Monday, 2 November 2020

THE PROMISED LAND: DAPATKAH MUHYIDDIN MEMPERTAHANKKAN KERAJAAN PN???

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini merupakan hari pertama sidang Parlimen bersidang dan dijangkakan Pembentangan Bajet 2021 bakal dibentangkan pada hari Jumaat ini.

Walaupun Muhyiddin tahu dan sedar bahawa Pembentangan Bajet kali ini merupakan Pembentangan tentang "hidup dan matinya' kuasa beliau sebagai Perdana Menteri ke 8 atau Kerajaan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional menghadapi ketidaktentuan sokongan,namun disudut hati beliau, sangat menedebarkan.

Menambah burukkan lagi  dengan hilangnya kepercayaan beberapa Ahli  Parlimen UMNO terhadap ketulusan beliau dalam persarikatan kuasa dengan kelompok UMNO ,maka kejutan diakhir sidang bakal berlaku.

Kerajaan Muhyiddin yang ditubuhkan melalui sokongan parti UMNO,PAS , GPS serta beberapa kerat  individu BN, tetapi, sejak kebelakangan ini beberapa isu panas telah mula timbul.

Isu perkongsian jawatan dalam Kerajaan, Isu darurat serta isu TPM dari UMNO mula muncul dipermukaan dan diperdengarkan ramai nitizen.

Isu jawatan Ahli Parlimen UMNO dalam Kerajaan PN bukan lagi ancaman kepada Muhyiddin tetapi isu darurat yang diusulkan olih Kerajaan Muhyiddin kepada YDP Agong itu yang membengkakkan UMNO. 

Keputusan atau usul darurat yang dipersembahkan kepada YDP Agong tanpa terlebih dahulu dibincangkan dengan Rakan dalam gabungan telah yang membuatkan UMNO melenting.

Rentetan dari it UMNO mula membuat Mesyuarat tergempar bagi membersihkan imej nya yang tercemar gara gara Menteri UMNO yang berada dalam kabinet Muhyiddin dikata menyokong' isu itu. Samada mereka ini benar benar menyokong' atau sebaliknya demi menyelamatkan jawatan memasing, hanya mereka saja yang tahu.

Berbalik pada isu Pembentangan Bajet pada Jumaat ini, bermacam macam andaian akan dibuat olih masyarakat samada dari pendangan Ahli professional hinggalah Pak Cik suami Cik Kiah, yang pasti topik ini diperbahaskan dikedai kedai kopi.

Tetapi apa.yang penting pada hari pengundian yang bakal dilakukan nanti keputusan yang bakal diterima akan memeranjatkan seluruh negara. 

Jangan terperanjat!!?

Inshaallah !!!Yang bakal terjadi undi dipihak Kerajaan tidak mengcukupi ..apa terjadi.nantikan..sekitar minggu 22hb hingga 27hb..

Debaran semakin hangat...

Cahaya Al Majid.



1 comment:

  1. Jika PRU15 diadakan sekalipun dengan penuh getir & drama tikam menikam, PN di bawah TSMY yg sangat berpengalaman sebagai ketua penyelaras pilihanraya BN samada PRN @ PRU di masa lampau, boleh memenangi PRU15 dengan muafakatnya bersama PAS dan sokongan GPS serta GRS.

    Saya tahu ramai yang memperkecilkan sosok bernama TSMY.

    UMNO (BN) menyangka² rakyat akan mengundinya dengan penuh bergaya , tetapi aura TSMY akan lebih menonjol kelak di hati rakyat.

    Akhirnya selepas PRU, UMNO terpaksa memeluk semula TSMY dan kejutan akan berlaku. Rasanya pemimpin UMNO yg memenangi kerusinya, akan menyedari di waktu itu, UMNO akan berkubur secara total dan mula berpindah kampung. Semuanya akan tinggal kenangan.

    Selagi UMNO dibayangi DSN dan DSZ, UMNO akan kalah moral di mata rakyat. Sayang, PRU14 tidak membuka mata hati pemimpinnya untuk berkorban diri demi kepentingan ummah dan parti (mereka masih bermimpi indah dengan PRK²) padahal PRU15 membawa mood peperangan yang sangat berbeza nanti.

    Orang melayu akan 'melupakan' tentang PRK, tentang sisi² kebaikan BN.

    Kun fayakun.

    My2sen.

    ReplyDelete