Monday 25 November 2013

THE PROMISED LAND :-AJARAN ISLAM BAKAL MENJADI 'MITOS'.

DAH LAH TAK SEPENDAPAT BERBEZA PULAK TU!!
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Apa bezanya ?Pemimpin Melayu PAS ke, Pemimpin Melayu UMNO ke atau Pemimpin  Melayu PKR ke. atau  Pemimpin Melayu tak bertuan ke?

Semua mengaku Islam. Semua mengaku solat. Semua mengaku berpuasa. Semua mengaku bersedekah. Semua mengaku pergi Haji. Semua mengaku buat umarah dan ziarah. Semua mengaku beriman dengan Al Quran. Semua mengaku mengikut sunnah. Semua mengaku menjadi umat Muhammad. Semua mengaku Allah SWT adalah Tuhan yang di sembah. Waima bersahadah atau 'aku janji' pun dah mengaku .Kalau semua sudah mengaku apa masaalahnya?

Kenapa tak bolih bersatu? Perjuangan kah? Fahaman kah? Pegangan kah? Apa yang sangat membezakan ni? sehinggakan berpecah-belah.

Islam menyarankan umatnya  untuk bersatu tetapi Islam yang macammana yang dianuti ni? Kitab Al Quran yang mana pulak yang diikut ni?

Menolak suruhan Allah SWT, hukumnya berdosa.Kalau macam inilah perangai umat Islam yang 'taksub' dengan politik sampaikan bercerai berai samada sebangsa, seagama atau suami isteri hukumnya berdosa kerana 'menolak' suruhan Allah SWT. Kita dibenarkan berbeza pendapat tetapi tidak dibenarkan berpecah. Tak faham lagike 'isi' Al Quran?

Perjuangan apakah  ini sampai orang Melayu di Malaysia ni sanggup 'berpecah'? Perjuangan kerana apa? Demi Islam kah? demi negara kah? demi bangsa kah? atau 'demi Allah kah'?

Yang menjadi pertanyaan, pemimpin ni kalau bertemu diluar Parlimen tu tak berani pula untuk 'bercakaran' atau 'bertampar' tetapi apabila berada didalam perkumpulan, macam-macam seranah dilemparkan kepihak lagi satu.  Adakah ini contoh yang perlu diteladani?

Ambil contoh Nik Aziz. Bila berceramah didepan ahli dengan rela mulut menuduh orang UMNO kafir atau sebagainya. Tetapi yang menghairankan apabila bertemu dengan pemimpin UMNO semuanya baik belaka. Tidakkah ini perbuatan 'songsang' namanya. Begitu juga dengan ketua PKR, Anwar Ibrahim, 'berapi-api' menuduh pemimpin UMNO menipu dengan membawa ribuan 'warga bangla' sebagai pengundi tetapi pada akhirnya 'beliau' sendiri termakan dengan katanya sendiri, apa pendiriannya? Tak tahu malu ke atau tidak   rasa bersalah kah atau tidakj berasa 'berdosa' kah? Begitu juga dengan pemimpin Melayu UMNO semuanya sama juga perangainya macam PAS dan PKR.

Olih itu apa yang dapat disimpulkan mereka ini seolah-olah mempermain ataupun mempersendakan suruhan Tuhan seumpama mereka ini 'memperlekehkan' suruhan agama yang dianuti, mana maruah mereka sebagai 'umat Islam".

 Sudah terang lagi bersuluh akan 'keterlanjuran perbuatan' mereka ini, yang menyedihkan, mereka ini masih dipilih olih rakyat untuk menjadi pemimpin. Kenapa? Tidakkah kita dikira 'bersubahat' dengan 'pemilihan' ini? Tidakkah umat Islam sedar bahawa yang memilih  juga akan dipertanggungjawapkan diatas 'kebenaran' ini?

Banyak kesalahan pemimpin didedahakn dimata masyarakat, namun, orang Melayu atau Islam masih lagi memberikan kepercayaan kepada orang ini untuk menjadi pemimpin, kenapa? Tidak fahamkan orang Islam akan tanggungjawap mereka? Tidak fahamkah mereka akan tuntutan Al Quran? atau terdapat taksiran lain ke dalam Al Quran? sehinggakan 'pembohongan' dibenarkan.

Apa yang telah berlaku, inilah bentuk Islam yang diwarisi olih generasi masakini. Sifat menutup mata, sifat biarlah, sifat 'rendah diri' dan 'sifat takut' akan dijadikan bekalan untuk masa hadapan dan  kepada generasi akan datang dimana pembohongan akan dikata 'kebenaran' dan diterima seadanya tanpa 'bantahan'. Apa yang terucap atau terpacul dari 'mulut' pemimpin semuanya 'ditelah' bulat-bulat tanpa tapisan.

                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment