Wednesday 3 November 2021

THE PROMISED LAND: PRN MELAKA SIAPA BAKAL RAIH KEMENANGAN?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semua sedang berpencak di Melaka. 

Masing masing mula menunjukkan langkah menuju gelanggang.

Ada berbekalkan silat pulut berkuncikan mantera, ada yang berselempang kuning berteraskan bertih dan ada juga yang berkuntau Cina yang bersumbukan colok namun dalam banyak banyak ketumbukkan yang bertanding , namun yang bakal menerima "keris taming sari' dan keris "bujur tersangkut" adalah Mat Hassan dan Najib.

Hahahah 😅🤣😂 yang lain bakal melopong.

Kenapa saya berkata begitu??

Biar saya terangkan!!!

Parti Pakatan Harapan bersendikan Anwar dan yang menjadi tiangserinya adalah DAP.

DAP telah berjaya menambah beberapa kerusi DUN diera PRU14. Dikala itu persundalan yang dilakukan adalah kerana Mahathir yang menerajui Pakatan Harapan.

Ketika itu isu 1MDB serta manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang  telah dimakan olih rakyat semahunya.

Berbekalkan isu yang dimainkan maka ramai kelompok rakyat telah terpedaya terutama apabila hemburan hemburan dari mulut Mahathir, terngiang ngiang ditelinga rakyat.

Pada waktu itu parti DAP, Amanah dan PKR hanya menurut Mahathir. Semua serangan adalah dari Mahathir manakala PKR,DAP dan Amanah hanya siapkan jala saja bagi menerima limpahan . Itulah yang berlaku pada PRU14 dulu.

Kemanangan Pakatan Harapan yang menggunakan lambang parti PKR diibaratkan sebagai "rezeki terpijak" kerana Mahathir adalah perancangnya.

Kini pada PRN Melaka keadaannya berbeza sekali kerana PH berketuakan Anwar Ibrahim.

Bolih kah Anwar menjadi jeneral perang yang akan membawa kejayaan kepada PH? Jawapannya tidak.

Bagi Melayu kini, DAP adalah petualang yang diibaratkan sebagai gergaji.. sorong depan dia makan sorong belakang pun dia makan . 

Itulah sifatnya Ahli Ahli DAP serta pendukong mereka.

Tetapi kali ini walaupun DAP tetap bersama PKR dan Amanah kerana PPBM telah menikam mereka namun DAP tidak akan menang lebih dari 4 kerusi. 

Pakatan Harapan akan kalah teruk kali ini.

Tentang Bersatu yang bersenyawa dengan PAS yang dikenali sebagai Perikatan Nasional atau PN..dan kerusi yang pernah mereka miliki pada PRU 14 dahulu juga bakal terlungkup.

Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui olih Mahiaddin sehingga  memaksa beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri serta dilabel rakyat sebagai Kerajaan gagal akan "dimateri" di PRN Melaka.

Bagi BN dan UMNO pula, kluster Menteri yang mendukong Bersatu atau Mahiaddin bakal dimalukan olih orang Melaka. Kedegilan serta kebebalan kluster Menteri ini, akan terpahat dalam diri Ahli UMNO dan akar umbi sehingga PRU 15.

Ruang ruang yang dilihat kluster Menteri UMNO untuk memudaratkan kepimpinan tertinggi terutama  President serta Timbalan President serta Najib tidak akan kesampaian.

Walaupun UMNO bakal memenangi banyak kerusi dalam PRN Melaka dan bolih membentuk Kerajaan tetapi kemenangan bergaya ini adalah kemenangan moral buat Najib dan Mat Hasan. 

Kem kluster Menteri dari UMNO bakal mengigit jari tetapi kemaluan terlebih besar akan tertepek dimuka Ismail Sabri serta KJ.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment