Sunday 2 May 2021

THE PROMISED LAND: ISU MENTERI KENA BALUN. SIAPA JANTAN SIAPA PONDAN!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Akhirnya meletup juga Hamidi Bador kerana tak tahan dengan perangai Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddun. 

Ketidakpuasan hati ini bukan baru tetapi telah mula berputik apabila Kerajaan PH pimpinan Mahathir menumbangkan Kerajaan sendiri dan digantikan semula olih Kerajaan PH 2.0 yang diketuai pula olih Mahiaddin Yassin.

Kerajaan PH 2.0 ini hanya menampilkan 6 orang MP Bersatu atau PPBM dimana berbaki 6 MP Bersatu atau PPBM pula tidak bersama Mahiaddin tetapi bersama Mahathir.

Semua rakyat tahu bahawa Hamidi Bador diangkat sendiri olih Mahathir sebagai IGP ketika BN hilang kuasa. Begitulah sejarah nya IGP yang akan habis kontrak pada Isnin ini.

Tanpa berselindung dan dengan berani, Hamidi Bador membelasah Menteri KDN iaitu Hamzah Zainuddun kerana dikata telah mencampuri urusan perjalanan PDRM, dalam menentukan hieraki perjawatan didalam PDRM.

Kemeluatan Hamidi Bador tidak terhenti disitu malahan ,menempelak dan menuduh akan berlakunya rasuah pembelian MP MP terutama dari pihak pembangkang untuk dijadikan "katak politik" dengan tawaran 'scheme of thing".

Membayangkan bahawa dengan tindakan jijik tersebut dengan andaian dengan menggunakan tekanan samaada dari KDN SPRM mahupun  Jabatan Hasil Dalam Negeri, maka, ditaksirkan bahawa "scheme of things" itu telah berjaya tetapi keadaan itu telah mengakibatan keadaan politik negara tidak stabil dan menjadikan Kerajaan "scheme of thing' Mahiaddin dalam prasa "hilang majoriti' di Parlimen.

Walauapapun hemburan dan celaan panas Hamid Bador yang diluahkan sepenuh hati, sekurang kurangnya rakyat dapat mengesahkan bahawa sememang Menteri telah mencampuri urusan Pentadbiran dalam negara demi kelangsungan kuasa dan kepentingan politik Kerajaan PN.

Walaupun Jabatan Polis menggunakan 'akronim" " Di Raja" , namun apa yang dilihat "istilah ' Di Raja" tidak membawa makna kerana "segala keputusan dan Kuasa" hanya terletak ditangan Orang Politik dan bukan pada ' Raja" memerintah.

Patutlah Hamidi Bador berani mengesahkan terdapat banyak 'kartel". 

Bukan hanya cartel polis yang makan rasuah dan melindungi penjenayah saja yang ada malahan cartel menentukan siapa berkuasa didalam PDRM pun ada juga.

Lingkup! Lingkup! 

Punah semuanya.

Kita tengoklah apa bakal terjadi selepas ini, adakah Dato Nicky dapat diberkas, adakah. Addy Kana akan terlepas, adakah lagi tangkapan kartel dadah, scammer warga china, Nigeria dan bermacam macam lagi.

Begitulah jadinya negara bilamana kuasa yang diberikan kepada yang bukan Ahlinya, maka, hadaplah dan semuanya merosakkan.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment