Saturday 14 August 2021

THE PROMISED LAND : JADA WAKTU 45 HARI BERAKHIR ISNIN INI!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Detiknya hanya bermula pada 30 hb June dalam posting saya yang bertajuk YDPA hanya memiliki masa selama kurang dari 45 hari untuk  menyelamatkan negara ini dari cengkaman kuasa politik yang dimiliki Mahiaddin yang dipakaikan keatasnya melalui 'statutory declaration' yang diperkenan olih YDPA .

Berbagai alasan telah saya tuliskan terhadap jada waktu tentang kenapa YDPA perlu bertindak.

Bermacam macam onar telah dilakukan olih Mahiaddin samaada dalam mendepani parti pembangkang mahupun terhadap kuasa YDPA dalam memastikan untuk beliau terus berkuasa atau terus memeluk jawatan Perdana Menteri.

Semalam , Jumaat pertama dalam tahun Hijrah 1443, Mahiaddin telah membuat perutusan Khas berhubung kedudukan sokongan beliau sebagai Perdana Menteri.

Dalam perutusan tersebut, tidak secara langsung beliau telah mengesahkan sendiri bahawa beliau telah hilang majoriti' sokongan dari Ahli Parlimen.

Dalam perutusan tersebut juga beliau menyeru pihak penentangnya agar dapat memberi sokongan terhadap beliau dan beliau juga berjanji akan bersetuju untuk merubah beberapa akta dalam Perlembagaan bagi menghalalkan "scheme of things" yang beliau cadangkan untuk beliau terus berkuasa.

Sepekara yang nyata bersalahan yang dilakukan Mahiaddin adalah 'mendakwa tiada siapa diantara Ahli Parlimen' lain memiliki majoriti' dan dengan alasan tersebut beliau tidak akan meletakkan jawatan'.

Kerana sudah ketiadaan majoriti dipihak beliau, maka beliau mencadangkan dan berharap agar sistem bipartisan dapat dilakukan bagi menentukan kelangsungan beliau sebagai Perdana Menteri dapat dilaksanakan.

Mengikut Perlembagaan, Mahiaddin telah hilang keabsahanya sebagai Perdana Menteri dan haknya untuk menasihati YDPA juga telah hilang kerana hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Kini terpulang kepada YDPA untuk menegak dan mengabsahkan kuasa Baginda sebagai YDPA di bumi Melayu ini tanpa perlu merujuk kepada sesiapa waima Peguam Negara sendiri.

Peringatan dan apa yang saya ditulis , berlaku seadanya.

Paras kematian akibat Covid akan statik melebihi 200 sehari seperti yang pernah saya tuliskan minggu lepas namun sekiranya Mahiaddin masih lagi mahu memeluk kuasa San YDPA tidak melakukan apa apa mengikut Kuasa yang dipakaikan keatas "batang tubuh' Baginda, yakinlah angka kematian kerana Covid pasti melepasi angka 300 ke 400 orang sehari dan angka jangkitan terhadap rakyat juga akan mencanak sehingga paras tidak melebihi 30,000 sehari walaupun vaksinasi dilakukan secara meluas.

Kini tugas menyelamatkan negara kini terpulang kepada YDPA. Samaada negara ini mahu dijurus  ke lubang neraka atau mahu bersidai ditepi ditaman syurga, semuanya terletak diatas "batu jemala "Baginda YDPA.

Inshallah, sekiranya keputusan YDPA bertepatan dengan kehendak 'bumi Melayu" ini iaitu sebagai "pemegang amanah bumi Melayu' , inshallah, kematian akibat Covid bakal turun mendadak  pada minggu hadapan dan penularan jangkitan bakal berkurangan dan bakal dapat dikawal dengan berkesan , Inshaallah.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment