Friday 19 April 2013

DAP MENJARING TETAPI PAS YANG TERJARING : PENGUNDI MELAYU PAS MASUK JERAT:

LEE KWAN YEW  KATA "CHECK MATE"  MELAYU LAWAN MELAYU : DAP YANG MENANG. 


DAP amat berlapang dada apabila ROS membatalkan pertubuhan mereka seperti yang pernah berlaku kepada UMNO satu ketika dahulu. Apa yang dapat  DAP rasakan ketika ini, ianya bagaikan satu rahmat kepada mereka dan apa yang berlaku kepada DAP , ianya berjalan  seperti   yang dirancang. Kini DAP tidak perlu susah hati atau berkerja keras didalam PRU 13 ini kerana, calon yang mewakili parti mereka akan digalas dengan menggunakan 'logo PAS' dan bukan 'Roket" lagi. Secara logiknya Melayu Islam yang 'berkiblat'kan kepada PAS akan 'tertipu' bahawa undi yang mereka beri adalah kepada parti PAS tetapi hakikatnya, undi tersebut memenangkan DAP, iaitu parti  yang menentang Islam , Melayu dan Raja Raja Melayu. Disinilah kempimpinan PAS gagal didalam menghalusi akan strategi DAP untuk 'meruntuhkan' Islam. 

Dengan mandat atau kelulusan majlis  tertinggi PAS  dalam membenarkan calon DAP menggunakan logo PAS didalam pembuangan undi maka terbuktilah sudah bahawa strategi yang dipasang DAP untuk mengelirukan pengundi Melayu Islam telah mengena.

Disebalik kejadian ini , sebenarnya telah dirancang dengan teliti oleh 'strategis DAP' terutama 'Cina ultra kiasu', yang mendemonasi pucuk kepimpinan tertinggi DAP. Mereka  telah berjaya menjinakkan 'Ulama PAS" yang dahagakan 'kekuasaan ke Putrajaya" telah dengan secara sukarela dan sucihati membenarkan 'kelicikan'  game plan DAP yang tidak disangsikan keburukan oleh pucuk pimpinan PAS. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh PAS ini merupakan satu malapetaka kepada Melayu PAS untuk jangka masa panjang. Tetapi demi kekuasaan yang 'menggila' maka 'risiko' ini ditelan juga oleh PAS tanpa menoleh kebelakang.

Seperti yang pernah saya postkan dahulu, bahawa, game plan yang dirancang ini sebenarnya bertujuan untuk menjerat 'orang Melayu' .  Kebanyakan Melayu akan 'befikir' dua kali untuk memangkah atau mengundi  DAP yang berlambangkan Roket tetapi apabila didalam kertas undi nanti tiada lambang Roket atau tulisan DAP tertera dikertas undi maka, minda pengundi tidak akan berfungsi, kerana wakil calon DAP akan menggunakan lambang PAS. Oleh itu Melayu PAS tidak akan teragak-agak memberi undi kepada 'logo' yang tertera. Strategi ini amat baik dan menyebelahi DAP.

Secara halusnya DAP menggunakan PAS untuk memenangkan calonnya  dengan menggunakan logo Bulan dan semestinya ramai pengikut PAS akan 'terkhilaf' didalam perkara ini.
NIK AZIZ BERANGGAPAN BAHAWA PEMIKIRANYA SETANDING LEE KWAN YEW. ITULAH SEBABNYA  NIK AZIZ MENYAMAKAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAMA TARAFNYA DENGAN  KELAHIRAN BUDAK LELAKI DIKELANTAN.
                                                 
Sepatutnya ROS tidak membenarkan DAP menggunakan logo parti lain didalam mewakili parti mereka. Memandangkan diantara mereka tiada 'kesepakatan'  yang terjalin sesama  mereka, hanya setakat 'berpakat' maka penggunakan logo selain dari parti tersebut tidak dibenarkan atau ROS atau Suruhanjaya Pilihan Raya benarkan mereka (DAP) gunakan logo lain yang telah ditetapkan oleh SPR dan bukan logo  PAS . Ini bertujuan untuk mengelakan 'kekeliruan' kepada pengundi. Tetapi sekiranya  terdapat 'kesefahaman' atau ' perjanjian' yang lain sesama parti pembangkang, maka SPR patut membenarkan mereka menggunakan satu logo saja bagi melambangkan kumpulan mereka ini dan bukan logo parti lain.  Berlainan dengan semua komponen BN yang menggunakan lambang 'dacing' bagi mewakili komponen ahli-ahli mereka.

Keseragaman atau mengelak kekeliruan berlaku kepada pengundi  harus diambil kira oleh SPR didalam menangani 'kes' ini.  Kejadian ini sememangnya dirancang dan bukan  dilakukan secara tersengaja. Oleh itu satu pendekatan atau tindakan perlu dilakukan demi menjaga 'keberkesanan' atau 'perasaan tertipu' berlaku kepada pengundi terutama orang Melayu.




1 comment:

  1. berjayakah strategi terkutuk mereka ini untuk meraih undi melayu?? bukalah mata hatimu wahai melayu melayu kat luar sana

    ReplyDelete