ADAKAH INI KEBESARAN BUMI LANGKAWI. SETIAP PERKARA BERLAKU SILEH BERGANTI "KEBESARAN ALLAH TERJADI KEPADA AKU." |
SAMBUNGAN VII
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
" sesungguhnya semua yang aku tuliskan adalah benar hanya Allah SWT sebagai saksi diantara kami"
Tinggallah aku dengan Hj Kamaruddin meneruskan perbualan. Memandangkan kami tinggal ditaman yang sama maka tidak menjadi masaalah bagi aku untuk pulang. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa Pak Chik saudaranya dari Singapura menginap disitu. Kata Hj Kamaruddin lagi, sepatutnya percutian mereka berakhir hari ini tetapi mereka melanjutkan percutian untuk satu malam lagi. Aku pun menyampuk kata kata Hj Kamaruddin,’Oh ia ke?’. Pak Chik saya tu tak berapa sihat, tetapi dia kuatkan semangat juga untuk datang sini, kerana mereka tidak pernah sampai ke Langkawi’.kata Hj Kamaruddin lagi.’Mereka anak beranak datang kesini’,jelas Hj Kamaruddin lagi.’Ok tak kalau kita lawat dia at this hour’,’sebab esok beliau dah nak balik’, sambung Hj Kamaruddin lagi.’Aku no problem’, kata aku lagi.’Kalau macam tu jom naik”, kata Hj Kamaruddin. Kami pun berjalan meninggalkan Boardwalk Cafe menuju kearah bangunan utama.Kami terus kebilek penginapan Pak Chik saudara beliau. Kamaruddin mengetuk pintu bilek tersebut,sambil memberi salam “’”Assalammualaikum”. Pintu dibuka,’waalaikumsalam”, kedengaran suara wanita menjawap salam .”Jemputlah masuk Din”, kata suara wanita itu. Ketika itu aku masih diluar .’Pak Hamid macammana’, tanya Hj Kamaruddin,’macamtulah Din’,jawap wanita itu.’seorang je!’, tanya wanita itu.’Allah! lupa saya, saya datang dengan kawan’,kata Hj Kamaruddin, “Jemputlah masuk” sahut wanita itu. Aku pun memberi salam, ’Assalammualaikum”, “Waalaikumsalam”,terpandang aku wajah wanita itu, agak berumur juga , dan pangilan Mak Chik amat sesuai untuknya. Aku pun melangkah masuk, sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan beliau yang sedang duduk diatas kerusi bersebelahan katil. ‘Aku pun berkata,’Apa kabar mak chik’, ‘baik’, masuklah’jawap wanita itu. Apabila aku meluruskan pandangan aku kearah lelaki yang terbaring diatas katil itu, lelaki itu pun bersuara dengan nada yang agak tinggi tetapi suara beliau tersekat sekat, seolah olah ingin melepaskan kemarahan, sambil merenung tepat kearah aku.’Mana kau pergi?, sudah tiga hari aku tunggu kau”, aku tersentak terpinga pinga. Aku lihat Mak Chik bangun dari kerusi, terperanjat agaknya. Aku tidak berkata apa apa ketika itu.’Mak Chik bertanya kepada suaminya yang terbaring itu, ‘kenapa dengan dia?’,sambil memandang kearah aku. Aku pun bertanya kepada lelaki yang terbaring itu dengan nada yang perlahan dan lembut,’kenapa Pak Chik?’,’Aku nak kau ajarkan aku bertaubat, dah tiga hari aku tunggu kau’, kata Pak Chik itu lagi.Ketika itu anak perempuan beliau bersama suaminya yang duduk dibilek bersebelahan datang menjenguk, mungkin mereka terdengar suara tetamu datang melawat bapa mereka. Kedua dua mereka duduk bersebelahan ibu mereka.’Pak Chik, bila bila masa kita boleh bertaubat, tidak perlu tunggu saya’, kata aku kepadanya.’Aku hendak engkau ajarkan aku bertaubat malam ni juga’, pintanya lagi.’Inshaallah’, jawap aku. Hj Kamaruddin, Mak Chik berserta anak dan menantunya terdiam tidak berkata apa apa, kyushuk mendengar perbualan kami. Keadaan kesihatan lelaki tersebut tidak berapa baik , penafasan beliau seolah olah tersekat sekat, susah untuk bernafas, lalu aku meminta secawan air kosong daripada isterinya. Air kosong itu aku fidyahkan Al Fatihah lalu aku berikan kepada beliau lalu diminumnya. Alhamdullilah, Allah Maha Besar dan Maha Mengerti, beberapa minit kemudian, penafasan beliau bertukar menjadi seperti biasa.Beliau boleh bertutur dengan lancar seolah olah tiada apa apa berlaku sebelumnya.Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Penyembuh Segala Sesuatu, lalu ,aku memanjatkan kesyukuran aku kepada Illahi, ‘Manusia yang tiada aku kenali ini, terlantar terbaring, susah bernafas serta kesukaran berkata kata, dengan sekelip mata bertukar menjadi sebaliknya”, Ya Yabbi , Yarabullamin.
DISALAH SEBUAH BILEK DIAWANA INI AKU MENGHADAP PAK HAMID . "TIGA HARI AKU TUNGGU KAU, MANA KAU PERGI", AKU NAK KAU AJARKAN AKU BERTOBAT" KATA PAK HAMID. ARWAH PAK HAMID ADALAH RAKYAT SINGAPURA YANG TIDAK AKU KENALI SEBELUM INI. |
Pada keesokkan harinya aku dikejutkan dengan berita daripada Hj Kamaruddin. Hj Kamaruddin memberitahu aku bahawa Pak Hamid sudah meninggal dunia dan ketika itu jenazahnya sedang dihantar ke Hospital Langkawi. Berita itu kongsikan dengan isteri aku dan aku sampaikan juga berita kepada Peter dan juga Simon. Aku pun bergegas ke hospital. Setibanya aku di hospital, jenazah masih lagi didalam bilek rawatan Doktor. Aku tidak dibenarkan untuk melawat waktu itu. Selepas beberapa ketika apabila urusan dihospital telah selesai, barulah aku dibenarkan untuk melawat. Waktu aku sampai dibilek Doktor, jenazahnya terbaring diatas “trolli” dan tidak ditutup .Jenazahnya hanya mengenakan kain pelikat yang dipakainya semalam tanpa baju ditubuhnya.Jenazahnya ditemani Mak Cik disisi, beliau hanya menangis kesedihan. Aku menghampiri jenazah Pak Hamid,’Allahhuakbar’Maha Suci Allah”, airmuka jenazah nampak tenang dan manis seolah olah seperti orang tidur. Lalu aku pegang tangan beliau, “Maha Suci Mu Ya Allah”,badan beliau masih lagi kehangatan’, aku tidak dapat memastikan adakah beliau benar benar sudah tidak bernyawa atau didalam keadaan “koma”, aku tidak pasti, begitulah keadaannya jenazah Pak Hamid.Aku difahamkan oleh pihak hospital bahawa mereka perlu mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa untuk “pengesahan kematian” kerana jenazah beliau amat berbeza dari jenazah jenazah yang lain. Walaupun sudah hampir dua jam nyawa berpisah dari badan namun keadaan dan suhu tubuh badan Pak Hamid tidak berbeza, badan jenazah tidak “sejuk” seperti biasa, ini yang memuskilkan pihak berkuasa dan pihak Hospital Langkawi tidak berupaya untuk mengesahkan kematian tersebut. Ketua Polis daerah dipanggil juga namun persepsi mereka sama saja.Pihak berkuasa terpaksa memanggil Doktor dari Alor Star untuk mengesahkan kematian, Alhamdullilah, semuanya selesai selepas beberapa jam.Setelah selesai semua urusan maka jenazah Pak Hamid tidak dibawa pulang ke Singapura tetapi disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan Mesjid Aishah. Bersyukur aku kepada Mu Ya Allah, Kau berikan kesempatan kepada aku untuk mengajarkan sesuatu kepada Pak Hamid dipenghujung nyawanya, dan aku berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang terpileh. Amin.
Persahabatan diantara aku, Peter, Simon dan anak anaknya serta Hj Kamaruddin bertambah akrab dari hari kehari dan kami kerap bertemu apabila berkesempatan.Sekali sekala aku kerumah Peter Carlos. Kediaman beliau tidak berapa jauh dari rumah aku, memandangkan isteri beliau Alice agak rapat dengan isteri aku, maka, kesempatan itu kami gunakan untuk merapatkan persahabatan kami.Aku selalu memberi dorongan ke pada Peter agar selalu bersikap sabar dan bertolak ansur dengan pasangan didalam melayari bahtera rumahtangga kerana isteri beliau mengadu kepada isteri aku berhubung sikap Peter Carlos dan menginginkan agar aku dapat menasihati beliau . Tanggungjawap itu telah aku laksanakan.
Selalunya , apabila kami berkumpul tajuk bual bicara kami selalu berkisar mengenai bagaimana ingin menjadi i insan yang baik, bagaimana hendak merapatkan diri dengan Tuhan,perhubungan diantara manusia dengan manusia, perhubungan antara anak dan ibubapa serta tentang kejadian alam dan seluruhnya mengikut kepercayaan masing masing.Selalunya mereka akan memberikan buah fikiran mengikut apa yang difahami melalui kepercayaan sendiri.
Pada suatu petang Peter menalipon aku, katanya dia ingin berjumpa kerana ada hal mustahak yang ingin dibincangkan dengan aku. Pada petang itu kami berjumpa ditempat biasa , sebuah Restoran yang berhampiran dengan pejabat beliau iaitu, Stesen Radio Langkawi. Perjalanan aku dari rumah ke pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 10 minit tetapi petang itu aku terlewat kerana terpaksa ke Petrol Station untuk mengisi minyak kenderaan, lampu kuning sudah menyala tanda minyak hampir habis dan kesesakan pula terjadi disitu, banyak kereta bersusun menunggu giliran masing masing. Apabila aku sampai direstoran tersebut, kelihatan Peter sudahpun menunggu aku disana. Aku melangkah masuk terus merapati beliau sambil tangan aku hulur bersalaman dan duduk bertentangan beliau.Dengan beliau perbualan kami selalunya didalam bahasa Malaysia kerana beliau amat fasih berbahasa Melayu kerana beliau berasal dari Pulau Pinang . ‘Hai Peter’, kata aku.”Hai abang”,sahut Peter,(panggilan abang selalu digunakan oleh beliau untuk bercakap dengan aku)’Lama sampai” tanya aku ,’Baru lagi, baru habis konti’,( merujuk kepada tugasan beliau sebagai DJ Radio),’minum apa abang’, tanya Peter lagi,’macha teh tarik kow’, pinta aku kepada pelayan restoran. Tokey restoran memang sudah biasa dengan kami kerana kami selalu betemu direstorannya pada setiap perjumpaan, mudah bagi kami semua, senang parking, mudah untuk semua kawan kawan kami.’Bang, saya ada hal penting nak bincang dengan abang’, serius bunyinya kata kata Peter. “Ok”, kata aku ringkas.”Abang, saya nak peluk Islam, boleh tak?”,tanya Peter kepada aku. “Betul ke ni”, jawap aku lagi. Memandangkan Peter ni merupakan seorang yang suka berseloroh maka kata kata itu tidak aku ambil serius.”Betul Abang, saya tak main main, saya dah fikir dah”, jelas beliau dengan wajah yang serius. Aku terus bangun, lalu aku peluk Peter, “Alhamdullilah”, kata aku , air mata mula bergenang dikelopak mata dan aku rasa pipi aku dibasahi, berlinangan tanda kegembiraan, lalu aku cium pipi beliau kiri dan kanan. Aku sedar Peter pun menitiskan airmata, lalu aku berkata kepada Peter ,”Semoga Allah Memberkatimu, Semoga Allah Memberkatimu”, kataku berulang ulang.Alhamdullilah, Maha Suci Allah Engkau yang memberi rahmat kepada siapa yang Engkau sukai. Berlarutan dari itu kami terus berbincang berhubung dengan niatnya, bagaimana,macammana dan bila untuk mendaftarkan diri di Pejabat Ugama.Setelah berbincang dengan mendalam perihal perkara itu maka kami pun beredar. Sekali lagi sebelum berpisah aku memeluk Peter dan aku ucapkan kepadanya,”semoga Allah SWT menunjukkan kamu jalan yang benar”, lalu aku ucapkan salam kepadanya,”Assalammualaikum”,. Tiba tiba beliau menjawap ,’waalaikumsalam’,’Syukur’ kata ku, Itulah perkataan pertama yang aku dengar dari mulut Peter.
BERSAMBUNG
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Renungan :-
Surah Al Araf
181. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan. (QS. 7:181)
182. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. (QS. 7:182)
204. Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat 591. (QS. 7:204)
205. Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (QS. 7:205)
BERSAMBUNG
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Renungan :-
Surah Al Araf
181. Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan. (QS. 7:181)
182. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. (QS. 7:182)
204. Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat 591. (QS. 7:204)
205. Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (QS. 7:205)
No comments:
Post a Comment