Monday, 14 May 2012

MELAYU !!! MANA KEUTAMAAN KAU!!!!

KALAU BERDEMO MENENTANG MURTAD KAN LEBIH BAIK
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Assalammualaikum


Apa yang ingin saya utarakan disini adalah mengenai arah tuju serta agenda yang cuba diperjuangkan oleh kelompok orang Melayu yang rata rata berugama Islam  ini. Apakah matlamatnya perjuangan mereka? Apakah yang ingin di perjuangkan. Adakah mengenai Islam? Melalui apa yang dapat kita saksikan beberapa minggu yang lalu yang terjadi dinegara kita, sikap sesetengah orang Melayu yang kita kenali sebagai manusia yang bersopan santun serta berbudi perkerti mulia bertukar watak. Watak yang ditonjolkan bukan lah watak orang berbudi pekerti baik yang diturunkan oleh generasi Melayu Islam terdahulu. Tujuan 'demonstrasi' ini bukanlah berjuang untuk memertabatkan Islam tetapi lebih menjurus kepada 'mempertahankan' kelompok sesesorang yang mana perjuangan 'makhluk' ini lebih banyak menjurus kepada isi-isu yang bertentangan dengan syariat dan amalan Islam. Apakah golongan Melayu Islam ini tidak sedar?.


DEMO MENENTANG PENGHINAAN ISLAM LEBIH UTAMA 
Sepatutnya orang Melayu , berjuang atau berdemo beramai-ramai untuk menegakkan keutuhan Islam dari dicemari dan dihina oleh penentang Islam . Sepatutnya mereka ini menunjukkan kesatuan seperti ini didalam memperjuangkan isu-siu yang membabitkan seperti 'permurtadan' orang Islam ,penghinaan terhadap individu-individu islam, penghinaan  terhadap minda orang Islam oleh kelompok tertentu , penghinaan menggunakan nama 'Allah" dalam Kitab Bible, mengantung 'kepala babi' didepan pintu-pintu mesjid,menyimbah 'cat merah' dipintu mesjid, menghalang' azan' , serta isu yang ingin menyamarata agama Islam dengan agama- lain serta banyak lagi yang membabitkan kepentingan Melayu dan Islam dinegara kita.
Sepatutnya ini yang wajib  di'demonstrasi'kan oleh mereka yang bergelar Melayu Islam ini.


Dengan lauangan 'azan' oleh Ambiga serta puak-puak yang ingin melihatkan ketegangan diantara Melayu dengan Melayu yang beragama Islam, maka, gerombolan yang tidak mengerti erti perjuangan Islam sebenar, telah terpedaya dengan dakyah-dakyah mereka yang ingin mencari kuasa.Pecaturan yang dibuat hanyalah ingin merosakan penyatuan Melayu dan Islam khasnya. Kumpulan perancang ini ingin menonjolkan kepada negara luar bertapa buruknya perangai dan sikap orang Melayu Islam di Malaysia.


Cuba kita lihat apabila tercetusnya isu murtad di negara kita, mengapa kita tidak 'berdemo' membantah perbuatan ini. Kenapa pemimpin Islam tidak berkata apa-apa? Yang terpekik dan terlolong adalah NGO-NGO, kenapa ?? Kenapa pemimpin Politik yang mengatakan Islam adalah perjuangan mereka, 'DUDUK DIAM', Mana suara pemerintah? Mana suara Pembangkang? Kenapa berpeluk tubuh. Adakah perjuangan Politik melebihi kepentingan Islam?Sepatutnya ini yang wajib dilakukan oleh puak yang suka 'berdemo' yang mengatakan Islam adalah perjuangan mereka.Sepatutnya didalam isu yang melibatkan kepentingan Islam, seharusnya semua pemimpin  politik Melayu Islam bersatu menyatakan pendirian. Biar kita berlainan pendapat tentang politik tetapi kita  bersatu didalam memertabatkan serta mempertahankan kesucian Islam dari di'liwat' oleh musuh musuh yang berkawan dengan kita.
TIDAKKAH  INI LEBIH BAIK DAN DITUNTUT


Sepatutnya orang Melayu yang beragama Islam ini, seharusnya lebih peka terhadap sensitiviti kepentingan Islam. Islam adalah agama kita yang kita junjung dan yang kita letakan ditempat yang terbaik lagi suci, oleh itu segala bentuk penyerangan untuk menghancurkan kesatuan Islam Melayu ini harus ditentang oleh seluruh golongan masyarakat Melayu yang mengaku dan yang melafaskan sahadah " Lailahaillallah".


Jangan kita biarkan golongan yang ingin 'mengapai' kuasa dengan kekerasan serta cubaan untuk menjatuhkan martabat keagungan bangsa Melayu Islam ini secara 'pertumpahan darah ' serta permainan 'politik minda' ini berleluasa. Kita seharusnya menilai dengan fikiran dan hati yang tulus sekiranya kita ingin lihat Melayu Islam menjadi bangsa teragung.


Apa yang melemahkan Melayu? ?? Jawapannya ..Diri kita...Minda Melayu mudah dimanipulasi dan digula-gula oleh kelompok yang berkepentingan. Kalau dahulu Melayu menilai seseorang melalui budi bahasa dan budi perkerti tetapi kini.....anda fikirkanlah...



2 comments:

  1. salam.
    berapa ramai yang sedar tapi hanya berpeluk tubuh sahaja. termasuklah saya.
    astagfirullahhalazim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Lebih baik kita tersedar hari ini daripada tidak tersedar langsung. Alhamdullilah.

      Delete