Tuesday, 15 May 2012

MANUSIA TERLALAI KEIMANAN TERGADAI

ADAKAH ANDA BERSUBAHAT
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.


Assalammualaikum.


Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w berserta para Nabi -Nabi dan Rasul terdahulu serta didoakan kesejahteraan kepada semua umat Islam dan juga kepada calon-calon yang akan diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT didalam usaha pencarian ilmu untuk bekalan didunia dan juga diakhirat. Begitu juga kepada  individu-individu yang belum lagi mengambil Allah SWT sebagai Tuhan mereka,saya juga mendoakan  semoga kamu juga mendapat kerahmatan dan dipileh oleh Allah SWT untuk sama-sama menyarung  pakaian serta diisi dengan keimanan tentang  Islam yang suci lagi Maha Tinggi.


PASANGAN TIDAK BERNIKAH
ANAK TIADA BERSTATUS
Hari ini saya ingin mengungkap tentang 'pengiktirafan' yang diberikan oleh umat Islam kepada manusia-manusia yang membuat perbuatan keji yang bersalahan dengan hukum Allah yang termaktub didalam Al Quran serta peradapan kehidupan manusia. Manusia-manusia yang melakukan perbuatan 'terkutuk' ini diberi pujian dan dijadikan ikon oleh manusia , oleh mereka yang beriman mahu pun yang tidak dan kesalahan ini seolah-olah tidak membimbangkan  atau menjejaskan pembesaran dan siasah serta jati diri yang diajarkan oleh Al Quran untuk dijadikan pedoman dan pegangan kepada anak-anak serta generasi yang akan datang.


PASANGAN IBLIS DAN SYAITAN
SESAT DAN MENYESATKAN
Publisiti serta dendangan kehidupan 'manusia' yang melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum Tuhan serta peradapan manusia  telah diberikan berita yang meluas dan digembar-gemburkan diserata dunia, tidak terkecuali dinegara Islam  ,isu ' Anak Luar Nikah'.' Kahwin Sejenis", dan 'Gay & Lesbian'.
ADAKAH INI YANG INGIN DIDENDANGKAN
Kedua-dua contoh personaliti yang ternama ini telah dengan bangganya 'mengumumkan' kepada seluruh dunia bahawa'mereka' amat gembira dengan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendendangkan dengan perasaan keterujaan akan kehadiran anak yang 'tidak sah status' ini Diburuk lagi , tanpa sedar  peminat-peminat dan pengikut-pengikut selebriti  yang 'yang tersesat jalan' ini telah secara sengaja dipalitkan oleh dosa-dosa 'bersubahat' dengan mengagungkan perbuatan ini.Tiada satu bantahan pun  dilakukan oleh "Ulama-Ulama"berhubung dengan perbuatan yang bersalahan ini.
Kedua-dua gambar ini mengambarkan bertapa buruknya temadun manusia yang dicipta oleh 'iblis dan syaitan' yang mendemonasi ubun-ubun manusia yang tidak membersihkan dengan air sembahyang sambil memohon perlindungan dari Allah SWT dari syaitan yang menyesatkan.


Disebabkan kehebatan media 'iblis dan syaitan' yang menguasai manusia yang tidak mengikut aturan Tuhan serta kedengkalan sesetengah pihak berhubung dengan hukum Allah SWT maka publisiti terhadap perbuatan terkutuk ini dipaparkan oleh manusia-manusia yang tidak bermoral  .
Sebaiknya publisiti kisah ini tidak dipaparkan sama sekali dimana-mana media dan masyarakat didunia terutama Islam ..Bukan tujuan kita mendedahkan keaiban mereka, tetapi perbuatan mereka sendiri yang mengaibkan diri sendiri serta manusia.
Sebenarnya banyak lagi contoh yang terjadi diluar sana, oleh itu 'BERHENTILAH DARI MEMBERI PUBLISITI  SERTA MEMUJA MANUSIA JENIS INI'.Sekiranya anda menyokong mereka bererti anda bersubahat dengan iblis dan syaitan serta anda melanggar hukum Allah SWT.


Amin.





No comments:

Post a Comment