Tuesday 25 May 2021

THE PROMISED LAND: UMNO WAJIB DERHAKA DEMI MENYELAMATKAN NEGARA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tiada apa yang perlu ditakutkan olih UMNO demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

UMNO.merupakan kelompok terbesar Ahli Parlimen yang mendukong Kerajaan PN sekarang, maka tindakan.ini adalah perlu!!!

UMNO perlu menarik sokongan sekarang demi kelangsungan nasib dan kehidupan rakyat.

UMNO terpaksa melakukan apa yang akan dipanggil sebagai "derhaka". 

Walaupun istilah tersebut tidak terpakai diera masa kini, namun demi untuk menyelamatkan negara dari dirundung malapetaka berpanjangan kerana kemeruduman ekonomi dan meningkat kes Covid didalam negara yang tidak terkawal diburukkan lagi dengan peningkatan angka kematian semakin mencanak hari demi hari dan mangsa di ICU juga meningkat berkali ganda dan mereka hanya menunggu "malaikat maut".

Maka UMNO perlu menunjukkan jalan keluar kepada YDP Agong  bagi memudahkan YDP Agong untuk menghentikan Kerajaan PN atau Kerajaan Darurat YDP Agong ini.

Tiada jalan lain melainkan MP UMNO sewajibnya menarik diri dari mendukong Kerajaan Darurat yang sedia ada ini.

Tindakan ini adalah untuk kemaslahatan negara, rakyat dan masa depan, kerana, Kerajaan Darurat YDP Agong yang dipimpin olih Mahiaddin ternyata gagal sepenuhnya.

Semoga dengan tindakan ini, YDP Agong dan Raja Raja Melayu bolih memilih "watak" lain untuk menerajui negara ini sekali gus  membolihkan Parlimen.untuk bersidang untuk mencari kesepakatan dalam memperbetulkan kesilapan yang dilakukan olih Kerajaan PN dan Kerajaan Darurat YDP Agong.

Perkara ini perlu disegerakan demi kebaikkan negara dalam menghadapi kesukaran . 

Malapeta yang lebih besar akan datang dan sekira situasi ini tidak ditangani dengan segera maka "kelumpuhan' kesihatan dan kelumpuhan' ekonomi rakyat dibawah bakal membawa petaka lebih besar kepada negara.

Kalau UMNO sebenarnya memperjuangkan kamaslahatan rakyat dan menjunjung Institusi Raja Raja Melayu, maka, lakukan dengan segera sebelum terlambat.

Sekadar mengingatkan!!!

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment