Thursday 29 July 2021

THE PROMISED LAND : ADAKAH ISMAIL SABRI LEBIH BERKUASA DARI PENGERUSI BN????

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ismail Sabri aka TPM telah menyatakan bahawa beliau telah menemui 40 MP dari BN dan mengesahkan bahawa kesemua mereka MP BN menyokong' Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Tetapi yang peliknya Zahid selaku Presiden UMNO telah menekankan agar kesemua MP UMNO dikehendaki meletakkan jawatan didalam Kerajaan PN dan Zahid sendiri mengusulkan agar Mahiaddin sendiri meletakkan jawatan sebagai PM.

Begitu juga dengan Najib iaitu Mantan Perdana Menteri, beliau juga mahu agar Mahiaddin meletakkan jawatan sebagai PM.

Tidak ketinggalan juga sebelum ini Ku Li juga telah mengistiharkan diri nya tidak menyokong Mahiaddin mahupun Kerajaan PN.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen UMNO Ahmad Jazlan, beliau juga telah menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan. 

Jadi dimana logiknya Ismail Sabri menyatakan bahawa masih terdapat 40 Ahli Parlimen BN masih menyokong Mahiaddin dan Kerajaan PN?

 Kecualilah apa yang dikatakan olih mereka mereka ini tempoh hari adalah "fake' statements.

Sepekara lagi Ismail Sabri juga mengatakan bahawa Kerajaan PN masih mempunyai 110 sokongan dari Ahli MP dan PN masih mempunyai majoriti.

Benarkah??

Sedangkan Ahli Parlimen yang masih ada hanya lah 220 orang.. jadi kalau hanya dengan 110.sokongan Ahli Parlimen, mana majoritinya?

Atau adakah Zahid Hamidi, Najib Razak, Ku Li serta Ahmad Jazlan telah bertukar pendirian?

Kiraaan sebenar, sekiranya tanpa 4 orang Ahli Parlimen ini, iaitu Zahid, Najib, Ku Li dan Ahmad Jazlan yang tidak menyokong Mahiaddin, maka masihkah Mahiaddin atau PN mempunyai majoriti di Parlimen?

Atau Ismail Sabri dah rasa besar diri kerana menjawat jawatan TPM maka menolak Zahid Hamidi sebagai Pengerusi BN adalah ajenda peribadi dirinya?

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment