Sunday 23 January 2022

THE PROMISED LAND: SEMUA MENGIKUT PERANCANGAN!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Seawal Disember telah diperingatkan bahawa perjalanan negara bukan diatas kehendak 'khalifah' mahupun ulil.amrinya walaupun mereka"berkehendak' tetapi adalah diatas kehendak 'tuan punya" tanah mahupun olih "pemegang Amanah" Nya.

Telah disimpulkan bahawa kalimah " Wallahi, wabillahi wataullahi' yang dilafas Najib sudah 'diangkat" . 

Bukan kerana diri Najib itu warak mahupun "berkeromah" tetapi diangkat kerana waktu yang ada adalah teramat singkat untuk perubahan yang telah ditentukan dan Najib adalah "asbab"nya untuk beberapa kejadian terjadi.

Tanda tanda yang jelas telah dipersadakan dikhalayak ramai dan rakyat menjadi saksi nyata.

Tumbangnya Kerajaan PH 22 bulan, Tumbangnya Mahiaddin dalam masa 17 bulan dan berikutnya Kerajaan Ismail Sabri juga bakal mengikut langkah serupa. 

Inshaallah, Jangka masa yang ada buat Kerajaan Ismail Sabri kini kurang dari 170 hari atau kurang.

Susun atur untuk perubahan telah tersedia. Hanya alasan dan sebab sileh berganti terjadi bagi menjelmakan 'kejadian' sebenar.

Seperti yang saya tuliskan dalam beberapa post terdahulu terutama pada Disember 2021 tentang "bala" dan " balasan" terhadap "sumpah laknat'" Najib.

Saya ulangi lagi bukan kerana Najib itu warak mahupun berkeromah tetapi "sumpah Najib" itu "bersaksi" dan "disambut doanya" olih watak watak terpilih. Alhamdullilah.

Siapa yang terkena "palitan sumpah Najib" telah ternyata kini. 

Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, "siapa bakal tumbang" adakah Najib?.

Juga telah saya nyatakan bahawa Mahathir tidak akan jadi Mahathir yang dulu. 

Apa yang dilalui dan bakal ditempuhi Mahathir adalah "kekerapan" berulang ke IJN, seperti apa yang berlaku sekarang.

Sedikit mengenai PRN Johor.. inshallah.. kemenangan akan berpihak kepada UMNO dan BN.  Keputusan itu adalah pasti.

Satu perkara lagi, inshallah, Ismail Sabri bakal PM terpendek dan laluan Tok Mat Hassan untuk kepersada jawatan President UMNO adalah pasti .

Inshaallah akan disambung lagi tentang siapa bakal tersembam di PRN Johor.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment