Sunday 16 October 2022

THE PROMISED LAND : INILAH MASAALAH UMNO!! BELUM PUN PILIHANRAYA SIBUK NAK LANTIK ISMAIL SABRI!!!

Bismillahhirrahmannirrahim. 

Inilah masaalah paling besar parti UMNO ni. Hari Penamaan calon pun belum lagi tapi mula  sibuk terutama bahagian bahagian yang sedang bermusyuarat ini kecoh nak calonnkan semula Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Bengong betullah..

Maaf bercakaplah., 

Kalau sebelum ni, kemain liat lagi si Ismail Sabri nak ni nak membubarkan Parlimen, bermacam macam alasan diberikan seolah olah dia saja yang hebat' dan berpengaruh dalam UMNO tu, seolah olah dia serba tahu..macam kepandian itu datang spontan kalau seseorang itu jadi PM.


Beliau sanggup menandatangani perjanjian sulit bersama Mahiaddin semata mata nak mengekalkan jawatan PMnya walaupun terpaksa membelakangkan Presiden mahupun kepimpinan tertinggi UMNO.?

Adakah itu standard pemimpin UMNO yang mahu diangkat semula sebagai PM olih UMNO? 

Seorang yang sanggup membelakangkan kehendak Parti?

Ahli UMNO perlu ingat, Ismail Sabri diangkat sendiri olih Blok Mahiaddin sebagai PM dan kelompok ini adalah dari kumpulan PN dan semestinya Ahli UMNO tidak patut terhutang apa apa terhadap beliau.

Cuba bayangkan "keadilan' yang sedikit pun gagal diberikan kepada Najib Razak dan itu pun tidak mampu diluangkan olih Ismail Sabri inikan pula nasib 4 juta Ahli UMNO! 

Adakah ini jenis pemimpin yang mahu diangkat UMNO sebagai PM?? Kalau benar lah Ismail Sabri ni seorang yang berjati diri UMNO, bukan sekarang dia ambil keputusan menasihati YDPA.untuk bubar Parlimen tetapi sepatutnya 6 bulan lepas dia sudah melakukan sehinggakan.terpaksa pula Presiden dan Pemimpin tertinggi melakukan bermacam macam saranan dan bukti semata mata nak menyedarkan Ismail Sabri.

Cukup cukup lah UMNO...dalam mendendangkan nama Ismail Sabri ni..rakyat berbilang kaum pun tak merasakan bahawa negara dapat dipulihkan olih Ismail Sabri..kalau UMNO masih meletakkan Ismail Sabri sebagai PM.

Tak usahlah lagi menwar war Ismail Sabri sebagai PM 10, takut takut rakyat hilang keyakinan terhadap BN dan UMNO pula nanti.

Hak melantik dan memilih PM adalah hak YDPA , olih itu usah nak melebih.lebih...ibarat lebih sudu dari kuah..

Hentikan..

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment