Thursday, 3 April 2014

THE PROMISED LAND : DUNIA, AKHIR ZAMAN, PERANG DAN DIRI SENDIRI

BERSINARKAH MATAHARI ESOK, ESOK DAN JUGA ESOK

                                    PILIHAN YANG MENJAHANAMKAN MANUSIA

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Segala sesuatu yang berlaku adalah diatas kehendakNya. Sekiranya Allah SWT menginginkan ianya berlaku nescaya tiada satupun kuasa didunia yang dapat menahannya. Begitulah kehendak dan ketentuan Yang Maha Esa. Allah SWT berjanji bahawa segala sesuatu yang baik adalah datangnya dari Allah SWT dan keburukan itu adalah dari tangan manusia sendiri.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
(An-Nisaa' 4:78)

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
(An-Nisaa' 4:79)

Melalui penulisan serta pandangan peribadi saya dua hari lepas yang bertajuk THE PROMISED LAND : MH 370 B777-200 : FITNAH DAN PERANGKAP, saya mengutarakan beberapa perlakuan yang dilakukan olih Amerika serta rakan sekutu mereka terhadap dunia Islam serta beberapa buah lagi negara yang dilihat olih Yahudi yang tidak berpaksikan kepada Amerika di'rancangkan' untuk dihuruharakan.

Semua negara yang saya sebutkan semuanya 'terpaut' dengan mainan Amerika. Walaupun negara sebesar Russia dan China  juga 'terjebak' dengan mainan kotor mereka inikan pula negara sekecil seperti negara kita Malaysia ., amat mudahlah bagi mereka ( anggapan mereka )

Kini disetiap penjuru dunia semuanya berkonflik. Dunia Arab yang rata-rata dipimpin olih mereka yang mengaku beragama Islam berbunuhan sesama sendiri. Kalau dahulu Mesir yang dikira tenang tetapi kini 'pertumpahan' darah berlaku sesama mereka . Semuanya kerana 'kuasa' begitu juga Libya, yang pada suatu ketika dahulu  Kerajaan dan rakyatnya hidup aman damai namun disebabkan 'iri hati' kelompok tertentu yang dituip Amerika akan kehebatan 'demokrasi'  yang dilagakan  dari dalam maka pada akhirnya 'kerosakan' juga pada akhirnya. Dan begitulah keadaannya beberapa buah negara arab yang lain semuanya bergolak kerana 'mainan' tangan luar, yang gagal dibaca olih rakyat serta kerakusan 'kuasa' pemimpin mereka  sendiri.

Retak menunggu belah itulah perumpamaan yang paling hampir untuk dinyatakan terhadap kebarangkalian akan meletusnya  'peperangan' ini. Ketidaktentuan 'kedamaian'  sedang meniti di Syria dimana puluhan ribu 'manusia' yang berlainan kefahaman agama dibunuh dan scenario ini memungkinkan meletusnya 'peperangan' adalah tinggi Begitu juga keadaannya, Russia yang sedang bersiap sedia untuk 'meletuskan peperangan' dengan Amerika Syarikat dengan Amerika melandaskan Ukrain dan bekas sekutu Rusia berada dalam 'bahaya', begitulah 'mainan'  Amerika. Tidak cukup dengan itu ketegangan diantara Korea Utara dan Korea Selatan sedang 'meningkat keghairan' untuk meletuskan peperangan namun semua keadaan ini hanya menunggu 'asbab' saja untuk berlaku.

Olih itu apa yang dapat disimpulkan, disegenap penjuru bumi ini sedang bergolak , ibarat telur dihujung tanduk. Olih itu sedarlah wahai umat Muhammad s.a.w, bahawa ketidaktentuan ini 'bakal' meleburkan apa yang kita miliki selama ini secara zahirnya, tetapi secara bhatinnya kita masih mempunyai tanggungjawap terhadap apa yang dijanjikan Allah SWT iaitu ," ilmu yang dimiliki' dan yang diamalkan 'inshaallah' akan kekal selamanya.

Untuk kita berasa selamat dan sentiasa  dilindungi Allah SWT , maka, lakukanlah kebaikan dengan bermula melalui  memperbaiki diri sendiri, diikuti dengan contohon terbaik untuk anak-anak serta isteri, dipanjangkan pula keseluruh kaum keluarga terdekat dan jauh, ditambah nilaikan kebaikan itu terhadap sahabat dan taulan dan ditaburkan kebaikan dan kasih sayang  itu kepada seluruh masyarakat. Inshaallah, sekiranya, manusia berjaya 'melepaskan' diri dari 'bisekan syaitan' dan berfikiran positif  dengan rasional berpandukan kepada hati dan diterjemahkan dengan perbuatan , inshaallah, kebaikan pasti mengatasi kejahatan.

Untuk itu kita diberikan pilihan samada untuk melakukan kebaikan atau  sebaliknya, semuanya ditangan kita. Sesesunggunya kebaikan itu dari sisi Allah SWT dan keburukan itu dari tangan manusia sendiri, olih itu tepuk dada tanya selera, kemana hala tuju kita ?                                                                                      

                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment