Monday 21 March 2022

THE PROMISED LAND: SIAPA PALING KECUT DENGAN MOU? ISMAIL SABRI KAH ATAU PH KAH?

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sejak kebelakangan ini kecoh isu MOU yang telah ditandatangani diantara Ismail Sabri yang mewakili Keluarga Malaysianya dengan Geng Pakatan Harapan yang diterajui olih Anwar Ibrahim dengan sekutu rapatnya iaitu DAP.

Setiap hari kita dihidangkan dengan gimik untuk 'membatalkan MOU" olih DAP terhadap Ismail Sabri tetapi disebelah pihak Anwar Ibrahim mewakili PKR mahupun Mat Sabu disebelah Amanah, langsung tidak berbunyi.

Hahahah 🤣🤣🤣.

Lim.Guan Eng Cuba menggunakan isu "MOU" untuk menekan Ismail Sabri seolah olah dengan ketiadaan "persefahaman" ini maka Kerajaan Ismail Sabri bolih tumbang, kerana tiada sokongan dari puak pembangkang.

Mimpi kot Lim Guan Eng atau DAP.ni..

Sebenarnya tiada apa pun yang perlu digusarkan olih pihak Kerajaan sekiranya Geng Pakatan Harapan tidak menyokong usul Kerajaan.

Tiada keraguan langsung.  Kerajaan Ismail Sabri sememangnya ada majoriti mudah di Parlimen untuk meluluskan apa apa rang undang undang mahupun perbekalan. Maka tiada perlupun undi pembangkang tu.

Yang cuba dilindungi pembangkang sebenarnya adalah "peruntukan untuk kawasan Parlimen" dimana kini semua kawasan Parlimen telah diberikan peruntukan sama rata dari Kerajaan Ismail Sabri.

Ketakutan Pakatan Harapan adalah sekiranya "Parlimen dibubarkan" maka terhentilah peruntukan tersebut dan tidak dapatlah  mereka membeli jiwa jiwa pengundi untuk persiapan mereka menjelang PRU 15 nanti.

Namun sebenarnya Ismail Sabri pun mengambil kesempatan juga terhadap isu MOU ini .Ibarat kata perpatah Melayu,"sambil menyelam minum air'.S

Sebenarnya itupun yang dilakukan olih Ismail Sabri sekarang ni, menggunakan MOU.untuk menyelamatkan Jawatan PM nya juga.

Apa yang ditakuti Ismail Sabri adalah "penarikan sokongan" terhadap jawatan PM beliau samaada olih Kem Mahiaddin dari Bersatu mahupun dari Kem bukan Kluster  Menteri dari UMNO, itu saja. 

Jadi sebagai helah untuk memaniskan cerita dari Ismail Sabri ,maka 'isu MOU" dengan Pakatan Harapan lah dijadikan 'asbab" untuk terus memegang jawatan PM.

Walauapapun helah atau strategy Ismail Sabri mahu digunakan, inshallah, lepas Raya, akan meletuplah episode baru. 

Nanti kan!!!!

Bergebang gebang seruan dibuat olih perwakilan UMNO untuk Kerajaan Ismail Sabri membubarkan Parlimen, namun, melalui kelompok Kluster Menteri UMNO serta kelompok yang dapat banyak menafaat dari Ismail Sabri, maka, berbagai alasan dari Kem Kluster Menteri UMNO diberikan untuk "menunda' pembubaran seperti yang dijuangkan olih perwakilan.

Walauapapun... inshallah, apa yang dijanjikan' pasti berlaku dan inshallah, Ismail Sabri tetap menjadi Perdana Menteri pertama UMNO yang memegang jawatan PM yang paling singkat.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment