Friday 20 August 2021

THE PROMISED LAND : JANGKAAN MENEPATI RAMALAN?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mesyuarat Majlis Duli Duli Raja Melayu telah selesai dan memperkenankan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. 

Walauapapun perlantikan dan jawatan yang disandang Ismail Sabri Yaakob masih lagi berada didalam prasa naungan PRU 14 yang telah beranjak kebulan ke 39 kini.

Jawatan dan kedudukan jawatan Perdana Menteri didalam prasa PRU 14 dan telah berkuatkuasa semenjak 39 bulan yang lalu.

Imbauan kisah lama.

Percaturan telah dimulakan olih Mahathir dengan membentuk gagasan yang bernama Pakatan Harapan . Pakatan Mahathir ini telah berjaya menumbangkan Kerajaan BN dan Mahathir dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri hanya selama 22 bulan saja setelah itu beliau dikhianati olih Mahiaddin and the Gang. 

Sejarah berulang??!

Mahiaddin telah berkuasa selama 17 bulan sebagai Perdana Menteri dan beliau dikhianati juga akhirnya. Asbab terkhianat adalah kerana mengkhianati rakan sekutu sendiri.

Malang teramat malang buat Mahathir dan Mahiaddin. 

Kejatuhan yang memalukan buat kedua dua watak ini adalah disebabkan olih pengkhianatan yang dilakukan olih Ahli gabungan sendiri dan akhirnya terpaksa meletakkan jawatan tanpa kerelaan. 

Kedua duanya hilang majoriti'. Inilah sejarah moden buat negara ini, dua Perdana Menteri hilang kuasa ketika masih lagi dalam gelembong prasa PRU 14. 

Masih dalam kepompong yang sama iaitu prasa PRU 14, jawatan Perdana Menteri bertukar watak dan kini dipakaikan pula kepada Ismail Sabri Yaakob.

Apabila khianat dijadikan ajenda maka akhirnya khianat memakan diri sendiri.

Namun untuk jangkamasa yang masih lagi berbaki 19 bulan buat Ismail Sabri Yaakob yang masih  dalam lingkupmasa PRU 14, berbagai perkara bolih terjadi kerana kerapuhan majority yang dimiliki Ismail Sabri Yaakob.

Jumlah amat kecil ini iaitu kelebihan 4 undi.saja maka kebergantungan hayat jawatan Perdana Menteri Ismail Sabri masih lagi dilihat terancam.

Perlu diingat naiknya Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri juga adalah melalui pengkhianatan iaitu dengan cara menarik sokongan terhadap Mahiaddin olih 15 orang ahli Parlimen Umno dan ini menyebabkan Mahiaddin dan Kerajaan pimpinanya hilang majoriti.

Kini Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri ke 3 yang masih lagi terangkum dalam prasa PRU 14.

Adakah Ismail Sabri Yaakob akan mengalami nasib yang sama?

Inshaallah . Akan diulas selepas pembentukan Kabinet nya nanti.

Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, YDPA hanya bertindak mengikut apa yang termaktub didalam Perlembagaan dan seinci pun YDPA tidak merubahnya'.

Tetapi sepatutnya didalam keadaan yang mendesak dan kritikal ini , sepatutnya YDPA menggunakan kuasa 'veto'nya untuk melakukan sedikit perubahan dalam menyelamatkan negara tetapi Baginda dan Duli Duli Raja merasakan kuasa mereka terhad. 

Yakinkan !!! Menukar watak atau diri Perdana Menteri dari kelompok atau sekutu yang sama tidak akan membuahkan hasil yang berbeza.

Walauapapun semuanya telah saya nyatakan bahawa semuanya sudah terlambat atau terlanjur.

Maka Renungkan!!!

Apa yang dapat kita saksikan hari ini?

Penobatan Perdana Menteri yang baru disambut hiba olih langit Malaysia, mendung seharian.

Angka kematian Covid 19.masih lagi diparas hitung panjang 200 sehari atau 1300 ke 1400 seminggu.

Angka jangkitan hari ini melebihi angka jangkitan semalan. Hari ini melebihi 23 ribu jangkitan dan angka jangkitan semalam juga menghampiri 23,000.

Apa yang bolih kita renungkan???

Renungkan sendiri adakah Negara kita berada dilandasan yang betul dan dirahmati??

Bertanyalah kepada alim ulama dan cerdik pandai Agama yang ikhlas dan dapatkanlah pandangan dan nasihat mereka, seperti mana Raja Raja Terdahulu memdapatkan sesuatu nasihat sebelum membuat keputusan.

Cahaya Al Majid.







No comments:

Post a Comment