Sunday 17 April 2016

THE PROMISED LAND : "DERMA" YANG MENYANGKUT NEGARA KU

Bismillahhirrahmannirrahim.

"JANGAN SAMPAI JADI BUAH CATUR"

Ada bermacam macam jenis derma. Ada derma untuk fakir miskin dan ada juga derma untuk membantu umat umat Islam yang tertindas dinegara mereka tetapi sebenarnya untuk tujuan ini kita sebutkan sebagai sedekah berbanding derma.

Umat Islam sememangnya diunjurkan untuk bersedekah seperti yang dituntut dalam Al Quran.

Tetapi dana yang diterima Najib disebut sebagai derma atau donation seperti yang disebut oleh Menteri Luar Arab walaupun sebelum ini dia ada mengatakan bahawa dana yang dikata diberi oleh seseorang dari Arab Saudi itu bertujuan untuk pelaburan. Tak kisahlah..derma ke pelaburan ke tetapi apa yang pasti dana itu "landing" kedalam akaun peribadi Najib ataupun Perdana Menteri.

Yang menjadi persoalan dan yang memuskilkan kita untuk tujuan apa derma itu diberi? Adakah untuk kegunaan kempen UMNO menentang Pembangkang ataupun untuk perbelanjaan peribadi Najib ataupun untuk kegunaan untuk tujuan memantapkan politik UMNO.

Nampaknya tujuan pemberian ini masih samar samar lagi. Tetapi apa yang pasti AG telah memfatwakan pemberian ini sebagai "sumbangan politik" dan halal digunakan dan tidak tertakluk diatas sebarang akta kesalahan negara. Kita terimalah penjelasan ini demi kebaikan.

TETAPI ...bahagian ini pulak yang tak seronok.

Kalau benarlah dana Rm2.6 billion itu yang diterima Najib itu adalah "derma" atau "sumbangan politik" kenapa pula Perdana Menteri atau Najib memulangkannya?( Dan pemulangan ini juga telah disahkan juga oleh AG Apandi.) Kenapa? Why?Why?

Kenapa tiada alasan atau jawapan dari Najib?

Dan kenapa Menteri Arab yang mengesahkan pemberian "dana dari Kerajaan Arab Saudi" itu tidak mengesahkan semula pemulangan dana( sumbangan) tersebut?
Tidak kah pelik namanya tu!!!!

Dalam scanerio ini banyak yang tak kena dan amat meragukan sekali. Atau pun adakah pemberian ini ada ajenda lain? Ini yang kita khuatir ni....Pak Arab ni bukan bolih dipercayai sangat. Cuba tengok kes 1MDB ..Pak Arab lagi!!! RM14 billion lesap...sapa nak jawap ni?????

Kalau nak suruh Najib atau Perdana Menteri menyenaraikan semua perbelajaan dari derma yang diterima tak logiklah pulak sebab "sumbangan" tu dah dipulangkan tetapi apa yang kita lihat dan yang dipaparkan Najib telag berbelanja sakan..shopping juta juta satu dunia..mana pulak datangnya duit ni..kalau setakat  gaji Perdana Menteri..tak cukup tu.

La lupalah pulak duit SRC International RM42 juta..adalagi rupanya...hahaha..

Apa apapun Najib kenalah terangkan kepada rakyat dan dunia  kenapa dia terpaksa pulangkan "duit Kerajaan pak Arab Saudi" dan sertakan dengan bukti transaction tu sekali agar  musuh negara tidak bolih manipulate isu ini atau takut mereka dakwa negara kita jadi ejen penyumbang dana untuk pembetontak samaada di Selatan Thailand mahupun di Mindano, kerana satu dunia tahu bahawa Arab Saudi adalah penyumbang dana terbesar untuk kegiatan militan .
Dan kita tidak mahu negara kita dijadikan "kambing hitam" hanya kerana kebebalan serta kebodohan pemimpin negara kita.

Sebelum nasi jadi bubur bertindak lah segera.

                  Cahaya Al Majid









1 comment:

  1. Assalam Tuan,

    re: 'Kalau benarlah dana Rm2.6 billion itu yang diterima Najib itu adalah "derma" atau "sumbangan politik" kenapa pula Perdana Menteri atau Najib memulangkannya?

    Rasanya aku pandai berimaginasi, cuba letakkan diri aku 'in one's shoe'. Tapi dalam soal ni, kalau ada kutu di kepala memang habis semuanya mati terpenyet kena garu. Mujur juga rambut tak luruh banyak. tetapi nampak semakin nipis dah sekarang ni.

    Jika yg 2.6b yang diterima Mohd Najib itu derma peribadi yg ikhlas dari seorang Tok Arab, memang tersangat2lah bodohnya Mohd Najib utk kembalikannya, apa lagi bila dikatakan 'tiada perlu balasan' dan 'boleh digunakan sesuka hatinya'. Dia hanya memikirkan tentang dirinya saja, bukan rakyat. Dia tidak tahu mensyukuri nikmat menerima sedekah/derma/hadiah, malah menjaga perasaan si penderma pun tidak tersisip dihatinya.





    ReplyDelete