Wednesday 7 April 2021

THE PROMISED LAND : ADAKAH KONSEP RAHMAN TERHENTI????

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdullilah dan syukur kepada ALLAH SWT.

Jatuhnya Kerajaan Najib dan naiknya Kerajaan Mahathir telah saya nyatakan dan telah saya tulis sebelum semua perkara itu berlaku. 

Kerajaan Mahathir yang pernah saya sebut dan saya tulis bahawa tidak akan kekal dan hanya bertahan selama 3 tahun juga terjadi seadanya.

Kerajaan Muhyiddin juga yang saya katakan akan runtuh juga telah saya tulis kan namun pada waktu yang saya nyatakan, ternyata benar bilamana Muhyiddin telah hilang sokongan majoriti , apabila beberapa Ahli Parlimen UMNO telah menarik sokongan.

Tetapi kalau dilihat secara realitinya Kerajaan Muhyiddin sebenarnya telah runtuh tetapi disebabkan mainan "darurat" maka, kelangsungan kepimpinan beliau hanya berjalan diatas perkenan dan ehsan YDP Agong saja.

Seperti yang pernah saya katakan, bahawa, pertembungan Mahathir dan Najib adalah asbab untuk Bumi Melayu ini diberikan jalan yang sebenar dan mengikut "script". 

Walaupun Mahathir dan Najib adalah asbab dan buah "bidak" nya, dan Najib terpaksa dijadikan 'mangsa' atau korbannya,namun yakinlah, Najib bakal terlepas dari permainan ini, sementara Mahathir disatu pihak terluka hati . 

Maruah serta kredabiliti beliau juga tercemar kerana telah dituduh sebagai 'pengkhianat' olih rakan sepakatanya dalam menjatuhkan Kerajaan pimpinan beliau sendiri.

Kini Kerajaan YDP Agong yang disandarkan kepada Muhyiddin melalui 'kuasa darurat' atas 'dakwaan dari perintah YDP Agong", maka Muhyiddin telah menggunakan kesempatan semaksimumnya yang dijadikan sandaran untuk mengenggam kuasa. 

Namun Muhyiddin terleka bahawa "watikah tersebut'  hanya bersifat sementara dan bakal luput tarikh pada bila bila masa saja. 

Apa yang pasti semuanya bakal berakhir dan jawapan yang tersedia buat Kerajaan PN adalah "bakal terkubur'.

Keriangan Kerajaan Muhyiddin yang dilihat 'berkuasa" dan sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekal kuasa melalui jalan jalan pintas,namun, inshaallah, semua usaha itu bakal diterbalikkan bila "haul"nya matang.

Apa yang pasti,calon yang diamanahkan untuk mengetuai Kerajaan selepas PRU 15 ini telah dikenali pasti seawal 1957 lagi dan bakal mengangkat dan mencahayakan semula kalimah RAHMAN dibumi ini.

Yakinlah.. seperti mana negara ini yang telah di pertuan agong kan untuk buat pertama kalinya, bumi Tanah Melayu ini telah dipasakkan dengan keromah "RAHMAN".

Pendukong RAHMAN juga telah dialirkan dengan pangilan nama dan penama  setiap Perdana Menteri yang berturutan. Cuba fikirkan, adakah ini satu kebetulan atau sebenarnya ini adalah satu ketentuan?

Bermula dengan Tunku Abd Rahman sebagai PM pertama dan diakhiri dengan Najib..maka, genaplah "eraman" kalimah kalimah berasaskan huruf RAHMAN keatas  bumi Tanah Melayu ini.

Adakah eraman kalimah RAHMAN yang telah sempurna lengkap itu akan terhenti disitu???

Ooh....belum lagi...itu.cuma tanda lengkapnya kalimah saja...

Walaupun kini kalimah RAHMAN telah sempurna memayungi bumi atau Tanah Melayu yang sememangnya telah diamanahkan kepada penjaganya iaitu Raja Raja Melayu,namun kuasa pemerintahan telah disimpulkan kepada Yang di Pertuan Agong yang mewakili 9 Raja Raja Melayu. 

Adakah itu kehendak atau kemahuan Raja Raja atau adakah itu satu ketentuan???

Perlu diingat, bahawa pendukong atau watak yang menggalas kalimah RAHMAN semuanya terdiri dari waris dari "saka" UMNO.

Pewaris atau saka UMNO iaitu Najib Razak yang dijatuhkan melalui serangan serangan dari Bekas Presiden UMNO dengan dibantu olih Bekas Timbalan Presiden UMNO dangan kerjasama musuh musuh Melayu, telah merencatkan perjalanan yang dilakar.

Peristiwa kekalahan Kerajaan BN bukanlah ertinya pengakhiranya UMNO melainkan peristiwa tersebut adalah untuk melahirkan pemimpin UMNO yang "lain" untuk menjadikan Melayu UMNO ini bertambah jitu dan padu dalam mencorakkan 'jalan yang baru' buat pesaka Tanah Melayu dan Bangsa Melayu.

Alhamdullilah, waktu semakin hampir untuk negara ini "termuntah". 

Termuntah adalah satu tanda terdapat kepulan angin didalam sistem badan atau  diri yang terlalu kekenyangan!!! Lebihan makanan yang tak terhadam yang berada didalam sistem dipaksa keluar mengikut pintu masuk!!!

Begitu jugalah sistem yang terdapat didalam negara kita, kerana Ulul Amri dan Pemerintahnya terlalu kenyang kerana makan berlebihan ditambah dengan ricikan santau terdapat didalam nya maka kemudharatan atau muntah darah pasti berlaku.

Begitu lah... perjalanan Tanah Melayu ini..

Siapa faham.. alhamdullilah..

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment