Friday 5 June 2020

THE PROMISED LAND: MAHATHIR MEROYAN KAT ASTRO!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

TOKOH POLITIK YANG BAKAL MELAYU
LIHAT SEBAGAI "MATI BERAGAN"

Mahathir telah disahkan terhenti keahlianya secara automatik kerana berada dipihak pembangkang ketika Persidangan Parlimen 18 Mei yang lalu.

Semuanya berpunca dari kesalahan diri sendiri kerana meletakkan jawatan sebagai PM dan keluarnya PPBM dari blok PH.

Puncanya adalah Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan PMnya kepada Anwar Ibrahim dan keduanya Mahathir mahu memerintah negara ini secara autotarian iaitu menjadi Perdana Menteri dengan kuasa bolih melantik sesiapa saja yang disukainya didalam Barisan Kabinet baru .
Kerajaan yang mahu ditubuhkan bukan berlandas kepada kepartian tetapi  lebih kepada Kerajaan Perpaduan atau  acuan Mahathir.

Itu semua sudah berlalu dan diri Mahathir telah menjadi sejarah iaitantan PM dan kini Muhyiddin adalah Perdana Menteri.

Kerana terkesannya hati Mahathir sebab tidak dipilih semula sebagai PM olih majoriti Ahli Parlimen dan majoriti tersebut pula berpindah ketangan Presiden Bersatu iaitu Muhyiddin,.maka ini membuatkan Mahathir 'hangat hati"

Berputikan dari kehangatan hati maka timbullah 'dendam kesumat' dan "hasad dengki" dalam diri Mahathir.

Sifat ini dibuktikan sendiri olih Mahathir apabila Mahathir sendiri melafaskan bahawa Muhyiddin adalah "'pengkhianat' terhadap diri beliau dan juga PPBM.

Melalui beberapa pendedahan bersiri yang dibuat dari kalangan mereka,sah dan sohih bahawa Mahathir mahu PPBM atau Bersatu dibawa keluar dari keluarga Pakatan Harapan.

Walauapapun alasan yang diberikan Mahathir untuk menafikan 'kecurangan" beliau dan Bersatu terhadap Anwar Ibrahim dan PH,namun tindakan itu telah direalisasikan olih Muhyiddin dengan mandat original nya berpunca dari kesanggupan Mahathir jua.

Kerana tersalah langkah Mahathir sendiri atau sememangnya Allah SWT telah menjuruskan rezeki jawatan Perdana Menteri tersebut kepada Muhyiddin, alasan "kada dan qada" Allah SWT tidak dapat diterima olih Mahathir.

Kemungkinan Mahathir hanya yakin kepada hukum 'akal" beliau saja dan bukan kepada ketentuan Illahi dan itu  membuatkan Mahathir meroyan sampai kehari ini.

Undi tidak percaya dicanang kepada seluruh Ahli Parlimen. Tujuanya adalah satu iaitu " Berkuasa dan Menguasa".

Setelah lebih 2 bulan 'mewiridkan" perkara.yang sama, kini Mahathir muncul secara live di Astro dengan bermacam tuduhan terhadap Kerajaan Muhyiddin yang didakwanya telah melakukan banyak salah laku.

Semuanya berpunca kerana beliau dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dan beberapa Ahli Parlimen yang tidak sehaluan dengan Kerajaan memerintah yang dipimpin Muhyiddin tetapi bertindak sebagai Pembangkang diparlimen telah dilucutkan jawatan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Parti.

Hari ini dalam siaran secara langsung di Astro ,Mahathir mula mencurahkan racuni  kedalam otak rakyat seolah olah beliau berada dipihak yang benar dan teraniya.

Semua ini bertujuan untuk meraih simpati dari rakyat agar bepandangan bahawa Kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah zalim, kejam dan gila kuasa. Itulah yang cuba digambarkan olih Mahathir.

Inilah manusia yang hanya mementingkan diri . Beliau hanya inginkan kuasa.
Nasib rakyat dan masaalah ekonomi negara bukan lah keutamaan buat beliau.

Sama samalah.kita tengok dan saksikan sendiri iaitu peristiwa "manusia mati beragan' seperti yang diperkata dalam istilah perpatah Melayu yang belum pernah kita lihat sebelum ini.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment