'PERANCANGAN PENGHAPUSAN KUASA MELAYU DITANAH MELAYU' |
Assalammualaikum.
Terpanggil dihati kecil ini untuk menukilan serba sedikit tentang berita yang saya baca dihalaman surat akhbar pada pagi ini. Berita yang ingin saya kongsikan bersama anda adalah berhubung 'jumlah pengundi yang layak mengundi' di PRU 13 yang akan datang. Berita ini di sampaikan oleh Timbalan Pengerusi Persuruhjaya Pilihan Raya, Dato' Wan Ahmad. Mengikut kata beliau sebanyak 12.6 juta pengundi yang telah disahkan kesahihanya yang layak mengundi pada pengundian PRU 13 kali ini.
Dihalaman yang lain pula, diruang yang membincangkan 'isu-isu Akhbar Cina." didalam salah satu ruang, pengulas berita ini menyatakan bahawa terdapat 6.5 juta pengundi kaum Cina yang layak mengundi.
Sekiranya benar dan sahih statistik yang dipaparkan oleh akhbar ini maka perkiraan dibawah ini harus diteliti dan diberi pandangan serius oleh orang Melayu khasnya.
Jumlah layak Mengundi setakat ini 12.5 juta pengundi
Jumlah Pengundi Cina layak mengundi 6.5 juta pengundi
Baki 6.0 juta pengundi
Dengan perkiraan yang mudah kita dapati bahawa secara lojiknya kaum Cina akan mendemonasi PRU 13 ini dengan mudah dan akan menerajui Kerajaan di Putrajaya. Tetapi disebabkan kaum Cina tinggal berkelompok dibandar-bandar besar serta penempatan dikampung-kampung Cina yang berkepadatan dengan kaum mereka maka ukuran sebenar tidak dapat kita jangka. Memandangkan kaum Cina yang majoritinya akan menyokong apa saja agenda yang akan menguntungan kaum mereka ditambah dengan 'kepingin' untuk menguasai cabang politik serta cuba untuk mengubah 'langskap perlembagaan negara' dengan bantuan kawan-kawan seperjuangan maka pemberian undi untuk PRU kali ini akan berpihak kepada mereka.Kalau dilihat secara kasar ,perjalanan puak mereka untuk 'menawan' Putrajaya akan menjadi kenyataan.
MENGGUNAKAN MELAYU DAN INDIA UNTUK KESINI |
dia tak suka warna ini |
warna ini idaman mereka |
puak tak sedar diuntung |
punca ekonomi terbaru puak ini |
renungkan sejarah silam-melayu derita dek komunis |
punca trajedi 13 May 1969-sematkan dlm hati |
ANAK MELAYU YANG MELENAKAN TIDUR MEREKA |
Banyak agenda mereka yang telah dilakukan terhadap Melayu, tetapi, 'Melayu Mudah Lupa' bak kata Tun Dr Mahathir. Apakah Melayu mahu manggadaikan semuanya ???
Kita tidak bencikan PAS mahu pun membenci pemimpinnya, tetapi, berjuanglah demi kelangsungan Islam sebenar bukan Islam sebutan.Jadikan PAS sebagai parti alternatif kepada Melayu yang tidak bersependapat dengan kerajaan pemerintah, tetapi, berjuanglah demi Islam dan orang melayu, bukan demi kuasa yang merugikan Melayu dan Islam .
Saya berharap dengan pandangan diatas , moga-moga anda semua dapat membuka mata seluas-luasnya, ketepikan perbeazan, satukan "hati' untuk Melayu dan Islam. Sebarkan kepada sahabat-sahabat. Inshaallah dengan usaha yang murni dan tulus yahg datang dari hati yang ikhlas, mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan jalan kita.
Anak-anak bangsa harus ingat, 'Hilang Melayu Tergadai Islam', Jangan jadi " Menang Sorak Kampung Tergadai"
.......wasallam........
Betulkan fakta dulu baru cerita! Jangan buat cerita yang bukan-bukan.
ReplyDeleteMelayu - 6.8 mil
Cina - 3.9 mil
*Angka terkini untuk PRU13!
Salam Bro. Awak terlewat setahun da!!
ReplyDelete