Saturday 29 January 2022

THE PROMISED LAND: DUA PRESIDEN BERAKHIR KARIER DIPRN JOHOR.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Akhirhayat manusia adalah ketentuan Tuhan tetapi jangkahayat seseorang President parti politik pula terletak pada keputusan yang diambil Presiden sendiri.

Kata putus sesebuah perancangan adalah "hak mutlak" seorang President.

PAS merupakan ahli anggota terbesar didalam Perikatan Nasional' atau PN.

PAS sebelum ini telah memeteri persetujuan bersama PPBM atau Bersatu serta beberapa lagi parti politik dalam membentuk kelompok politik yang diberinama Perikatan Nasional' atau PN.

Yang anihnya sewaktu PRN Melaka,.PAS secara sendirinya tanpa memperdulikan PN , mereka telah mengusulkan kepada BN atau UMNO agar mereka (PAS) diberikan lebih kerusi untuk bertanding. 

Sedarkah Lebai PAS bahawa ketika itu mereka merupakan anggota tetap didalam PN? tetapi masih mahukan daripada BN atau UMNO agar PAS diberikan kerusi lebih didalam PRN Melaka.

Tidak kah tindakan PAS ketika itu dilihat sebagai satu pengkhianatan  terhadap persetujuan didalam Perikatan Nasional'?

Begitu jugalah halnya yang berlaku di Johor.

Selepas DUN Johor dibubarkan,.PAS. juga telah meluahkan hasratnya kepada BN atau UMNO untuk diberikan kerusi lebih untuk bertanding diPRN Johor. 

Alhamdullilah. UMNO Johor sanggup memberikan 4 kerusi "gerenti menang" kepada PAS sebagai tanda sahabat walaupun UMNO tahu bahawa PAS adalah anggota PN.

Yang peliknya PAS mahukan lebih kerusi untuk ditandingi daripada BN atau UMNO dan mahupunkan kerusi yang UMNO atau BN telah kalah pada PRU dulu. 

Masuk akal kah? atau PAS dah lupa bahawa pada PRU 14 dulu mereka tanding 40 kerusi dan hanya memenangi 1 kerusi saja, itupun kemenangan kerana kesalahan teknikal. Masih nak dabik dada?

Ataupun, adakah ini merupakan strategi Mahiaddin atau Bersatu untuk memenangi kerusi free dari UMNO dan BN?

Hahahaha 😂🤣🤣 strategi nak mengena UMNO dan BN tak menjadi!!!

Alih alih PAS  reject parti mereka sendiri dari UMNO dan BN.

Sedarkah PAS mahupun Bersatu terutama Hj Hadi dan Mahiaddin , PRNJohor kali ini merupakan pertembungan hidup dan mati bagi karier masing masing sebagai Presiden.

Dengan kekalahan Bersatu dan PAS pada PRN.Johor kali ini, bersedialah masing masing untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden.

Mungkin Hj Hadi tidak akan melepaskan jawatan President PAS tetapi kekalahan teruk Bersatu atau PPBM , Mahiaddin akan malu besar dan kemungkinan untuk PAS dan PPBM.menarik sokongan terhadap Kerajaan Ismail Sabri pasti akan berlaku.

Perjalanan "terancang" ini adalah sisir sisir membenarkan bahawa Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri terpendek. 

Pembubaran Parlimen bakal berlaku seawal bukan Ramadhan. Inshallah.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment