Tuesday 26 May 2020

MENJAWAP TUDUHAN CHRISTIAN PRINCE DI U-TUBE

Bismillahhirrahmannirrahim.

KENAPA ISA DISELAMATKAN
DAN KENAPA MUHAMMAD SAW
DIRACUN.

Memandangkan sudah terlalu banyak penghinaan dan cacian yang telah dilakukan serta dipertikaikan akan keberdaaan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul terakhir bagi umat manusia yang dipilih olih Allah SWT,disini saya pertaruhkan beberapa fakta untuk melembutkan hati pembenci Muhammad saw.

Pemilihan Baginda sebagai Nabi dan Rasul bukanlah dibuat melalui pemilihan olih manusia tetapi Allah SWT sendiri yang mengangkat dan menabalkan diri Baginda melalui kehadiran Malaikat Jibrail a.s yang merupakan malaikat suruhan Tuhan.

Begitu juga dengan pemilihan Nabi Nabi dan Rasul Rasul sebelumnya, semuanya sama. Bermula dengan Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw semuanya sama.

Persoalan yang diontarkan olih Christian Prince:

Kenapa Isa Putera Mariam atau yang dikenali sebagai Jesus s/o Mariam diangkat kelangit.

Kalau mengikut kepercayaan Kristian atau yang tertulis didalam Bible, Jesus s/o Mariam telah mati disalib. Dan mengikut kepercayaan mereka, mayat Jesus s/o Mariam telah hilang dari perkuburannya.

Persoalanya, bolihkah batang tubuh yang telah mati bolih menghilangkan diri?
Atau sebenarnya mayat Jesus s/o Mariam itu telah dicuri dan dikebumikan olih pengikutnya mahupun olih pentaksubnya?

Mana mungkin mayat yang dikata mayat Jesus s/o Mariam itu hilang tanpa ada orang lain yang mengambil nya?

Persoalan kepada umat Kristian.

Apa benarkah kepercayaan kamu terhadap Jesus s/o Mariam itu benar benar 'Tuhan' atau "anak Tuhan' seperti yang kamu yakini?

Cuba fikirkan secara rasional :

Kalau Jesus s/o Mariam itu Tuhan atau Anak Tuhan seperti yang kamu yakini, kenapa Jesus s/o Màriam tidak mampu mempertahankan diri dari tuduhan mahupun fitnah yang dilemparkan keatas dirinya olih Rabai Rabai Yahudi Dan kenapa Pemerintahan Kerajaan masa itu menyerahkan keputusan untuk menyalib Jesus.s/o Mariam kepada Rabai Yahudi?
Apa muslihatnya?

Kenapa seorang manusia yang dikata mempunyai berbagai mukjizat seperti menghidupkan orang mati serta menyembuhkan berbagai penyakit.
Jesus s/o Mariam juga dikata bolih melihat barangan yang bukan berada didepan mata tetapi berada jauh dari diri beliau.
Itu adalah antara kelebihan atau mukjizat yang beliau miliki.

Tetapi kenapa Jesus s/o Mariam yang diyakini sebagai Tuhan' atau 'anak Tuhan' olih penganut Kristian yang mati disalib ini gagal menghidu atau mengesan kerahan untuk menangkap diri beliau?

Bukankah sifat Tuhan itu "Maha mengetahui'

Tetapi kenapa sifat 'maha mengetahui'' ini tidak ada pada diri Jesus s/o Mariam yang mati disalib itu kalau dia adalah Tuhan?

Sebelum Jesus s/o Mariam mati disalib adakah Jesus s/o Mariam mengenalkan agama baru kepada pengikut dan kaumnya yang berbangsa Israel tu?

Adakah Agama Kristian itu dinamakan sendiri olih Jesus s/o Mariam ? Dan Jesus s/o Mariam merestuinya?

Bukankah Agama Kristian hanya wujud selepas kematian Jesus s/o Mariam?

Dari bangsa manakah Jesus s/o Mariam dilahirkan?
Dan apakah Bahasa petuturan beliau?

Jesus s/o Mariam dilahirkan dari Bangsa Israel Dan bahasa pertuturannya adalah Bahasa Hebrew.

Kenapa Bangsa Israel sendiri tidak mengakui bahawa Jesus s/o Mariam adalah Anak Tuhan mahupun Tuhan?.
Dan kenapa mereka menganggap bahawa Jesus s/o Mariam adalah Nabi seperti Nabi Musa juga seperti Nabi Nabi yang lain.

Yang menjadi persoalan kenapa bahasa yang dipertuturkan olih Jesus s/o Mariam iaitu bahasa Hebrew tidak digunapakai olih penganut Kristian dalam bacaan doa mahupun sermon mingguan samaada di Vatikan mahupun diChurch sebagai Bahasa resmi penganut Kristian kini?

Bukankah bahasa Hebrew itu bahasa resmi Tuhan kamu atau bahasa resmi anak Tuhan yang kamu sembah dan yang kamu sanjung dan yang kamu anggap sebagai Tuhan'mahupun Anak Tuhan?

Tidak kah perbuatan kamu yang tidak menggunakan bahasa resmi Tuhan atau bahasa resmi anak Tuhan' kamu bolih dianggap sebagai satu dosa atas pengkhianatan terhadap Jesus s/o Mariam iaitu Tuhan kamu?
Tidak kah Bahasa Tuhan itu lebih tinggi nilainya berbanding Bahasa manusia?

Mengenai isu Jesus s/o Mariam diangkat sebagai lambang menebus dosa manusia?

