INSTITUSI TUNGGAL MELAYU MULA DI ROBIK |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Segala pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muammad s.a.w agar kerahmatan juga terlimpah keatasnya dan begitu juga kerahmatan juga dipohonkan agar seluruh batang tubuh bangsa Melayu diberikan keampunan dan petunjuk dari Yang Maha Esa.
Sebenarnya saya telahpun masuk tidur pada jam 12.15 malam dan berjaya melelapkan mata tanpa masaalah seperti sebelumnya tetapi...Allah berfirman..'Aku menidurkan kamu dan Aku juga yang membangkitkan kamu'.Aku digerakkan dan dibangunkan setelah hampir satu jam beradu dan ketika itu aku dimimpikan dengan 'kisah' pergelutan politik' yang melanda Selangor ketika ini yang sememang aku tiada kepentingan diatasnya. Atas apa perkara itu menjadi dan membuatkan otak ini memikirkan kemelut tersebut telah membuat aku terpanggil untuk menuliskan sesuatu yang di rasakan 'patut' diterjemahkan diruang ini.
Firman Allah :-
“-59- Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. -60- Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. -61- Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). -62- Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira – Penghitung.” Surah Al-An’am ayat 59-62.
Melalui ilham yang diberikan , penyataan itu saya turunkan melalui pemahaman sendiri.
Apa yang terjadi dinegeri Selangor ini bukanlah diatas kehendak dan kemahuan batang tubuh Sultan itu sendiri. Kemelut yang terjadi ini adalah diatas sifat rakus dan halobanya naluri manusia. Diatas rasa 'kehebatan pemikiran diri seseorang yang bergelumang politik' yang berpandukan kehidupan semata-mata kerana politik yang 'beriman' hidup dan mati kerana politik serta mengenepikan kepentingan orang lain demi cita-cita politik untuk digapai maka semua tata susila serta adap sopan serta budibahasa bangsa yang diakui menyelubungi diri diketepikan. Adap yang terpakai sejak turun temurun dari bangsa yang agung iaitu Melayu yang sememangnya dipayungi olih "batang tubuh Raja" yang dilahirkan dari Keturunan Raja yang ditentukan olih Allah SWT kelahirannya, kini, mula dicabar olih 'pelaku-pelaku' yang di'caturkan' olih minda manusia yang sememangnya tidak berkiblatkan kepada keimanan' yang sememangnya telah ditaklinkan Islamnya telah menguncah ketinggian Institusi Bangsa Melayu.
Raja atau Sultan yang beratus tahun dijunjung rakyat terutama bangsa Melayu yang ditetapkan melalui Perlembagaan turun temurun yang tidak pernah terusik 'makam' nya telah cuba digali dan nafikan 'haknya olih 'pelaku-pelaku' politik ini. Pemegang kuasa politik harus dan wajib sedar bahawa rakyat dibawah naungan Tuanku dan Raja Melayu telah hidup aman damai beratus tahun lamanya tanpa ganggu gugat tetapi sedarkah kita bahawa 'politik' atau 'sistem demokrasi' yang dicanangkan olih mereka yang memusuhi bangsa Melayu hanya berkembang atau mula diperkenalkan hanya pada awal tahun 1900.
Sedarkah kita bahawa bumi Tanah Melayu yang kita diami ini diIslamkan penduduknya olih Raja-Raja Melayu? Tidakkah kita sedar bahawa Keturunan Raja Raja dan Sultan Melayu inilah yang mula-mula mengenali Islam sebelum rakyatnya? Sanggupkah kah kita menyangah 'keujudan' Raja Raja yang memerintah ini? Yakinlah, hanya dengan keujudan Raja-Raja dan Sultan bangsa Melayu inilah Islam dan penganutrnya akan 'terjamin' agamanya.
Ketahuilah 'pemimpin politik' tidak akan berjaya untuk 'menjamin' agama Islam akan sentiasa terpelihara' dibumi ini.
Ketahuilah hanya Institusi Raja dan Sultan saja yang akan menjadi benteng 'terkuat' Islam dari diganggu gugat dan sedarlah 'bahawa 'politik' atau 'pemain politik' hanya akan bermatian-matian mempertahankan 'kuasa'nya atau 'sekutunya' dan bukan rakyat yang ramai. Lihat saja apa yang terjadi kini, h, kerana 'individu-individu' tertentu yang berkepentingan, seseorang atau sesuatu kumpulan sanggup 'menikam' rakan sendiri demi 'sebuah kuasa'. Hal ini bukan saja terjadi kepada 'parti politik' pembangkang tetapi didalam perjalanan parti pemerintah juga mengalami keadaan yang sama. Masing-masing berkepentingan serta menyorokkan keburukan mahupun salahlaku rakan yang didendang atau yang dinobat.
Tanya pada diri kita pernahkah Institusi Raja yang memerintah kini bermusuhan dan saling jatuh menjatuhkan sesama mereka? Tetapi didalam politik 'menjatuhkan' serta 'mengaibkan' adalah lumrah . Adakah ini mengikut ;sunnah' atau sememangnya 'ahli politik' tidak perlu mengikut sunnah Nabi dan Rasul?
