Tuesday 10 September 2013

PERLUKAH KALIMAH ALLAH DI'BICARAKAN' "?? ATAU 'MUALAF" KRISTIAN SEMAKIN 'CONFUSE"!!!


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Umat Islam di Malaysia tertunggu-tunggu akan  keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kalimah Allah yang di'bicarakan' dimahkamah dunia. 

Untuk pertama kalinya dalam sejarah dunia nama Allah SWT yang diakui dalam Kitab Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibrail a.s di'rebut' secara ' berajenda' olih puak Kristian telah dibawa untuk diadili dihadapan manusia.

1434 tahun hijrah sudah berlalu dan 56 tahun Malaysia menikmati merdeka. Namun sebelum ini semua agama selain Islam  akur dengan Perlembagaan Negara yang menetapkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Raja Raja Melayu diiktiraf olih semua rakyat sebagai Ketua Agama disetiap negeri. Kalau dahulu  'isu kalimah Allah" tidak pernah dipertikaian akan 'milik ekslusif' umat Islam dinegara ini tetapi akhir-akhir ini, Kristian atau penganut Kristian sudah mula 'mempertikaikan'  kepenggunaan kalimah 'Allah" agar penganut mereka juga 'diberikan' hak yang sama untuk menggunakannya.' Kenapa'??

Mengimbau kembali keera Isa Putera Mariam ataupun Jesus Christ yang diyakini olih Kristian yang hadir kedunia sebagai 'anak tuhan", ataupun 'Tuhan" yang menjelmakan diri 'sebagai manusia'. Puak Kristian terutama yang berbangsa Arab , Roman dan bangsa Yahudi tidak pula pernah mengambil "Allah SWT" sebagai Tuhan waima 'beriman' dengan Allah SWT.

Hanya setelah Nabi Muhammad diangkat sebagai Nabi dan Rasul dan dibekalkan dengan Al Quran melalui  Jibrail a.s. olih Allah SWT barulah nama Allah 'terukir' atau ' tertera' dan disembah olih mereka-mereka yang  mengambil Islam sebagai kepercayaan mereka. 

Selepas kehadiran Isa Putera Mariam ataupun Jesus , Umat Kristian memanggilnya sebagai 'sons of god' atau ' God" walaupun tiada nas sebenar didalam Injil atau Bible waima Old Test dan New Test yang menjurus 'kata kata'nya yang mengaku bahawa 'dia adalah Tuhan" waima 'sebagai anak tuhan" tetapi disebabkan 'meyakini' akan kata-kata 'pendita'nya maka 'olahan' kata-kata' dibuat untuk meyakini bahawa Jesus itu 'kelahiran Tuhan' dalam bentuk manusia. Walauapapun 'debat' atau 'kebenaran' yang dinyatakan, kepercayaan dan keyakinan mereka tetap tidak berubah. Biarkanlah...

Yang menjadi persoalan kini, kenapa 'kalimah Allah" yang ternyata 'wujud dan disahkan' didalam kitab Al Quran' hendak digunakan dalam' Al Kitab Kristian'?. Tidak yakihkan mereka dengan panggilan 'Jesus oh God", Jesus Christ" atau " Jesus sons of Mary'? atau ;Jesus Holy Spirit'?. Bermacam-macam panggilan yang dimiliki, tetapi, kenapa 'Allah" juga yang dimahukan??

Tetapi sekiranya terdapat perkataan atau ayat yang nyata dituliskan didalam kitab lama atau baru mereka yang memanggil tuhan sebagai ' Allah SWT" saya rasa tiada halangan, namun, kalimah 'Allah SWT" tidak pernah ada didalam didalam kitab tersebut. Olih itu tiada keperluan untuk umat Kristian menggunakannya. Kenapa Kristian ingin menyamakan kalimah  Allah SWT dengan tuhan mereka?

                                        
    
Umat Kristian perlu tahu bahawa ' TIADA SATU AYAT ATAU PERKATAAN PUN DARI  MULUT JESUS YANG MENGAKU BAHAWA DIA ADALAH TUHAN"  Ayat atau perkataan ' son of God' juga tidak menjurus kepada penyataan dia adalah 'Tuhan".

Olih itu pertelingkahan yang ingin diujudkan olih Kristian Malaysia merupakan satu perkara remeh dan "berajenda". Kristian diseluruh duniapun tidak memanggil Jesus sebagai 'Allah SWT" kecuali bangsa Indonesia yang menganut Kristian saja. Disebabkan Sabah dan Sarawak berjiran dengan Kalimantan yang dimiliki Indonesia maka 'penularan' kepenggunaan' nama Allah diserapkan atau disebarkan melalui Indonesia. 

Cuba kita tanya penganut Kristian di semenanjung Malaysia adakah mereka memanggil nama tuhan mereka sebagai 'Allah SWT' atau Allah ? Yang bermain dibibir dan lidah mereka hanyalah ' Oh Jesus' 'Oh Lord" atau ' Oh Sons of Mary". dan bukan 'Oh Allah SWT" atau 'Oh Allah".sewaktu bersembahyang?? dalam ' ritual agama"??

                                                Ikhlas dari:- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment