Wednesday 22 June 2016

THE PROMISED LAND :ERA KERUNTUHAN ISLAM ANUTAN MELAYU

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau dahulu dosa dan pahala adalah sempadan kehidupan bagi setiap batang tubuh Melayu yang mengaku Islam tetapi kini perbuatan halal atau haram bukan lagi ukuran.

Kini diera UMNO pimpinan Najib dan para para pentaksubnya, salah atau benar hanya ditentukan oleh kuasa wang ringgit dan bukan lagi dalam kepercayaan beragama.

Kepercayaan dosa dalam menipu, bersubahat ,bersengkokol dan menganiya serta fitnah akan terhapus apabila menziarahi Kaabah, samaada dengan Umrah mahupun Haji ,dipegang seeratnya. Begitulah kepercayaan umat Melayu akhir zaman ini.

Pemimpin yang terang terangan menipu dan merompak hak rakyat dan memerah kudrat rakyat yang secara terangan melanggar hukum Allah swt dijunjung seadanya , dan bukan lagi satu kesalahan kepada mereka malahan sifat riak dan takbur pula diraikan.

Ahli ahlinya dan semua mereka yang diberikan habuan sebagai ganjaran mula menghalalkan dosa pemimpin walaupun Al Kitab telah menententukan status kesalahan tersebut.

Begitulah halobanya umat Melayu kini dalam menghalalkan apa yang diharamkan oleh Agama apabila ganjaran atau habuan dunia yang boleh didapati secara nyata mengatasi ganjaran yang dijanjikan Allah swt.

Benar dan sememangnya benar. Duit atau harta dunia telah berjaya membeli kepercayaan manusia dan hukuman Allah swt bukan lagi dianggap satu tuntutan.

Kepercayaan kata kata serta taburan wang ringgit dari  Pemimpin politik telah merubah keimanan dan kepercayaan beragama umat Melayu yang diimamkan oleh  UMNO terhadap hukum Allah swt .

                  Cahaya Al Majid

14 comments:

  1. Mak ooi..punya la kusumatnya hati ngko ni..alhamdulillah nasib baik tak ramai yg minat bacha blog ngko....anyway ngko tau ke Chara berdoa yg betui kepada Allah swt bila mohon pertolongan nya supaya memperbaiki akhlak pemimpin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baca.. sentiasa baca.. jgn sombong please. Jgn mengina please...

      Delete
    2. Hati yg kotor saja yg tk mampu terima kebenaran. Malah bertambah kotor lg dgn terkeluarnya lisannya...selamat bertenang dn muhasabah diri Ted manoff..

      Delete
  2. Salam. Walaupun tak ramai tapi alhamdullilah, yg tak ramai tu termasuk awaklah yang teringin singgah disini mengintai cari ilmu.

    ReplyDelete
  3. Salam. Walaupun tak ramai tapi alhamdullilah, yg tak ramai tu termasuk awaklah yang teringin singgah disini mengintai cari ilmu.

    ReplyDelete
  4. Salam. Walaupun tak ramai tapi alhamdullilah, yg tak ramai tu termasuk awaklah yang teringin singgah disini mengintai cari ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg silence reader wahai penulis. Blog penulis tetap di jenguk, saban hari. Tahniah.

      Delete
  5. Nafsu nafsi munafiqun. Berkopiah, berjanggut tanpa misai, berjubah, bertudung dan dahi masing2 hitam kerana banyak sujudnya. Babi dan arak tidak disentuh yang lain rembat sampai roboh. Daki nafsu nafsi penuh didalam diri.

    ReplyDelete
  6. Saya selalau masuk blog awak tapi tak buat apa-apa komen
    kerana saya setuju 100% dengan mesej yang anda nak sampaikan.
    Mereka yang mengutuk awak ni, tidak pernah masuk forum-forum
    di mana terdapat ramai anak-anak muda yang mengutuk pemikiran
    Taliban ni. Geng Taliban nilah yang menyebabkan ramai anak
    muda menjadi athes. Saya gerun membaca komen-komen mereka tapi
    nak buat macam mana? Otak yang jumud inilah yang merosakkan pandangan mereka. Tak percaya cuba anda masuk Forum CARI Isu Semasa (CI).
    Baca fikiran anak-anak muda ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy juga pembaca setia. Penulis anda tidak berseorangan. Teruskan perjuanganmu

      Delete
    2. Cik minah oiiii! Islam penuh kepurapuraan adalah anutan kebanyakkan umat Islam masa kini cik oiii. Form no subtance yang disemai ulama di Malaysia menampakan hasilnya. Tiada keraguan apakah arah Islam di Malaysia kini bila melihat tanda2 warna yang mengilingi masarakat Islam. Saya sokong penulis kerana berani menyentuh Islam anutan kebanyakan orang Malaysia sekarang;) Shabas kerana membuat kami mula berfikir...

      Delete
  7. Saya juga pembaca blog ini.

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah...itu sebabnya saya kurang menulis dibulan puasa kerana tidak mahu menyentuh hati mereka mereka yg belum terbuka hijap. Puasa bukan saja tertakluk pada puasa makan dan minum malahan ianya merangkumi segala gerak geri dan perlakuan. Kalau tulisan pedas saya menyentuh hati dan perasaan Ted Menof..saya mohon kemaafan kerana tidak sehaluan pendapat dan pandangan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah...itu sebabnya saya kurang menulis dibulan puasa kerana tidak mahu menyentuh hati mereka mereka yg belum terbuka hijap. Puasa bukan saja tertakluk pada puasa makan dan minum malahan ianya merangkumi segala gerak geri dan perlakuan. Kalau tulisan pedas saya menyentuh hati dan perasaan Ted Menof..saya mohon kemaafan kerana tidak sehaluan pendapat dan pandangan.

    ReplyDelete