Sunday 13 March 2022

THE PROMISED LAND: AWAL 2025 ADALAH TAHUNNYA!!!BERSEDIALAH!!?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini bahawa UMNO dan BN akan menang selesa di PRN Johor dan begitu juga kemenangan bergaya UMNO/BN di PRN Melaka. Cuma jumlah kemenangan yang saya.tuliskan adalah 42 kerusi  DUN di Johor tetapi ketepatan sebenar adalah 40 Kerusi DUN. 

Namun kekalahan memalukan buat parti Mahathir atau Pejuang telah saya nyatakan. Hajat terlalu melangit. Bertanding 42 kerusi kesudahanya"wang deposit" pun hangus. PRN Johor adalah nokhtah kepada kerier politik Mahathir.

Begitu juga dengan DAP, mereka kehilangan beberapa kerusi DUN di Johor dan ini juga telah saya tuliskan.

PN,Amanah, PKR, Muda, Warisan serta PAS juga mengalami nasib yang sama. 

Cakap berdegar degar alih alih dapatlah kerusi saguhati iaitu PN atau Bersatu 3, PKR 1, Muda 1, PAS satu dan Amanah 1.

Apa yang saya tuliskan ternyata benar belaka. 

Seperti yang telah saya tuliskan bahawa perjalanan yang dilalui Malaysia bukanlah seperti yang tuan tuan mahukan. 

Perjalanan ini ada matlamatnya.

Berlanjutan dari kemenangan UMNO/BN di Johor, kini, akan tersingkap satu lagi lembaran atau prasa yang lebih mendebarkan.

Inshaallah, seperti yang saya tuliskan banyak kali, Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri yang paling singkat buat Malaysia.

Ketentuan ini bukanlah kehendak beliau walaupun beliau amat mengharapkan agar PRU 15 akan diadakan pada 2023. Namun, inshallah, harapan beliau hanya akan tinggal harapan yang mengharapkan.

Inshaallah, jangkahayat kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri semakin kepenghujungnya.

"Gegeran besar" politik negara bakal meletup selepas hari Raya , nantikan!!!

Pejalanan Malaysia  kedestinasi "yang dijanjikan' semakin menghampiri iaitu seawal 2025. 

Dan seperti yang saya nyatakan sebelum ini, inshaallah, Mohamed Bin Hassan bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia pada PRU15 nanti.

Untuk seketika ini, peganglah apa yang diamalkan dan kuatkanlah iman. 

Prasa seterusnya agak mencabar buat Umat Islam.sehingga matangnya tahun 2024 dan tibanya tahun 2025, maka,.perkara besar bakal berlaku dinegara ini dan buat Umat Islam.

Inshaallah...

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment