Tuesday 6 April 2021

THE PROMISED LAND : ALHAMDULLILAH..UMNO IKUT SKRIPT TANAH MELAYU!!?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdullilah, UMNO seperti apa yang telah "dilihatkan" dan digambarkan.

Berulang kali saya nyatakan bahawa saya tiada kepentingan politik melainkan menyatakan apa yang "telah dilihat" dan mengkhabarkan apa yang telah terlihat.

Sesungguhnya UMNO sudah sampai dipenghujung "cerita".  

Bukan UMNO dikuburkan tetapi "rakan sepakatan dalam BN" bakal bertaut kepokok lain. 

Puak ini sememangnya telah disangkakan olih "saka Tanah Melayu", agar melihat bahawa pokok atau dahan yang rimbun tersebut dapat mereka berpaut kepadanya.

Kini hanya menunggu waktu dan masanya saja untuk mereka melafaskanya.

Kepada UMNO yang menunjangi BN jangan terasa hati mahupun melarang puak ini untuk tidak lagi bersama BN pada PRU 15 nanti. 

Biarkan...

Kini telah sampai masanya untuk UMNO berdiri sendiri dan bergantung atau jangan menungkat ihsan dari pada  bangsa lain untuk memegang kuasa sebagaimana kaum Cina yang melunggukkan undi sokongan kepada Parti kaum mereka saja.

Zaman pengagihan kerusi majoriti Melayu kepada bukan Melayu sudah berakhir...kalau memakai pelitup muka sudah menjadi new normal maka perkara yang serupa juga berlaku terhadap pengagihan kerusi.

Kepercayaan Melayu untuk mengundi calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu telah berlalu. Kini masanya UMNO perlu bertanding disemua kerusi yang dimenanagi BN terdahulu tetapi calonya mestilah Melayu atau Bumiputra Islam.

Jangan dihiraukan kelompok PN itu. Inshaallah mereka tidak akan kemana. Kini PN dan gerombolanya telah di"sangka sangka" akan berjaya dengan strategi mereka untuk memenangi PRU 15

Apa saya nak kata!!!

Hahahah 🤣🤣🤣🤣

Allah SWT tidak akan mengizin pemimpin bermasaalah akhlak untuk menerajui bumi Tanah Melayu ini lagi seperti mana Allah SWT menidakkan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM walaupun jawatan itu telah diblokkan kepada Anwar .

Inshaallah, kini, segala pengkhianatan,soal lompat parti soal pemimpin menjadi gunting dalam lipatan soal moral dan akhlak, soal menjual Agama untuk kuasa, inshallah, semuanya akan terlingkup pada PRU 15 ini.

Jangan pedulikan mereka, biarkan mereka bergembira atau berkira kira..biarkan mereka berkhayal.

Begitu juga dengan kelibat Mahathir dan parti Pejuangnya.

Inshallah..Mahathir time is over..tak perlu diberikan perhatian..sebabnya..akhirnya mereka.akan bersama PPBM atau bersama Muhyiddin demi kelangsungan kepentingan keluarga mereka dan kroni.

Biarkan..

Yang penting.. Zahid Hamidi perlu memberi laluan kepada Mat Hassan aka Timbalan President UMNO untuk mengetuai UMNO pada PRU 15.

Pengkhianat Pengkhianat yang berada didalam UMNO kini perlu dicantas secara terang terangan tanpa selindung. Jadikan ini satu pengajaran baru buat pemimpin yang ada dua kiblat. 

Tak perlu takut dalam menegakkan Perlembagaan parti, waima sekiranya Naib Presiden juga melakukan khianat maka tindakan berani perlu dibuat.

Watak seperti Annuar Musa,KJ, Hishamuddin, Shahidan dan beberapa kerat musuh dalam selimut ini perlu dinyahkan segera 

Yakinlah Kerajaan Muhyiddin dan PN bukanlah mimpi ngeri buat UMNO tetapi sebaliknya merupakan satu hikmah agar UMNO dapat melihat siapa pendukong UMNO sebenar dan siapa petualang atau pengkhianat di dalam UMNO yang perlu dinyahkan.

Kini wajah wajah pengkhianat telah menjelma dengan sendiri,maka, apa tunggu lagi...nyahkan!!!!

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment