Tuesday 15 March 2022

THE PROMISED LAND: "PERJALANAN" TANAH MELAYU SEMAKIN TERANG!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Pada posting 13 hb telah saya nyatakan perkataan "mendebarkan" selepas UMNO/BN berolih kemenangan pada PRN Johor.

Sesiapa yang nampak dan faham apa yang ditulis, alhamdullilah, dipanjatkan kehadrat Allah SWT.

Itulah rentetan kejadian yang dituliskan. 

Watak Menteri Besar yang dicanang.namun watak yang terlantik sebagai  MB Johor adalah watak yang tidak bersebut.

Silang kata dalam story board "perjalanan" Tanah Melayu, nampaknya semakin jelas walaupun ramai manusia yang tidak menjangkakan.

Raja yang memerintah tidak bersalah malahan MB Baru pun tidak merasai keanehanya. 

Begitu juga dengan Presiden UMNO, dia juga tidak bersalah dalam 'percaturan" perjalanan ini. Beliau hanyalah 'asbab' bagi mereka yang mengetahui.

Apa yang berlaku kini adalah rencah rencah untuk Tanah Melayu beralih keprasa yang lebih mencabar lagi  terutama Institusi Beraja.

Ingat !!! Peristiwa telah berlaku dan ICERD adalah buah caturnya. Selagi pemain caturnya ditangan orang Politik maka macam macam perkara bolih direncanakan.

Kepada parti politik mahupun terhadap Instutusi Beraja maka, bersiap sedialah untuk perubahan yang ditentukan.

Tetapi sebagai peringatan untuk jangkawaktu mendatang ini, maaflah, Negeri Johor tidak akan berjaya membaiki keadaan ekonomi nya seperti dahulu kala.

Kestabilan yang didendang olih UMNO/BN tidak akan terlakar walaupun Menteri Besar nya dari UMNO .

Walaupun tubuh badan MB nya mengalir darah dari keturunan Onn Jaafar namun rintangan dan kekangan yang bakal dihadapi beliau sangat mencabar walaupun beliau dipayungi olih Istana mahupun dari bantuan keturunan Onn Jaafar sendiri.

Beringatlah salah silah keturunan bukan ketentuan kejayaan.

Maka Johor terpaksa menempuh satu prasa paling pahit dan getir dalam sejarah Johor moden dimana jurang perbezaan antara pihak Istana dan parti politik telah berlaku.

"Kealpaan" yang disengaja kepada semua pihak adalah ketentuan yang tidak dapat dielakkan.

Inilah susur galur  'perjalanan " yang perlu dilalui olih Tanah Melayu menuju ketahun 2025.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment