AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Saturday, 5 September 2015
THE PROMISED LAND : SIAPA ATAS SIAPA ?
Bismillahhirrahmannirrahim.
Sedari kecil atau sejak dari bangku sekolah lagi kita telah diajar tentang Kedaulatan Raja Raja yang memerintah samaada Yang Dipertuan Agong begitu juga terhadap Raja atau Sultan yang menaungi negeri negeri di Malaysia. Begitu lah terpatuhnya rakyat negara ini terhadap institusi Raja Raja Melayu.
Institusi Raja Raja yang memerintah disetiap negeri diajarkan pada setiap pelajar malahan sejarah kesultanan Raja Raja Melayu terdahulu juga diajarkan dalam matapelajaran Sejarah dan ini membuatkan institusi Raja Raja Melayu amat rapat dihati rakyat .
Yang Dipertuan Agong adalah Ketua negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan namun pemilihan kerajaan yang memerintah adalah melalui undi rakyat dan Yang Dipertuan Agong atau Sultan mahupun Raja dinegeri negeri tiada kuasa dalam pentadbiran yang diterajui samaada Perdana Menteri diperingkat pusat mahupun jawatan Menteti Besar dinegeri negeri. Kuasa YDPA mahupun Sultan bagi negeri hanyalah memperkenankan sahaja apa yang diusurkan. Tetapi katanya ada juga permohonan pelantikan Menteri Besar yang ditolak atau tidak dapat perkenan Raja Raja namun kes begini amat jarang berlaku.
Didalam situasi ini adalah sedikit kuasa ditangan YDPA mahupun Raja Raja tetapi dalam urusan pentadbiran Kerajaan, mereka langsung tiada kuasa, cuma "cop mohor" YDPA dan Raja Raja saja digunakan untuk perlantikan jawatan jawatan tertentu dalam kerajaan. Tetapi pemilihan individu individu yang mengetuai Kementerian dalam kerajaan adalah pilihan Perdana menteri.
Yang muskilnya kenapa title " Di Raja" digunakan seperti Polis Di Raja Malaysia, Tentera Di Raja, Kastam Di Raja, adakah kerana institusi ini berada atau bertanggung jawap sepenuhnya kepada YDPA? Atau hanya sebagai simbol akan keberadaan Raja Raja DiMalaysia? Atau nak menunjukkan kedaulatan negara yang merdeka?
Wakau apa pun yang terjadi segala keputusan samaada negara ini diserang musuh atau terjerat dengan apa apa masaalah samaada yang mengugat kedaulatan negara ini semuanya terletak dibahu pemerintah iaitu Perdana Menteri. YDPA dan Raja Melayu " got no say", itulah hakikatnya selepas negara ini mengecapi kemerdekaan.
Yang menjadi persoalan kini, diwaktu kepimpinan negara sedang tenggelam dengan isu rasuah yang mengulit batang tubuh Perdana Menteri sehinggakan negara luar mentertawakan Malaysia lebih lebih lagi Perdana Menteri sebagai seorang berbangsa Melayu serta beragama Islam, tidakkah ini memalukan? yang mana YDPA dan Raja Raja Melayu yang dikata menaungi Kerajaan Berperlembagaan? Tidakkah YDPA dan Raja Raja Melayu merasakan "maruah" dan "integriti" Raja Berpelembagaan tercemar gara gara pemimpin utama atau Perdana Menteti diulit rasuah? Bukan saja dituduh olih rakyat malahah satu dunia mengutuk!!
Nampaknya institusi Raja Raja yang mengaku menaungi rakyat rupa rupanya bukanlah seperti apa yang dikata. Jauh sekali melindungi kepentingan rakyat. Apa yang dapat ditakrifkan institusi Raja bukanlah tempat rakyat mengadu untung nasib dan masa depan anak cucu lagi. Begitulah seadanya kini.
Kalau Polis Diraja mahupun Tentera Diraja gagal melindungi hak rakyat dan tidak bertindakdemi kepentingan bangsa ;negara dan agama Islam tetapi hanya bertindak demi kepentingan individu tertentu maka seluruh Perlembagaan Negara yang termaktub dan bersumpah diatas nama Tuhan , seeloknya "tong sampah" lah tempatnya.
Kegagalan Polis , SPRM, AG mahupun agensi yang terbabit didalam menegakkan kedaulatan undang undang negara maka status mereka ini adalah "PEMBELOT". Pembelot kepada bangsa, negara dan yang paling terkutuk adalah "pencemar kesucian agama Islam serta pendusta ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Beringatlah hidup tidakan lama tetapi mati adalah pasti. Mahukah kita "bala" menimpa kepada yang kita sayangi. Fikirkan.
Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment