Sunday, 1 November 2020

THE PROMISED LAND: UMNO DALAM DILEMMA"KETAKUTAN UMNO BERGANDA DIBAWAH ZAHID!!!":

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Kesihan UMNO ni, walaupun MP mereka melebihi dari semua kelompok dalam perikatan Kerajaan Muhyiddin namun ketakutan mereka terhadap Muhyiddin dan gerombolan PPBM amat ketara.

Tak tahu nak kata apa. 

Agaknya Presiden UMNO seriau dengan kes mahkamah yang dihadapai kot?

Apa yang dapat dinilai beliau sememangnya jenis manusia yang amat mementingkan diri sendiri  sehingga sanggup "mengelumangkan dosa nya" kepada parti UMNO. 

Sebenarnya orang Melayu dah sanggup kembali menyokong UMNO tetapi bila kepala diatasnya masih lagi Zahid Hamidi yang ashik turun naik mahkamah kerana kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, maka orang Melayu jadi takut, takut "pisang berbuah dua kali'.

Sekiranya beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mengutamakan  maruah parti berbanding kepentingan diri, sepatutnya beliau mengosongkan kerusi Presiden UMNO bagi laluan pada orang lain untuk membersihkan imej UMNO semula.

Tetapi ini tidak berlaku malahan beliau terus 'mengikat' kerusi Presiden UMNO dibadannya.

Pada mata masyarakat Zahid hanya mahu menjadikan "kerusi Presiden" itu sebagai bahan 'dagangan' atau "cagaran" sebagai alat tawar menawar bagi melepaskan tuduhan keatasnya. 

Inilah yang menjadi kekangan atau kekurangan UMNO dalam menyakini kepercayaan masyarakat.

Dah molek dahulu ketika Presiden UMNO ni pergi bercuti dan impak buruk terhadap UMNO pun sudah mula dilupakan orang ramai tetapi bilamana Zahid kembali yang kononnya untuk memperkuatkan UMNO katanya, tiba tiba masyarakat Melayu hilang selera, bukan terhadap UMNO tetapi terhadap kepimpinan Zahid Hamidi yang entah apa apa dan tiada hala tuju.

Kembalinya sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN dalam beberapa siri PRN Kecil sebenarnya bukanlah kerana aura atau faktor Zahid Hamidi tetapi disebabkan aura beberapa pemimpin UMNO yang tulus ikhlas yang dirasakan masih bersih olih rakyat terutama aura TP UMNO Mat Hasaan ketika memangku jawatan Presiden UMNO.

Harap harap Zahid Hamidi jangan perasanlah ya!!

Persoalan kini adakah Zahid Hamidi masih bermimpikan untuk menduduki kerusi Perdana Menteri sekiranya UMNO dan BN bolih memenangi PRU 15?

Hahahah..bukan kerusi PM yang sampai.. Zahid..tetapi kerusi Sg Buluh yang bakal kau duduki.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment