TIADA LAGI UBAT DAN TIADA LAGI BILEK ICU HANYA MALAIKAL MAUT MENJADI PERANTARA |
Nampaknya lepas satu-satu 'kejutan' didedahkan. Tanpa segan dan silu satu lagi 'letupan' dibuat terhadap 1MDB. Bukan untuk mengatakan saya menyokong mana-mana parti politik, tetapi, apa yang didakwa tela dilakukan olih 1MDB nampaknya 'merungsingkan'.
Walaupun sebelum ini melalui beberapa pendedahan telah dibuat berhubung hutang yang ditanggung olih 1MDB melebihi RM42 Billion.dan Kerajaan mengatakan semuanya 'terkawal' namun tempias yang 'terkena' sedikit sebanyak telah merencat dan 'merudumkan' lagi 'nilai ringgit' kita,
Ketidaktentuan ekonomi negara kita yang 'terumbang-ambing' kerana kemerosotan 'pendapatan dari Petronas' serta peningkatan hutang negara yang bertambah serta berlakunya penyusutan 'simpanan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion, sebenarnya 'membimbangkan', walaupun Putrajaya masih menafikan..
Bukan setakat itu saja, kini Kerajaan telah didakwa lagi telah 'membuat' pelaburan melalui anak syarikat milik 1MDB iatu SRC International Sdn Bhd yang dikata telah menggunakan 'dana KWAP atau Kumpulan Amanah Awan Pencen'' berjumlah RM4 Billion'. Kemana dan dimana 'wang' ini dilaburkan masih lagi belum dijawap olih Putrajaya walaupun Pembangkang menuduh bahawa dana ini digunakan bagi 'membaiyai projek' yang tidak ujud. Apa benakah??
Dan juga Kerajaan dituduh menjadi 'penjamin' kepada semua Pinjaman yang dibuat olih 1MDB :-
Kerajaan Persekutuan berdepan dengan tanggungan hutang 1MDB sekurang-kurangnya sebanyak RM20 bilion, iaitu:
1. Jaminan nyata (explicit guarantee) ke atas hutang terbitan pertama 1MDB yang bernilai RM5.8 bilion seperti yang diakui setakat ini
2. Tanggungan akibat surat sokongan yang menyatakan Kerajaan Persekutuan akan menanggung hutang 1MDB sebanyak RM9.7 bilion sekiranya 1MDB tidak mampu membayar
3. Tanggungan melalui hutang yang diberikan kepada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd sebanyak RM4 bilion. Hutang ini diperolehi dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan
Kalau benar apa yang dikata maka, 'sudah jatuh ditimpa tangga' adalah jawapan kepada semua permasaalahan ini.
Dan Najib hari ini telah memberi 'signal' bahawa beliau akan mengumumkan kedudukan ekonomi negara ini kepada rakyat minggu hadapan. Samaada 'baik' ataupun tidak' ataupun diumumkan demi kepentingan karier 'politik' diri mahupun kepentingan 'parti pemerintah' bagi saya sama saja kerana apa yang bakal berlaku tetap berlaku dan tiada apa yang dapat menahannya.',
Bukan kita berdoa dan buka juga kita meminta tetapi telah terlalu banyak 'kerosakkan' telah berlaku di era Najib yang dirasakan tidak terbendung lagi untuk dipikul "langit ' bumi ini, untuk itu 'bertimpa-timpa 'musibah' membadai negara ini.
Kalau adapun tangan yang menadah, namun, untuk menadah dan 'memohon' agar dirahmati pemimpin yang ada sekarang ini, mungkin tidak lagi.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment