Thursday 19 August 2021

THE PROMISED LAND : INDIKASI .

Bismillahhirrahmannirrahim.

Apa yang diharapkan adalah agar YDPA melakukan perubahan didalam pemilihan Perdana Menteri tetapi nampaknya semuanya masih lagi terikut ikutdengan sistem yang lama.

Pencalonan atau pemilihan seorang Perdana Menteri masih lagi ditentukan melalui sokongan majoriti Ahli Parlimen seperti yang diwartakan dalam "Kitab Perlembagaan".

Kini negara kita bukan lagi dalam situasi terbaik samaada dalam hal kesihatan rakyat, kesihatan ekonomi mahupun kesihatan kewangan rakyat, semuanya gawat.

Negara sedang bergelut didalam kemelut tiga serangkai. Kalau penyakit tiga serangkai semua orang faham akan musibah yang bakal dilalui olih pesakitnya . Tetapi musibah tiga serangkai yang sedang kita alami sekarang ini bukan kaleng kaleng.

Apakah ubatnya? Apa penyembuhanya.

Kalau penyakit tiga serangkai ada cara kaedahnya seperti yang dilakukan olih para Doctor tetapi apakah strategi yang diguna pakai dalam mengubati musibah yang negara kita lalui ini? Adakah dengan menukar pemimpin?

Sebenarnya kita mengharapkan agar YDPA dapat merungkai dan meredakan ego blok kluster komplot pemfitnah samaada dipihak Kerajaan mahupun diblok pembangkang agar dapat berlapang dada dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini, tetapi jalan keusaha itu dilihat tidak dilakukan secukupnya.

Membiarkan nasib untung rakyat dan masa depan negara untuk ditentukan olih tangan tangan kelompok opportunis politik ini amat merbahaya buat negara tetapi itu lah yang berlaku.

Sekarang semuanya sudah terlambat bagi YDPA' untuk merubahnya.

Walaupun Ismail Sabri Yaakob belum lagi disahkan jawatannya melalui sumpah jawatan , tetapi kesahihan ini akan disahkan melalui pekenan' YDPA dan Duli Duli Yang Maha Mulia. 

Walaupun sumpah yang bakal dilafas itu akan diawali dengan yang kalimah kalimah Allah SWT, iaitu...

Waulahi, Wabillahi, Wataulahi,. tetapi niat dan iltizam diri adalah perkara pokok. 

Dapatkah dizahirkan "sumpah' seperti apa yang dilafaz???

Tanggungjawap untuk memberi peringatan atau menegur samaada melalui tangan, luahan kata kata mahupun menegur melalui hati telah disempurnakan seikhlasnya namun....

Walauapapun, sama samalah kita saksikan samaada jangkitan Covid 19 akan menurun ataupun tidak atau adakah kadar kematian akan berkurangan?

Kerana semua ini adalah tanda tanda  dan petunjuk kepada kita akan 'keberokahan 'ulul amri'" samaada negara kita dilindungi diberkati atau malapetaka bakal berpanjangan!!!.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment