Tuesday 17 August 2021

THE PROMISED LAND: YDPA ADA SATU PILIHAN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semuanya kini terpulang kepada YDPA untuk menentukan resipi mana yang baik diantara yang terbaik didalam menentukan kesejahteraan dan kemaslahatan negara.

Adakah YDPA akan mengulangi tata cara yang sama didalam memileh dan menentukan  Perdana Menteri yang baru?

Atau adakah YDPA akan melakukan sesuatu yang diluar kerangka Perlembagaan didalam menentukan Perdana Menteri?

Secara nyatanya tiada sebuah Parti pun yang memiliki majoriti' Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan.

Kalau Kerajaan terdahulu dibentuk melalui  SD atau "statutory declaration" dari kalangan Ahli Parlimen dari berbagai parti mahupun terbina diatas pengkhianatan beberapa orang Ahli Parlimen namun akhirnya semuanya terlerai jua.

Dan pembentukan Kerajaan PN itu, idea yang dibina adalah diatas imbuhan imbuhan ataupun janji janji serta pangkat pangkat yang diakujanjikan, yang diagih agihkan sesama mereka.dan terbinanya juga bukanlah diatas keikhlasan untuk rakyat tetapi semuanya kerana kuasa yang direncanakan untuk menyelamatkan diri melalui kuasa.

PH hilang kuasa kerana pengkhianatan yang dilakukan olih Ahli gabungan sendiri dan begitu juga dengan Kerajaan PN. 

Apa yang terjadi atau yang berlaku adalah diatas asbab "khianat sesama sendiri" yang bolih disimpulkan sebagai "tikam belakang" kerana ketidakpuasan hati' dalam mencorak kuasa.

Negara sudah melalui prasa pemerintahah olih kerajaan yang terbina bukan atas dasar 'rukun,  Undang undang' mahupun demi kemaslahatan" rakyat tetapi kerana sikap lebih menjurus kepada perasaan balas dendam dan dengki telah dijadikan asas. 

Pemerintahan yang dipamirkan seolah olah 'pemerintahan ala ganster atau geng kuasa" dan menggunakan kuasa untuk menjatuhkan lawan.

Perinsip dan pegangan pemerintahan hanya bersifat satu hala . 

Penentang atau musuh politik,.wajib dilenyapkan dengan apa cara sekali pun. Itulah yang terjadi dalam era PH 22 bulan dan PN 17 bulan bila berkuasa. 

Bentuk dan tata cara pemerintah kedua dua Kerajaan ini adalah sama walaupun parti gabunganya adalah berlainan namun idea dan matlamat mereka, semuanya.tetap sama.

Kini adakah YDPA atau Duli Duli Yang Maha Mulia masih mahu mengizinkan politikus ini berbuat sesuka hati mereka selepas memiliki kuasa?

Sekali lagi diperingatkan kepada YDPA dan Duli Duli Yang Maha Mulia.

Peluang untuk membetul dan menyelamatkan negara ini dari kerakusan politikus  terhampar dipintu Istana. 

Semuanya terletak diatas "kuasa dan amanah" yang dipakaikan keatas diri YDPA dan Duli Duli Yang Maha Mulia untuk membuat keputusan.

Beringatlah !!!! 

Keberadaan diri dan keberadaan Institusi YDPA dan Raja Raja Melayu kini bergantung kepada keputusan yang bakal diambil olih YDPA yang mewakili Duli Duli Yang Maha Mulia dalam menentukan siapa Ketua Kerajaan yang akan dilantik.

Keputusan ini amat terkait rapat dengan Bumi Meem ini.

Diharap dalam waktu terdekat ini YDPA dan Duli Duli Yang Maha Mulia diberikan petunjuk olih Allah SWT dalam merungkai dan membetulkan halatuju negara ini.

Samaada YDPA masih mahu terikat dengan cara terdahulu atau mahu membuat pendekatan baru dalam perjalanan untukw memilih Perdana Menteri,. keputusan akhir, YDPA yang bakal 'memperkenankan" perlantikan tersebut.

Jangan sampai "pisang berbuah dua kali",sudahlah, sebab selepas ini tiada jalan kembali..

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment