Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
" sesungguhnya apa yang aku tuliskan adalah kebenaran , hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Sekembalinya Ken Peddler dan Linda ke New Zealand, aku dapati Simon dan anak anaknya ingin mengenali diri aku yang sebenar. ‘Siapa Aku’.Itulah persoalan yang dapat aku rasakan terhadap mereka bertiga. Kekerapan kami bertemu adaadakalanya di rumah Simon, kedai kopi mahupun di Awana Porto Malai sesekali, selalunya kami menghabiskan masa berjam jam lamanya bersembang terutama hal hal berhubung ‘ketuhanan’ dan ‘kepercayaan’.
Didalam keluarga Simon, ada dua orang telah memeluk Islam, Zainal dan seorang lagi adik perempuan mereka. Zainal pernah aku kenali sebelum ini, sewaktu kisah rumahtangga Simon sedang rancak berantakan. Kami pernah bersembang bersama tetapi tidak selalu. Sesekali Zainal akan datang ke Langkawi melawat Simon, abangnya. Selepas kepulangan Ken Peddler, Zainal kerap datang untuk bertemu Simon dan aku.
Perjalanan harian aku adalah seperti biasa, malamnya aku akan berada di Burau Bay Resorts. Memandangkan Alice merupakan rakan isteri aku didalam kumpulan muzik yang sama dan selalu aku menumpangkan beliau balik maka banyak cerita peribadi beliau dikongsikan bersama kami. Mengikut katanya, beliau pernah dijaga oleh keluarga Islam sewaktu kecilnya di Sarawak dan beliau mengatakan kepada aku beliau pernah memeluk Islam sewaktu didalam penjagaan keluarga Islam tersebut tetapi berpatah semula ke agama asal apabila beliau kembali kepangkuan keluarganya. Kejadian itu telah lama berlalu kata Alice tetapi kini beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang DJ di Radio Langkawi, Peter Carlos dan telah dianugerahkan seorang anak perempuan yang diberinama Ashley. Adakala Peter Carlos akan sampai terlebih awal diBurau Bay, kisah ini terjadi pada awalanya iaitu sebelum kehadiran Ken Peddler di Langkawi, aku dan Peter selalu bersembang dengan beliau dan saat itulah keakraban persahabatan kami terjalin dan aku ceritakan kepada beliau akan kehadiran seorang lagi kawan aku yang sama berpindah ke Langkawi pada awalannya selang beberapa bulan saja. Semua kenalan rapat aku di Langkawi aku perkenalkan kepada beliau, termasuklah Hj Kamaruddin. Itu merupakan detik permulaan persahabatan kami di pulau lagenda, Langkawi. Sekali sekala aku akan menjemput Peter Carlos dan Simon serta anak anaknya keluar minum petang bersama . Memandangkan Simon dan Peter Carlos dari kepercayaan agama yang sama iaitu Kristian aliran Katholik, membuatkan persahabatan diantara mereka semakin erat tetapi itu tidak membataskan persahabatan aku dengan mereka walaupun berlainan kepercayaan. Aku akan layan mereka semua sama rata dan tiada pilih kasih walaupun aku terlebih dahulu mengenali Simon dan anak-anak.
Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, Allah Maha Mengetahui, Allah Tuhan Semesta Alam, sehingga pada suatu hari, sedang kami rancak berbual, tiba tiba Simon menerima panggilan dari Kuala Lumpur. Simon memberitahu kami bahawa panggilan tersebut datangnya dari ibu saudara kepada isterinya, Unty Lili, memberi perkabaran perihal isteri Simon disamping bertanya kabar keadaan kedua dua anak saudaranya John dan Andrew. "Sekilas cahaya terasa terpancar dihatiku", lalu aku tanyakan sesuatu kepada Simon. Dengan penuh minat Peter Carlos merenung aku. Aku minta maaf terlebih dahulu kepada Simon seandainya pertanyaan aku ini akan menjejaskan persahabatan kami dan juga mungkin akan menjejaskan pertalian persaudaraan diantara beliau dengan Unty Lili. Simon berkata,’it’s ok, no problem’,Lalu aku mengatakan sesuatu kepada Simon ,’Simon, she had a mole a her brest’, apalagi tergamang dan terperanjat mereka berdua. Lalu aku suruh Simon bertanyakan begitu kepada Unty Lili. Mereka berdua seakan tidak percaya mendengar ungkapan yang aku luahkan. Aku yakinkan kepada mereka bahawa apa yang aku lafazkan itu adalah sebenarnya. Simon berfikir sejenak beberapa saat, dia bersetuju untuk menanyakan hal tersebut kepada Unty Lili. Simon berkata,”Izan, i feel so embarassed to ask her, but Izan, are you sure about this?’, tanya Simon lagi .’Yes’, kata aku ‘, ‘I know her very well Simon’, terpacul kata kata itu dari mulut aku., Peter dan Simon kehairanan mendengar penjelasan aku. Mereka terdiam.Mungkin bermacam macam persoalan timbul diotak dan hati mereka.”Macammana dia tahu, kan itu tempat tersembunyi tambahan pula Izan tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Unty Lily malahan bercakap pun tidak pernah dengan beliau dan yang lebih mencurigakan hanya ibubapa selain suami dan diri sendiri sahaja yang tahu akan tanda kelahiran itu, mana mungkin orang lain boleh tahu”, mungkin itulah yang bermain difikirkannya ketika itu.
Simon mencapai handphonenya lalu beliau menghubungi Unty Lili. Dalam nada yang terhenti henti seakan suara orang ketakutan Simon bertanya Unty Lili. “Excause me Aunty Lili ,Izan told me that you have a mole at your brest, is its true Aunt?’.Simon terdiam, kami pun tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Aunty Lili kepada beliau. Aku lihat riak wajah Simon berubah, sambil jarinya menekan butang tanda talian diputuskan, lalu meletakan handphone diatas meja. Wajah beliau kelihatan syugul. Peter dan aku terdiam sambil berpandangan sasama sendiri. Suara Simon memecah keadaan, lalu berkata,’Aunty Lili is coming tomorrow and he wanted to see you, Izan, and what’s you told us about the mole at her brest is true. She will be arriving tomorrow on a first ferry from Kuala Perlis, just to see you’. Lantas aku menjawap “ok ”. Simon memberitahu kami bahawa Aunt Lili masih lagi seorang perawan, tidak pernah berkahwin seumur hidupnya dan merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang tegar dan pernah membuat lawatan suci ke Jurusalem . Lawatan itu diibaratkan sebagai “ibadat haji”, oleh penganut Kristian, berjalan mengelilingi Bandar Jurusalem sambil memegang salib secara beramai ramai, itulah cara mereka menunjukan ketakwaan terhadap kepercayaan mereka. Itulah yang diterangkan oleh Simon berhubung kepercayaan Aunt Lili. Sebelum kami beredar dari situ, Peter berkata sesuatu kepada aku.’abang, I want to learn from you’,lalu aku jawap pertanyaan itu. “Belajar apa’,’Belajar ilmu agama abang’, aku tersentap seketika. Dengan ringkas aku menjawap, ‘ok’, kalau ada masa nanti kita sambung lagi .Lalu kami pun pulang kekediaman masing masing.
BAGINILAH RITUAL YANG PERNAH DILAKUKAN OLIH AUNT LILY SATU WAKTU DAHULU |
Didalam perjalanan kehidupan aku ketika itu, aku melalui berbagai bagai kejadian dan peristiwa namun persoalan yang datang diminda dan yang terbuku dihati masih lagi belum menerima sebarang jawapan dan petunjuk. Jiwa aku menjadi bertambah gelisah,bercelaru dan bermacam macam persoalan datang satu persatu yang mana aku masih lagi mencari kepastian tentang diri aku dan siapa aku. Namun semua itu aku pendamkan dijiwa ini, namun yang pasti Allah SWT akan sentiasa bersama aku diwaktu senang mahu pun diwaktu susah. Allah SWT tempat aku memohon petunjuk,keampunan dan aku selalu mengharapkan keredaanNya. Dibenak ini, aku sering bertanya kepada “diri”, kenapa semua ini terjadi kepada aku, apa sebabnya, mengapa dan apa tujuannya. Mula mula Allah SWT ketemukan aku dengan Simon dan anak anak, John dan Andrew ,kemudian Ken Peddler dan isteri,lepas itu Peter Carlos dan isteri Alice berserta anak, Ashley dan yang terbaru Aunty Lili, kesemua mereka adalah penganut Kristian, apa sebabnya dan apa muslihat Allah SWT terhadap aku. Persoalan ini aku tinggalkan dahulu, hanya masa dan Allah SWT jua yang akan menentukan kesudahanya.
Syukur aku kehadrat Illahi, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui walau sesibuk manapun perjalanan aku ini, yang aku sendiri tidak pasti jawapannya, namun, aku masih lagi dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada keluarga aku, masa yang ada ,aku kongsikan samarata dengan mereka semua. Pada setiap hujung minggu dan hari kelepasan isteri aku, selalunya , waktu itu kami gunakan sepenuhnya untuk berkumpul dengan anak anak cuma sekali sekala pada sebelah malamnya aku akan bersama sama dengan rakan rakan .
Kedatangan Aunt Lili ke Langkawi telah pun aku maklumkan kepada Hj Kamaruddin tetapi beliau tidak berkesempatan untuk bersama-sama dengan Aunt Lili, kerana beliau bercuti ke Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya.Pada malam minggu berikutnya aku mengajak Simon berserta anak anaknya ke Awana Porto Malai . Pada malam berkenaan Simon datang dengan kedua dua anaknya sementara aku menumpang kenderaan Peter Carlos. Kami bertemu disana.Apabila kami berjalan menuju ke Boardwalk Cafe, aku nampak Simon dan anak anaknya sudahpun berada disitu. Kami berdua berjalan menuju kearah meja mereka.Tidak beberapa lama kemudian Hj Kamaruddin datang menyertai kami.Hj Kamaruddin menyuruh kami membuat pesanan kerena kami semua masih belum makan lagi.Itu sememangnya tabiat Hj Kamaruddin, beliau akan tentukan kami semua menikmati makanan disitu,setiap kali kami datang, makan adalah keutamaan Hj Kamaruddin, namun semua itu ditanggung oleh beliau. Syukur, alhamdullilah, semoga Allah SWT murahkan rezeki Hj Kamaruddin dan keluarga dan semoga Allah SWT merahmati beliau.
Sementara menunggu makanan sampai kami berbual, banyak cerita yang Hj Kamaruddin kongsikan dengan kami tentang percutian beliau di Singapura.Makanan yang dipesan dihantar oleh Ronnie, salah seorang pekerja yang Hj Kamaruddin ambil berat.Ronnie merupakan seorang pekerja yang rajin yang berasal dari Sabah. Sambil makan Hj Kamaruddin bertanyakan tentang kedatangan Aunt Lili tempoh hari dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama . Simon menceritakan perihal kedatangan Aunt Lili dan sebab mengapa Aunt Lili datang secara mengejut. Setelah di ceritakan, Hj Kamaruddin terdiam dan terpaku seolah olah tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh Simon tadi. Hj Kamaruddin dengan perasaan sebak berkata,’rugilah’ , saya tidak dapat bersama hari tu’.Peter seperti biasa, beliau tidak banyak bercakap cuma mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh Simon. Hj Kamaruddin dengan perasaan tidak sabarnya bertanya kepada Simon,’bilakah aunt Lili akan datang’,’jawap Simon,’ Aunt Lili akan datang lagi, dia akan beritahu , kerana Aunt Lili akan mengambil cuti panjang”, katanya lagi.Hari pun sudah agak lewat, hampir jam 11.00 malam. Peter terpaksa balik awal kerana beliau perlu ‘bersiaran’ diawal pagi , perkara itu sudah dinyatakan awal kepada aku sewaktu kami datang tadi, begitu juga dengan Simon, kelihatan anak anak beliau sudah kelesuan serta kekenyangan dan itu membuatkan mereka mangantuk. Mereka, Simon, Peter dengan kedua remaja itu pun berlalu pulang.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid.
Renungan :-
سَيَقُوْلُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِيْ كَانُوْا عَلَيْهَا قُلْ ِللهِ الْمَشْرِقُ وَ الْمَغْرِبُ يَهْدِيْ مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ
(142) Akan berkata yang bodoh-bodoh dari manusia itu : Apakah yang memalingkan mereka itu dari kiblat mereka yang telah ada mereka padanya ? Katakanlah :Kepunyaan Allah timur dan barat. Dia memberi petunjuk siapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus.
وَ كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُوْنُوْا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَ يَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًا وَ مَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِيْ كُنْتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُوْلَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَ إِنْ كَانَتْ لَكَبِيْرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِيْنَ هَدَى اللهُ وَ مَا كَانَ اللهُ لِيُضِيْعَ إِيْمَانَكُمْ إِنَّ اللهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ
(143) Dan demikianlah , telah Kami jadikan kamu suatu ummat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi atas manusia, dan adalah Rasul menjadi saksi(pula) atas kamu. Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang telah ada engkau atasnya, melainkan supaya Kami ketahui siapa yang mengikut Rasul dari siapa yang berpaling atas dua tumitnya. Dan memanglah berat itu kecuali atas orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan tidaklah Allah akan menyia-nyiakan iman kamu. Sesungguhnya Allah terhadap manusia adalah Penyantun lagi Penyayang.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid.
Renungan :-
سَيَقُوْلُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِيْ كَانُوْا عَلَيْهَا قُلْ ِللهِ الْمَشْرِقُ وَ الْمَغْرِبُ يَهْدِيْ مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ
(142) Akan berkata yang bodoh-bodoh dari manusia itu : Apakah yang memalingkan mereka itu dari kiblat mereka yang telah ada mereka padanya ? Katakanlah :Kepunyaan Allah timur dan barat. Dia memberi petunjuk siapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus.
وَ كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُوْنُوْا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَ يَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًا وَ مَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِيْ كُنْتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُوْلَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَ إِنْ كَانَتْ لَكَبِيْرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِيْنَ هَدَى اللهُ وَ مَا كَانَ اللهُ لِيُضِيْعَ إِيْمَانَكُمْ إِنَّ اللهَ بِالنَّاسِ لَرَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ
(143) Dan demikianlah , telah Kami jadikan kamu suatu ummat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi atas manusia, dan adalah Rasul menjadi saksi(pula) atas kamu. Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang telah ada engkau atasnya, melainkan supaya Kami ketahui siapa yang mengikut Rasul dari siapa yang berpaling atas dua tumitnya. Dan memanglah berat itu kecuali atas orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan tidaklah Allah akan menyia-nyiakan iman kamu. Sesungguhnya Allah terhadap manusia adalah Penyantun lagi Penyayang.
No comments:
Post a Comment