Friday 13 August 2021

THE PROMISED LAND : DIANGKAT MELALUI SD DAN DITURUNKAN JUGA WAJIB MELALUI SD!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kini gegak gempita satu Malaya mengatakan bahawa surat yang diutus Speaker Dewan Rakyat kepada YDPA yang telah mengesahkan bahawa Mahiaddin hanya memiliki 100 sokongan dari Ahli Parlimen, kini, tular.

Sebenarnya kesahihan Mahiaddin telah hilang majoriti' sokongan tidak perlu pun dibuktikan lagi melalui pengundian di Parlimen. 

Ini kerana gerombolan dari Ahli UMNO yang berjumlah 14 orang , yang telah menarik sokongan terhadap Mahiaddin .Dalam sidang media tersebut Presiden UMNO telah mengatakan pendirian beberapa (11 orang)  Ahli Parlimen mereka terhadap Mahiaddin.

Penyataan penarikkan sokongan yang dibuat melalui surat "penarikkan sokongan"  dari Ahli Parlimen itu juga telah dihantar ke Istana Negara sebagai pembuktian.

Memandangkan pemilihan Perdana Menteri dulu juga dibuat olih Ahli Parlimen melalui 'pembuktian surat statutory declaration", maka, untuk menarik sokongan terhadap yang disokong dahulu pun memadai dengan "statutory declaration" juga.

Sebab selepas Mahiaddin diangkat atau dilantik sebagai Perdana Menteri olih YDPA, sepatutnya 'beliau,Mahiaddin mendahulukan urusan untuk mendapatkan.keabsahanya sebagai Perdana Menteri dari Ahli Dewan Rakyat didalam Persidangan Parlimen, tetapi semua itu tidak dilakukan olih Mahiaddin dan Kerajaan pimpinanya.  

Untuk itu tiada kewajaran langsung untuk dilakukan "undi percaya" di Parlimen memadailah melalui statutory declaration kepada YDPA saja, kerana pemilihan dan perlantikan sebagai PM pun dibuat melalui sokongan SD kepada YDPA.

Apa barang nak undi undi lagi, kalau dah tak da sokongan atau dah hilang sokongan, letak jawatan.

Jangan MENYUSAHKAN!!!

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment