Wednesday 28 July 2021

THE PROMISED LAND: DR HARTAL LEBIH JANTAN DARI MP UMNO .

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mogok atau protest yang dilakukan olih Doctor doctor HARTAL lebih bermaruah dari MP UMNO dalam menyerlahkan tanggungjawap mereka dalam memperjuangkan nasib berbanding MP UMNO yang kuat menyalak terhadap ketidakadilan yang didakwa telah dilakukan olih Mahiaddin mahupun olih Kerajaan PN.

Walaupun Doctor doctor ini mempertaruhkan risiko nyawa , yang mungkin akan terjangkit keatas diri mereka dalam mendepani pesakit Covid 19 namun kerana "Bersatu hati" dalam memperjuangkan Hak mereka, mereka sanggup mendepani segala intimidasi yang telah dilakukan terhadap mereka olih pihak berkuasa berbanding dengan MP UMNO.

Tiada nyawa terancam pun bagi pihak MP UMNO berbanding doctor doctor dilapangan menentang Covid, jika menentang Mahiaddin mahupun kerajaan PN tetapi disebabkan kedudukan, pangkat, kuasa dan wang ringgit, tindakan menarik diri dari menyokong Mahiaddin mahupun menarik sokongan terhadap PN pun tak mampu dan berani dilakukan.olih MP Umno ini.

Kesian..sememang tiada maruah langsung MP.Umno ini berbanding doctor doctor HARTAL.. sekarang ni!!!

Diluar Parlimen, samaada Presiden UMNO mahupun Mantan Presiden UMNO iaitu Najib, mahupun Setiausaha UMNO iaitu Mat Maslan, semuanya berdegar degar bersuara mengatakan bahawa Kerajaan PN gagal namun tiada satu pun tindakan berani  yang diambil didalam Parlimen sehingga kini!!!

Setelah 3 hari Sidang Khas Parlimen berlangsung, apa yang dapat dilihat, semua MP Umno dilihat secara terangan menyebelahi pihak Kerajaan.

Cakap saja melangit...habuk pun tarak..

Tindakan MP Umno kini sedang dinilai olih Rakyat.

Semakin hari rakyat semakin menyampah dengan tindakan MP Umno.

Sebenarnya MP UMNO sendiri yang  slow slow mengusung diri mereka dan parti mereka ketapak pelupusan!!!

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment