Tuesday 2 August 2022

THE PROMISED LAND: JAWATAN PM DIBIBIR LIANG LAHAD!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Perjanjian Sulit" diantara Ismail Sabri dengan Bersatu atau PPBM yang temeteri sebelum perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri sudah terbongkar kini.

Walaupun kepimpinan tertinggi UMNO samaada President atau Timbalannya waima Setiausaha UMNO juga, mereka semua dalam kegelapan atau teraba raba apabila "isu ini meletup" tidak tahu menahu walau seincipun berkenaan "perjanjian sulit ini. 

Itulah Ismail Sabri yang hanya bertaraf Naib Presiden didalam hareiki UMNO yang sanggup membelakangi kepimpinan tertinggi UMNO iaitu Presiden mahupun Timbalan Presiden dan seluruh Ahli UMNO demi sebuah jawatan iaitu jawatan Perdana Menteri untuk dirinya sendiri.

Hahahaha 😂🤣😂 itulah wajah sebenar manusia yang bernama Ismail Sabri.

Kini Mahiaddin ataupun Presiden PPBM dah mula mendesak Ismail Sabri untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari Partinya berserta beberapa lagi tokoh untuk jawatan Menteri mahupun sebagai Pengerusi GLC....

Bolih ke Ismail Sabri berdolak dalih atau cuba menafikan apa yang telah dipersetujui dahulu? 

Atau apakah Ismail Sabri akan mengota apa yang dijanjikan kepada Bersatu?

Dan sekiranya Ismail Sabri menuruti terma perjanjian yang ditandatangani itu, apakah UMNO akan berdiam diri?

Sekarang Ahli UMNO sedang menuntut janji yang dilafas ketika PAU dan EGMnya iaitu "pembubaran Parlimen" dengan kadar segera. 

Apakah Ismail Sabri akan memenuhi janjinya iaitu "tidak akan berlengah walau sesaat pun".

Kini Ismai Sabri "terjerat dengan permainanya sendiri.

Sekiranya Ismail Sabri melunaskan janjinya terhadap Mahiaddin atau PPBM apa akan terjadi? Adakah UMNO.akan merelakan?

Hahahah 🤣🤣🤣

Yakinlah Parti UMNO bakal mengumumkan bahawa UMNO telah hilang kepercayaan terhadap Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO dan Perdana Menteri tetapi UMNO tidak akan menarik sokongan terhadap beliau sehingga PRU diadakan.

Tindakan ini adalah tanda tanda "pengakhiran" kepada karier politik Ismail Sabri didalam UMNO dan sekaligus tergugur keahlianya secara automatik sebagai Ahli UMNO.

Adakah Ismail Sabri mahu "jawatan Perdana Menteri"nya sekarang,diletakkan DIBIBIR "liang lahad" yang mahu dikambuskan sendiri olih dirinya?

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment