Sunday 7 November 2021

THE PROMISED LAND : HJ HADI NI MABUK KETUM KE ATAU MABUK LAUT???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bila pulak Pas menyelamatkan UMNO atau BN selepas PRU 14?

Semua orang tahu bahawa sebelum atau semasa PRU 14, PAS merupakan seteru atau lawan yang ditentang dalam politik.

Adakah PAS kuat atau dominan dalam kalam politik orang Melayu? 

Jawapannya tidak!!! Pas hanya berjaya memecahkan kelompok orang Melayu terutama yang berada di Kelantan, Terengganu dan sebahagian dari Kedah.

Di Kedah dan Selangor  pun PAS menang sipi sipi saja, itu pun kerana UMNO dan BN difitnah pada PRU14.

Fitnah yang terbesar adalah mengatakan bahawa hutang negara telah melonjak keparas 1 Trillion Ringgit dan fitnah ini dimomokkan dikepala rakyat olih Mahathir dan Geng Pakatan Harapan.

Kerajaan BN dan UMNO telah dituduh dengan bermacam macam fitnah olih Mahathir dan rakannya iaitu PKR,DAP,Bersatu serta Amanah.

Kerana segelintir orang Melayu telah"termakan' hasutan Geng Pakatan Harapan tentang hutang negara ditambah dengan "janji janji manifesto bulan dan bintang"yang dikata akan diribakan kepangkuan rakyat,maka, akhirnya ramai rakyat terpedaya.

Olih kerana permainan persepsi dan fitnah ini, segelintir orang Melayu tidak memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan tetapi memileh  PAS sebagai alternatif kerana adanya DAP dalam Pakatan Harapan.

Jadi PAS jangan mendabik dada. PAS hanya memperolehi undi "bonus saja' dan bukan atas kekuatanya mahupun pengaruh PAS itu sendiri.

PAS hanya bernasib baik kerana terjadinya "langkah Sheraton",itu saja!!

Kalau PAS nak jadikan moral sebagai ukuran, maknanya PAS pun tak bermoral dan berintrigriti juga kerana sanggup mendukong "katak katak' dalam memenuhi hawa nafsu kuasa.

Kerana kuasa PAS sanggup membelakangkan mandat rakyat dan membentuk Kerajaan bersama pengkhianat pengkhianat politik antaranya Grup Azmin dari PKR serta Grup Hamzah Zainuddin dari UMNO. 

Adakah dengan jalan pintu belakang sebagai Kerajaan ini PAS mahu mendabik dada?

Hahahaha 😆🤣😂  ...

Jadi dimana nasnya PAS menyelamatkan UMNO dan BN?

PRU 14 BN menang 54 kerusi dan PAS hanya menang 18 kerusi.. Setelah beberapa ekor katak' UMNO melompat ke Bersatu pun kerusi BN/UMNO masih melebihi dari kerusi PAS. 

So...PAS ..nak guna sifir mana? Atau otak dah dibelit serban??

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment