Monday 20 December 2021

THE PROMISED LAND: KEGAGALAN ISMAIL SABRI TERSERLAH

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau diera Mahiaddin atau PN rakyat dikurung dengan alasan PKP kerana Covid-19. Akibat kerana terlalu lama terkurung dan dinafikan untuk berniaga kerana ikut SOP atas fatwa WHO, ramai rakyat kebulur dan terpaksa mengibar bendera putih untuk memohon pertolongan.

Alhamdullilah..yang mula datang membantu adalah rakyat jelata dan bukan pemimpin politik mahupun Kerajaan.

Kerana kegagalan Mahiaddin dan kegagalan Kabinet Kerajaan pimpinanya yang gagal bertindak pantas dalam membantu rakyat, akhirnya, Kerajaan Mahiaddin dicop sebagai Kerajaan Gagal dan kesudahanya....merudum kuasa Mahiaddin dan akhirnya terpaksa melepaskan jawatan.

Perkara yang serupa juga sedang dilalui olih Ismail Sabri. 

Beliau dinamakan olih Mahiaddin sebagai PM kerana beliau,adalah TPM mewakili UMNO dalam Kerajaan Mahiaddin atau PN.

Ismail Sabri adalah dari kluster Menteri UMNO yang kuat menyokong Bersatu atau PPBM.mahupun Mahiaddin.

Tidak tanduk dan gerak kerja Ismail Sabri masih sama seperti Mahiaddin memerintah. Lembab dan tiada hala tuju.

Kini negara dilanda bencana banjir. Hujan telah mula turun dari petang Jumaat lagi dan menjelang  tengah malam, berapa kawasan telah dinaiki air dan banjir mula melanda.

Yang lembabnya walaupun beberapa kawasan telah dilanda banjir pada Sabtunya, namun, tiada tindakan pantas dilakukan olih Kerajaan dalam membantu mangsa yang terperangkap.

Kuala Lumpur dan Selangor adalah kawasan yang paling terjejas sekali namun ajensi Kerajaan amat lembab bertindak.

Tak terungkap dengan kata kata untuk mengambarkan keadaan ketika itu,.hanya Allah SWT saja yang tahu bertapa sedihnya melihat keadaan rakyat bertarung nyawa . Semua kejadian ini dipaparkan dimedia sosial.

Semua Pemimpin Kerajaan senyap sunyi waima Majlis Bencana Negara atau NADMA mahupun ajensi yang sewaktu denganya, semua tak berkutik'.

Hanya pada hari Ahad baru kedengaran suara suara sumbang mereka, itu pun kerana hari Isnin ada Persidangan Parlimen,.kalau tidak..tak diherannya untung nasib rakyat...nak makan ke, nak mati ke..yang penting bagi mereka, "kuasa masih tetap ditangan".

Memang malang nasib rakyat Malaysia yang mempunyai Kerajaan yang didukong olih cukong cukong Ahli Parlimen dan yang bukan dari mandat rakyat ni..

Cukup lah... inshaallah.. Kerajaan mahzab "Keluarga Malaysia" anutan Ismail Sabri ini pun bakal tumbang jugak..sama nasib seperti Kerajaan Mahathir dari PH, Kerajaan Mahiaddin dari PN dan terkini " Keluarga Malaysia' atau Kerajaan Ismail Sabri PN2.1..atau Kerajaan 9 bulan.

Sumpahan rakyat, makian rakyat, cercaan rakyat 'terjunjung diatas kepala" Kerajaan ini, tunggu je lah...kalau 100 hari sudah berlalu kini hanya berbaki tak sampai 200 hari lagi..Sebelum Ismail Sabri dan Kerajaan ini dibubarkan!!!

Inshallah..

Yakinlah pemimpin yang ada ini tidak akan menyelesaikan masaalah malahan bala pula yang mereka diundang.

Cahaya Al Majid.




1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete