Sunday, 4 April 2021

THE PROMISED LAND:MELAYU BERKUASA MUTLAK. UMNO BAKAL JUARA PRU 15 .!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Inshaallah, UMNO bakal menjuarai kerusi Parlimen dan DUN pada PRU 15.

Tetapi semua itu hanya akan terjadi sekiranya UMNO bukan lagi diterajui olih Presiden kini iaitu Zahid Hamidi.

Zahid Hamidi terpalit dengan berbagai kes di Mahkamah. Walaupun diri.beliau belum lagi didapati bersalah namun persepsi dan tanggapan rakyat terhadap diri beliau adalah pada skala terendah berbanding Najib yang telah dituduh bersalah.

Walaupun kesalahan yang dihadapi bukanlah melibatkan kesalahan jenayah didalam tender Kerajaan atau tata cara projek Kerajaan untuk diri beliau numun tuduhan yang dikenakan adalah melibatkan isu Yayasan beliau sendiri , tetapi disebabkan digembar gembur secara berlebihan olih musuh politik,maka,isu itu telah mencalar peribadi dan kewibawaan beliau sebagai Presiden UMNO.

Kini rakyat dan orang Melayu yang berada diatas pagar hanya menunggu saat dan tika bila Zahid Hamidi mahu mengundur diri dari jawatan Presiden dan melepaskan kepada Tok Mat Hassan untuk memangku Jawatan tersebut.

Orang Melayu dan pengundi atas pagar lebih berkeyakinan terhadap diri Tok Mat untuk memimpin UMNO dan BN dalam mendepani PRU 15 yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini.

Walaupun terdapat ura ura bahawa MIC atau MCA tidak akan bersama UMNO dalam BN untuk mendepani PRU 15 nanti, inshallah, jangan khuatir, UMNO bakal menang besar kali ini sekiranya bersendirian.

Jalan jalan atau "kehendak" bumi Melayu ini mahu  ditunggakkan kepada orang MELAYU,bakal terzahir pada PRU 15 ini.Inshalllah.

Jangan gundah gulana.

Walaupun PN telah membeli Ahli Parlimen lawan dengan cara yang paling jijik dalam membentuk  Kerajaan PN yang diwaklili kebanyakkanya olih Ahli Politik "Pengkhianat",inshallah, pada PRU 15 "kesepakatan pengkhianatan" ini bakal menyembah bumi juga.

Biarlah PN dan pengkhianat ini berstategi, namun "bumi bertuah" ini tidak.lagi akan mengizinkan pemimpin yang mempunyai masaalah moral seperti pemimpin 'main.bini orang', pemimpin nafsu songsang', pemimpin permainkan Agama", serta pemimpin khianat untuk kepentingan diri, dan pemimpin tidak amanah' dan mendahulukan diri sendiri, semuanya bakal, lupus pada PRU 15 ini.nanti. Inshaallah!!!.

Apa yang dilihat pada janji "Bumi Melayu' "Institusi Raja Melayu yang memegang Amanah' beberapa ratus tahun ini juga akan di penghujung.

Bak kata ulama besar kini, ini adalah Prasa Akhir Zaman dimana "terlahir dan terzahir"nya pemimpin Akhir Zaman yang ditunggu tunggu.

Tiadaa lagi Raja Raja tiadalagi Pemimpin Politik, melainkan "Raja segala Raja' atau Imam segala Imam atau kegemparan kewujudan serta kedatangan Isa Al Masih a.s.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment