Sunday 18 April 2021

THE PROMISED LAND: APA YANG KAMU MINTA ITU YANG KAMU DAPAT!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

ULUL AMRI DAN PEMERINTAH SUDAH

TIADA PERASAAN.

Politik, ekonomi dan keharmonian negara semakin kacau bilau.

Dari PM yang kacau bilau fikirkan sampailah ke Mahathir ,semua sama fikiran dan berkecamuk. 

Kalau Muhyiddin dok sibuk nak kekalkan kuasa tetapi Mahathir pulak sibuk nak jadi PM balik...

Pengkhianatan ada berbagai bagai. 

Ada pengkhianatan dalam politik, ada pengkhianatan dalam penguatkuasa samaada PDRM, SPRM,.Immigration kehakiman, Agama dan sebagainya. 

Semuanya pengkhianatan mula terlondeh, samaada dilondehkan olih masyarakat, pemimpin politik mahupun Ketua Ketua pihak Penguasa, semuanya terdedah semahunya.

Kem PN Muhyiddin tengah sibuk membeli Ahli Parlimen dengan "scheme of things'nya, samaada dari UMNO mahupun dari Kem Pembangkang.

Kem UMNO pulak tengah sibuk bergasak sama sendiri ,ada MP nak ikut PN dan ada juga nak ikut ketetapan PAU UMNO. 

Ada yang nak berpresiden Zahid dan ada pulak kem baru 3.0 yang berbadankan UMNO tetapi berjiwakan Muhyiddin dan PPBM...peergh...

Bagi Anwar Ibrahim dan PH pulak mereka tengah sibuk mengira gira sokongan Ahli Parlimen terhadap nya. Tetapi apa yang pasti DAP dan Amanah' tetap setiap bersama mereka.

Kecelaruan politik Malaysia yang berpanjangan serta tiada kestabilan politik telah menjejaskan ekonomi dan menjejaskan foreign direct investment negara.

Kewangan atau kantung negara semakin kering dan ini disahkan olih Kerajaan PN atau Muhyiddin bahawa Kerajaan PN telah membelanjakan RM600 billion atas alasan Covid-19 ...

Apa yang nak diharapkan lagi olih Rakyat pada Kerajaan ini. 

Kegagalan Kerajaan PN sileh berganti. Itulah delemma yang tengah dihadapi olih negara pada saat ini.

Cerita anak menentu PM jadi."broker's dan dapat Projek berbillion ringgit jadi bualan.Cerita Kerajaan PN memberi projek secara direct nego berleluasa, semua tiada penafian dari Kerajaan PN..maka..benarlah apa yang dihebohkan.

Bermacam macam kemudharatan telah mula berlaku dibumi ini samaada dilakukan olih Ulul Amri mahupun Pemerintahan.

Tidak terlupa, ramai juga Ulama telah tergadai pegangan Agama kerana kuasa, harta dan kekayaan.

Kerosakkan sudah tidak  terbaiki lagi.

Tetapi dari apa yang telah saya "dipandangkan"," akan terjadi kemusnahan akan menimpa negara ini. 

Maka bersedialah untuk menempuhnya.

Seperti apa.yang saya tuliskan sebelum ini konsep RAHMAN tidak pernah terhenti malahan masih.berdenyut kuat sehingga kini.

Penjurusan perjalanan negara ini semakin menarik dengan watak watak yang dicaturkan olih Yang Punya Hak untuk "menyempurnakan' kisahnya buat negara ini.

Apa yang pasti, pemegang taruh atau pemegang amanah' buat bumi bertuah ini bakal sampai kepenghujungnya.

Inshaallah.. perhatikan diseluruh dunia, hampir 2 bulan bumi ini letusan gunung berapi mahupun gempa bumi sedang didiamkan dan hanya sedikit musibah dibeberapa kawasan saja didunia ini sedang dibadai dengan beberapa taufan namun semua itu tidak pada skala mengancam.

Tetapi .. inshaallah ..dalam masa terdekat luluhan gunung berapi serta goncangan gempa bumi bakal terjadi pada skala yang bakal membawa kemusnahan samaada harta mahupun nyawa.

Lihatlah ditimur.kamu dan perhatikan lah dibarat kamu..pandanglah diatas kamu dan rasakankah dibawah kamu..

Terleka membawa kemusnahan.

Cahaya Al Majid.








No comments:

Post a Comment