Adakah Raja perlu menerima nasihat atau pandangan dari makhluk yang dikategorikan sebagai 'penjenayah'? Kemungkinan sekiranya dizaman Kesultanan dahulu, manusia bagini telahpun dihukum 'pancung' dan tidak dibiarkan hidup lagi agar tidak merosakkan masyarakat. Tetapi kerana 'politik' yang dirasakan 'diatas 'undang-undang' maka 'pelaku-pelaku' ini amat galak melakukan onar dan duri kepada masyarakat.
Kepada masyarakat marhean lihatlah bertapa rakusnya 'manusia' yang beriaman kepada politik ini sehinggakan kumpulan ini sanggup melakukan apa saja demi ';mencapai' kuasa walaupun terpaksa menderhaki Raja dan Sultan Melayu. Perukah kita memberi muka kepada 'ahli politik' untuk 'merencanakan perjalanan kehidupan kita? Matikah kita kalau kita tidak berpolitik? Hinakah diri kita sekiranya kita tidak berpolitik? Masuk neraka kah kalau kita tidak menyokong parti politik? Apa yang terjadi kini, politik hanya memecahkan belahkan kita serta meruntuhkan 'kesatuan' bangsa kita. Itulah bangsa Melayu.
Cuba kita renung kepada bangsa Cina dan India, berpecah kah mereka? Apa yang terjadi bangsa ini semakin bersatu padu dan bersatu hati demi menghancurkan bangsa kita. Mereka berlumba-lumba 'mencari kejayaan' dan kekayaan dibumi Melayu tetapi Melayu ..bercakaran setiap hari...hanya kerana apa?.."kuasa' dan kekayaan dengan cara tidak halal.
Ingatlah, sekiranya benteng pertama di Selangor ini gagal dipertahankan olih orang Melayu maka laluan untuk negara ini kehilangan 'Raja yang menaungi' Islam dan Melayu pasti menjadi kenyataan dan laluan untuk 'kaum pendatang' untuk merubah apa yang diperkukuhkan didalam Perlembagaan pasti berlaku dalam masa terdekat.
Hakikat untuk orang Melayu menjadi penduduk kelas ketiga dan merempat dinegara sendiri semakin terserlah.
ikhlas dari : Cahaya Al Majid
.
JIka ALLAH takdirkan seekor rakyat yang gila kuasa berjaya menawan Selangor, maka ada peritiwa lain akan berlaku di zaman hadapannya. Langkah hidupnya semakin pendek. Rakyat yang menderhaka ada balasannya Allah janjikan.
ReplyDeleteJika DYMM Sultan pandai menggunakan kuasa terakhinrya, menitahkan semua penderhaka ini ditangkap dan dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan cuba melawan sultan dan menimbulkan suasana tidak tenteram kepada negerinya, rakyat jelata akan menjunjung kasih keberanian Sultan.
Kepada pemerintah pusat terutama memanda bendahara, lihatlah kerosakan dari tangan dan akal fikiran kamu kerana menyangka2x kamu bijak bistari, tidak perlu akta itu ini, kununnya rakyat Malaysia matang sudah menimbang buruk dan baik setiap perbuatan.
BERANIKAH KAMU KEMBALI MENEMUI TUHAN KAMU DENGAN TANGAN BERLUMURAN DOSA KEPADA AGAMA DAN BANGSA SERTA RAJA KAMU???
HARI INI KAMU BOLEH TERTAWA LAGI KERANA NYAWA BELUM SAMPAI DITENGGOROK KAM DAN KAMU BOLEH KAMU BOLEH TERSENYUM LEGA LAGI KERANA ALLAH MASIH BAGI KAMU PELUANG UNTUK MENIMBANG TAHIL PEKERJAAN (PANGKAT YANG DIPEGANG) KAMU , MAKA TERPULANGLAH KEPADA KAMU UNTUK MEMUTUSKAN PENGAKHIRAN RIWAYAT KAMU.
Sekian pandangan saya. TK.
Sekarang baru saya faham kenapa ada (bekas) PM kita, ALLAH bagi kuasa dan umur pendek, sebab ALLAH kasih kepada mereka supaya tidak mati dengan berkalang dosa (membawa beban fitnah) semasa berkuasa.
ReplyDeleteKepadaNya kita datang, KepadaNya kita akan kembali,
Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada pemimpin negara, alim ulama serta pejuang-pejuang YANG TELAH MATI JASADNYA TETAPI MEBAWA JIWA RAGA YANG KASIH KEPADA AGAMANYA, BANGSANYA DAN RAJANYA UNTUK DIPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ADIL SUKAT KIRAANNYA.
cepup cepap (best) says: melayu maseh tak sedar2 lagi (baek yang jadi pemimpin mahupun yang menyokong) dalam bab politikl tetapi hanya bertarung sesame sendiri hatta tercabut nyawa; bangsa laen duduk di tepi sekadar menonton dan menunggu masa bila salah satu pihak akan menawarkan suatu yang lebih baek... gajah sama gajah bertarung, kancil buleh dapat macam2... bodossss
ReplyDelete