinggalah  kesalahannya dibuktikan"  Berdasarkam kepada 'statement' ini semestinya Shahrizat Jalil akan mempertahankanya, walau apa keadaan. sekalipun .

Sharizat Jalil telah dengan terbuka 'menyatakan' kepada pesaingnya bahawa kini terdapat 7 negeri yang menyatakan sokongan kepada beliau. Apakah tujuan beliau? Sewaktu beliau bertanding Ahli Parlimen Lembah Pantai menentang Nurrul Izzah juga beliau pernah menyatakan bahawa penduduk Lembah Pantai keseluruhanya 'menyokong beliau' tetapi akhirnmya 'beliau kecundang juga".

Olih itu disarankan kepada Sharizat Jalil, janganlah terlalu 'riak' dengan mengatakan bahawa beliau menerima banyak sokongan. dari negeri-negeri. Pertandingan belum bermula lagi, hanya kempen peribadi 'beliau' yang berjalan ketika ini. Nampaknya  Wanita UMNO masih lagi mengharapkan 'biji buah  yang busuk  serta dimakan ulat ' untuk dijadikan benih  bagi mendapatkan 'baka' terbaik untuk musim akan datang. .

ADAKAH WANITA UMNO MEMERLUKAN SESEORANG YANG
BERMASAALAH  UNTUK DIANGKAT SEBAGAI KETUA???
ATAU ADAKAH RAKYAT AKAN MEMANDANG TINGGI 
KEPADA WANITA UMNO LAGI?
 Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail akhirnya didakwa dalam kes membabitkan penyelewengan projek lembu itu.
Beliau yang juga suami kepada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat- Datuk Seri Shahrizat Jalil didakwa di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas empat pertuduhan.
Dua daripadanya adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.
Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.


IPOH - Wanita Umno di tujuh negeri telah menyatakan sokongan terhadap ketua pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Oktober depan.

Shahrizat berkata Melaka, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Perak menyatakan sokongan itu ketika beliau melawat negeri-negeri berkenaan.

"Saya hargai dan saya mengambil berat amanah yang diberikan kepada saya," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Wanita Umno Perak di sini, hari ini.

Katanya jika diberi peluang untuk terus menerajui pergerakan itu, beliau akan memberi fokus terhadap peranan wanita dalam politik.

"Saya tidak berpuashati dengan pencapaian Wanita dalam politik. Ini akan menjadi obor perjuangan saya jika saya dipilih untuk mengemudi pergerakan Wanita Umno," katanya.

Pertandingan jawatan Ketua Wanita setakat ini membabitkan Shahrizat dan bekas ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Penamaan calon bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diadakan serentak pada 21 Sept manakala tarikh pemilihan 12 Oktober.  - Bernama

No comments:

Post a Comment