Atas kesalahan apakah yang pernah dilakukan olih Jesus s/o Mariam terhadap manusia sehingga kematian beliau dilabel sebagai 'penebus dosa'?

Bukankah kematian beliau berhubung kesalahan yang dikata berlawanan dengan hukum Taurat seperti yang didakwa Rabai Rabai Yahudi dan bukan terhadap pengikutnya mahupun kaumnya.

Olih itu untuk menjawap persoalan Christian Prince kenapa Jesus s/o Mariam diangkat kelangit tidak lagi berbangkit.

Keimanan Dan kepercayaan penganut Kristian adalah muktamad iaitu Jesus s/o Mariam telah mati disalib.

Ikut hukum Tuhan dari zaman Nabi Adam sehingga kini belum ada lagi manusia pernah dilapurkan telah kembali kebumi selepas seseorang itu melalui kematian.
Tetapi bagi mereka yang hidup  seperti  Isa Putera Mariam yang belum lagi melalui prasa kematian maka kematian adalah pasti.

Bila waktunya Hanya Allah SWT yang mengetahui'.

Dan kenapa Isa Putera Mariam diangkat Allah SWT kelangi adalah bukan kerana Isa Putera Mariam melebihi dari Nabi Nabi terdahulu melainkan untuk menyelamatkan diri beliau dari dibunuh sepertimana nasib Nabi Yahya yang mati kerana telah dipenggal kepala nya.

Tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT Tuhan Yang Esa,melainkan manusia yang bernama Jesus s/o Mariam yang dianggap Tuhan atau sebagai Anak Tuhan saja yang terpaksa melalui kematian melalui penyaliban yang menyiksakan itu.

Janji.Allah SWT Tuhan Semasta Alam 'setiap yang bernyawa pasti mati".

Untuk penganut Kristian yang mahu menyakini' bahawa Jesus.s/o Mariam akan kembali kedunia ini hanyalah dengan satu cara saja iaitu beriman dengan Al Quran dan Tuhan yang Satu iaitu Allah SWT

Persoalan Christian Prince:

Kenapa Muhammad saw diracun.

Muhammad saw adalah seorang manusia yang bertubuh badan seperti manusia lain juga iaitu berdaging berotot bertulang dan mengalir darah merah dibatang tubuhnya seperti diri kita juga.

Muhammad saw makan,.minum, kencing, tidur.dan berkerja seperti manusia lain juga.
Berjaga diwaktu siang dan tidur diwaktu malam.
Sama macam manusia lain.

Yang membezakan Muhammad saw dengan manusia lain hanyalah Baginda telah diwahyukan kepada nya sebuah Kitab olih Allah SWT melalui Jibrail a.s sepertimana Nabi dan Rasul terdahulu.

Zabur, Taurat, Injil Dan Al Qur'an semuanya diturunkan kepada manusia manusia yang dipilih olih Tuhan Yang Maha Esa yang dipanggil Nabi atau Rasul.

Tidak ada seorangpun Nabi mahupun Rasul yang kebal atau tidak terluka atau tidak merasa kesakitan bila ditimpa musibah kecuali Nabi Ibrahim yang tidak terbakar olih api kerana mukjizat yang Allah SWT izinkan terhadapnya.

Begitu juga dengan Nabi Ayub yang Allah SWT izinkan untuk diri Baginda dihinggapi dengan penyakit kulit.

Nabi Yaakob yang buta mata kerana terlalu lama menangis.

Nabi Yusuf yang diizinkan Allah SWT untuk berdepan dengan fitnah.

Dan begitu juga dengan Mariam anak Imran yang mengandungkan Isa Putera Mariam tanpa bapa dan terpaksa melalui bermacam macam cacian dari makian dari manusia manusia disekelilingnya.

Begitu juga dengan Nabi Luth yang diduga dengan kaum nya yang bersifat gay atau lesbian sehingga bumi Luth dibungkah dengan api dari langit.

Jadi besar sangat kah dugaan dengan racun yang didakwa telah terminum olih Baginda Rasullullah sehingga memerlukan Baginda untuk mengadu kepada Allah SWT? berbanding musibah yang diterima olih para Nabi Dan Rasul terdahulu yang lebih besar?

Berbanding dengan Jesus s/o Mariam yang diyakini sebagai Tuhan' atau Anak Tuhan olih penganut Kristian sehingga terpaksa melalui bermacam macam siksaan sebelum disalib?
Olih itu Tuhan yang mana satu mengazab dengan kejam terhadap Jesus s/o Mariam? Tuhan Jesus kah atau Tuhan Anak Jesus?

Adakah dengan rintihan "ibai ibai sabat tani'
Atau " Oh Tuhan kenapa Aku diperlakukan begini'.

Kenapa anak Tuhan atau Tuhan tidak redo dengan hukuman salib yang dilakukan olih manusia?
Tidak berkuasakah anak Tuhan atau Tuhan dalam diri Jesus s/o Mariam untuk menyelamatkan diri Jesus s/o Mariam dari disalib?

Siapa yang berkuasa ketika itu?
Dimana kuasa anak Tuhan atau Tuhan?

Adakah Tuhan? Anak Tuhan?.atau Rabai Yahudi yang bertutur dalam.bahasa Hebrew itu iaitu'yang berkuasa?
Sehingga berjaya membunuh Tuhan atau Anak Tuhan pengikut Kristian?

Semoga persoalan dan pencerahan ini dapat dihadam olih mereka mereka.yang cemburukan Muhammad saw dan umat Islam.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment